1. Sejak dari semalam aku bengang dengan kedatangan pelajar ke kelas.
2. Kadang2 sengaja aku lewat ke kelas (dalam 5 minit lewat) supaya pelajar bersedia di dalam kelas menunggu. Bila sampai, boleh aku terus lecture jer.
3. Semalam bila aku tiba di kelas jam 2 petang, sorang pelajar pun takde. Aku yang menunggu mereka lebih kurang 10 minit. Buang masa kan? Sedangkan semalam adalah last lecture sebelum final. Itu HND student tuh yang mana kedatangan ke kelas akan menentukan lulus atau gagal subjek yang diambil.
4. Kelas hari ni di JATI. Aku yang agak terlewat selama 10 minit terkocoh2 ke kelas risau kalau2 pelajar lama menanti. Alangkah ber'angin'nya aku apabila mendapati hanya 2 pelajar yang ada. Yang lain2 berlenggang datang 10-20 minit kemudiannya. Ingatkan kita dah lambat, rupanya mereka lagi lambat. Langsung tak tau nak respect dan tak segan apa2.
5. Kelas jam 2 petang ni pun sama jugak. Setibanya aku di kelas, hanya beberapa pelajar yang menunggu. Bukan hanya international student, local student pun sama je teruk. Aku sound direct jer..tak boleh nak ditahan2. Tak reti2 nak ontime datang ke kelas. Memang jadi kepantangan aku orang yang lewat ke kelas nih apatah lagi ponteng kelas. Mungkin masa aku belajar dulu, aku dah biasa menunggu pensyarah daripada pensyarah menunggu aku. Kalau terlambat masuk ke kelas, rasa bersalah yang amat dan segan sangat. Apatah lagi nak ponteng kelas. Tidak pernah walau sekali aku sengaja tidak hadir ke kelas walau letih, ada test, sibuk waima sakit sekalipun selagi aku boleh bangun. Tidak hadir ke kelas bukan hobi aku malahan aku rasa ketinggalan dan tidak sempurna pada hari tidak hadir ke kuliah.
6. Bagi aku, pelajar yang tidak ke kuliah menunjukkan dia tidak ada self of respect kepada gurunya...dan tidak akan memperolehi keberkatan belajar walau bijak/pandai sekalipun.
7. Aku tidak akan sesekali membantu orang yang malas walapun otaknya pandai. Sebaliknya aku lebih rela membantu pelajar yang menunjukkan usaha, inisiatif dan kesungguhan belajar walaupun kurang pandai.
8. Sekian sahaja luahan rasa pada hari ini. (Yang tak tahannya berlaku 2 hari berturut2 tuh!)
No comments:
Post a Comment