Saturday, October 30, 2010

Lagi berita kemalangan maut membabitkan bas...7 maut!

Belum reda pun lagi berita kemalangan ngeri yang berlaku di highway utara selatan baru2 ini yang membabitkan 13 orang maut, kini negara sekali lagi dikejutkan dengan kisah kemalangan maut dekat genting sempah yang setakat ini membabitkan 7 kematian. Salam takziah kepada semua keluarga mangsa. Semoga mereka yang terbabit di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Innalillahhiwainnailaihirajiun....



7 maut bas terbalik dekat Genting Sempah


2010/10/29

KUALA LUMPUR: Tujuh maut manakala 39 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 46 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Berdasarkan siasatan awal polis, masalah brek dipercayai menjadi punca kemalangan itu.

Timbalan Ketua Polis Gombak, Supt Rosly Hassan, memaklumkan daripada 46 mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu termasuk dua pemandu; tujuh mangsa maut, 17 cedera parah dan 22 lagi cedera ringan.

Mereka yang terbunuh berusia antara 13 tahun hingga 28 tahun, enam daripada mereka mati di tempat kejadian manakala seorang lagi iaitu guru agama dan juga ketua rombongan tersebut Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, mati dalam perjalanan ke Hospital Selayang.

Azizan berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang antaranya tersepit di bawah bas.

Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Mereka yang dilaporkan kritikal dan dibawa ke Hospital Selayang ialah Mohamad Fais Nasharuddin, 18 dan Ahmad Iswas Abd Halim, 15, manakala yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang ialah Mohd Shamsuri, 15; Mohd Ajril Azizi Azhari, 15; Mohd Akram, 19, dan Mohammad Hafifi Yahya, 19.

Mereka yang mendapatkan rawatan cedera ringan di hospital itu ialah Mohd Safuan Md Mokhtar, 20; Hafizudin Onan, 16; Muhamad Syakur Sulaiman, 19; Mohamad Nazren, 16 dan Faiz Syazwan Azlan, 18.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, turut melawat mangsa di Hospital Selayang.

Beliau meminta agar laporan polis dapat disiapkan segera untuk memastikan punca kemalangan sebenar sama ada ia masalah mekanikan atau kecuaian pemandu.

Sambil mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban, Ahmad Shabery berkata pegawai kementeriannya akan membantu keluarga mangsa menguruskan jenazah.

Di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pula, lapan mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di mana tiga mangsa mengalami cedera ringan manakala lima lagi parah.

Mohd Zairul Hafizat, 15, yang mengalami cedera ringan ketika ditemui di HKL berkata kemalangan berlaku ketika hujan renyai-renyai.

Dia yang baru tersedar dari tidur ketika kejadian mendakwa bas itu terbabas akibat brek bas yang "tidak makan".

Mohd Zairul berkata, lawatan sambil belajar itu disertai seramai 43 golongan muda antara 14 hingga 25 tahun dari beberapa kampung dari Daerah Baling yang diketuai oleh Mohd Zaidi.

Rombongan itu bertolak dari Kedah pada 11 malam tadi dan tiba di Genting Highlands pada 8 pagi tadi.

Rombongan itu bertolak kira-kira 7 malam tadi dari Genting Highlands untuk ke Kampung Melayu Subang bagi menyertai program homestay.

Mereka sepatutnya bertolak pulang pada 5 petang esok.

Mohd Zairul berkata, dia juga tidak mengetahui keadaan abangnya yang turut menyertai rombongan itu.

Seorang lagi mangsa, Ahmad Amirul Shukri, 13, yang juga cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan tersedar ketika bas terbalik.

Katanya, dia berjaya keluar melalui tingkap bas yang pecah.

Di Hospital Bentong, Pahang, seramai 15 mangsa yang semuanya mengalami cedera ringan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Mohd Zahid Azmi, 15, berkata ketika kejadian beliau sedang tidur dan terjaga apabila mendengar suara rakan-rakannya melaungkan "Allahuakbar" dan lari ke belakang bas.

"Bila saya sedar, semua yang berada di depan bas lari ke belakang sebab bas hilang kawalan," katanya yang pertama kali menjejakkan kaki ke Genting Highlands.

Mohd Saiful Mohamad Nor, 16, pula menyifatkan kejadian itu berlaku sekelip mata apabila bas yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbalik.

Beliau yang cedera di belakang badan dan luka di tangan mengakui serik untuk mengikuti rombongan seumpama itu.

Turut melawat mangsa yang tercedera di Hospital Bentong ialah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, iaitu Tan You Seng yang berkata pengangkutan akan disediakan untuk memindahkan semua mangsa yang cedera di Hospital Bentong ke Hospital Selayang awal pagi esok. - BERNAMA

Friday, October 29, 2010

Moving out, moving in...



Pagi tadi ibu dapat panggilan dari bekas tuan rumah. Mereka dah nak pindah hari ni. Bee, nama isteri bekas tuan rumah sangat baik hati. Insyaallah, semoga jalinan persahabatan ini tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama. Pendapat ibu mengatakan dia adalah penganut Kristian yang baik.

Saat menggenggam kunci rumah (sebakul kunci ibu dapat!) yang diserahkan oleh Bee, tak dapat nak digambarkan dengan kata2 waktu itu. Feel dia lain sket jika dibandingkan dengan feel pegang kunci rumah orang. Hikhikhik...tak sabar nak basuh rumah hujung minggu ni. Harap2 semuanya berjalan lancar. Hubby tak dapat bersama2 ibu sebab hari ni dia ada last lecture.

Ada la beberapa perabot yang ditinggalkan buat kami termasuklah langsir baru beliau. Ibu okey jer, rezeki orang bagi. Sementara kami buat langsir baru kami sendiri, pakai mana yang ada je lah. Lagipun rumah dia takde anjing dan dia tak makan pork.

Tengok pada barang2 dia yang agak banyak, lori 10 tan pun tak muat, harap2nya kami tak semput la nak mengemas nanti. Rasanya semalam ibu congak2 dalam belas2 jer barang yang besar2. Yang banyak adalah kain baju, buku2 dan pinggan mangkuk kot. Problemnya adalah ibu tak tahu nak start mengemas dari mana dulu. Pulak tu tengah batuk2 dan badan lemah jer sekarang. Bizi dengan marking paper final pun yer jugak.

Dok cakap 'nanti2 lah'. Hubby lak lately kemain bizi lagi. Baru 2,3 hari lepas bawak balik kotak 10 biji (lepas kena bebel..ngehngehngeh). Itupun lori tak carik lagi..hmmm. Esok petang nak lari balik Klang sat sebab adik ipar buat kenduri cukur jambul anak dia. Hopefully, Ahad dapat bersihkan rumah dan kemas mana yang patut.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kami. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.


Wednesday, October 27, 2010

bencana, cuti dan jalan2...

Sejak akhir2 ni cuaca agak tak menentu. Kadang2 panas membahang, ada ketika hujan turun mencurah2 diikuti ribut dan guruh petir kilat menyambar. Dunia semakin tua dan semakin menghampiri penghujungnya. Bencana di sana sini. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja berita yang melaporkan musibah yang berlaku di dalam dan di luar negara. Tadi dalam radio ibu dengar hampir 50 buah rumah musnah disebabkan ribut yang berlaku di Perlis. Semalam ibu baca kat online berlaku gempa bumi kuat dan mengakibatkan tsunami di Indonesia. Semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara2 yang tak diingini menimpa diri kita dan orang yang kita sayangi.

Wah...mukaddimah ibu hari ni skema sket..hehe. Ada half mood nak menaip. Maybe sebab keja menyemak assignment dah tinggal sket jer lagi nak habis. Semalam ibu EL sebab membawa Wafa ke klinik. Menjelang petang ke malam, muka dan badan dia keluar bintik2 merah. Ibu risau kot dia suspect denggi atau malaria. Kat kolej sekarang ni ramai student yang kena denggi dan malaria. Boleh dikatakan setiap hari ada jer orang dari kementerian kesihatan datang fogging nyamuk yang teramatlah banyak. Sebelum puasa dulu, dah ada anak staf yang meninggal akibat daripada denggi ni. Nurse2 datang melawat dari kelas ke kelas memaksa rela pelajar2 melakukan ujian darah sebab kedua2 wabak ni sangat merbahaya dan boleh mengundang maut.


Actually motif entry ni nak show gambar balik kampung tempohari. Bila tengok picture makanan tu rasa terliur lak. Bila la dapat balik kampung lagi.

25hb yang lepas, ma dan wan dah berangkat ke tanah suci Mekah. Alhamdulillah, termakbul doa ibu yang sentiasa mendoakan ma dan wan menjadi tetamu Allah tahun ini. Semoga mereka berdua diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Mu ya Allah, dan mendapat haji yang MABRUR.


Seperti biasa kalau kami balik kampung di Besut, kami memilih jalan Kuantan-Kuala Terengganu menyusuri pantai dan bandar. Kali ni Erie ikut sama. Sebelum sampai di Kuala Terengganu kami decided nak breakfast dulu. Cari nasi dagang, nasi kerabu, nasi impit atau apa sahaja masakan istimewa ganu kiter!


Nampak jer keropok lekor ni dah tak pikir panjang..hehehe..padahal tak berapa best pun jika dibandingkan dengan keropok lekor yang kami beli kat Seberang Takir masa perjalanan balik ke KL tempohari. Namun, oleh kerana baru sampai ganu, bedal je la mana lalu depan mata dulu...harga 4 singgit.

Comel kan? Tengok daun pisang pun dah best...


Kat kedai ni diorang hidang kuah main pakai periuk jer...buat macam kat rumah sendiri, cedok kuah macam banjir. Kalau muka tak malu silalah tapau kuah ni..hehehe..


Tu dia..nasi dagang kukus berlaukkan ikan aya @ ikan tongkol. Hubby yang tak makan ikan tongkol pun belasah gak sebungkus.


Yeahhh...pulut panggang kesukaanku. Yang bestnya sebab inti dia sambal ikan, bukan macam kat sini, pakai inti kelapa..tak best langsung. Tapi sambal ikan dia cinonet sket jer..huhu



Nyum..nyummm..best sesangat! Harga 40sen sebijik.



Lepas makan kita jenjalan kat bandar kuala terengganu. Nampak sangat jarang balik kampung (kali ke2 balik utk tahun 2010) sampai ada batu bersurat kat tengah2 bulatan ni pun ibu tak perasan.


2 kali hubby buat pusingan semata2 sebab nak amik gambar ni..sib baik takde banyak keta sebab hari masih pagi..hari Jumaat terengganu cuti dong!


Kami dah 2 kali menginap di hotel ni..first time tahun 2002, 2nd time 2 tahun lepas kot. Jarak masa lebih kurang 5-6 tahun gak la. Yang hampess nya menu bfast dia dari tahun 2002 hingga 2008 tak berubah! Len kali dah takmo dok hotel nih..makanan tak best langsung!

Tak tahu apa nama building nih. Nampak interesting rekabentuk dia.

Terletak di susur jalan nak ke Pasar Payang. Tepi jeti mengadap laut.


Akak baju merah sedang tawar menawar ikan. Harganya not bad la...lebih kurang macam harga kat KL jer..huhu. (Rupanya barang2 kat Pasar Payang memang mahal beb!)

Cuba teka ikan apa?? Bawal hitam???Ibu pun tak tahuuu...kekeke..


Ikan kerapu..goreng pun sodap!


Pasar Payang tepi laut.
4 beranak yang belum mandi...bau pun dah macam ikan daaa...hehehe

Monday, October 25, 2010

Transformer VS Wafa Aleesya...




Of course kalau di lihat dari tajuknya sahaja, transformer yang akan menang. Begitulah realitinya yang berlaku malam tadi apabila transformer lebih mendapat perhatian berbanding si comel Wafa Aleesya.

Manusia selalunya tidak menghargai apa yang ada di depan mata...tapi bila dia dah tiada di sisi, mula tercari2 dan dirindui...masa itu sudah terlambat!

Fikir2kan....

Kalau Berpacaran ~ Sohaimi Mior Hassan

Masa mula-mula ibu dengar lagu ni, ibu ingatkan lagu lama. Rupanya lagu baru. Selain suara si penyanyi lelaki yang agak familiar, rentak lagu ini agak catchy. Suara jantan beb! Rupanya dinyanyikan oleh Sohaimi Mior Hassan..one of my favorite singer yang ada talent. Kalau orang lain minat Jamal Abdillah, bagi ibu suara SMH lagi power best.

Lirik lagu agak simple dan mudah difahami walaupun penuh dengan sinis..memang tepat lah mesej dia untuk mengingatkan kepada couple2 di luar sana yang dah takde segan silu berpeluk sakan dan mempamerkan perlakuan sumbang tanpa ikatan yang sah. "Malu itu perisai orang beriman!"

Kesimpulannya...."Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki penzina untuk perempuan penzina".

(Kalau dah pernah makan bangkai, ke bangkai jugak lah akhirnya...usah bercakap soal taubat sedangkan engkau tak tahu apa erti TAUBAT NASUHA!!!)


Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

(Ana Raffali)

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

(Altimet)


Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Wednesday, October 20, 2010

Its her birthday! Wafa Aleesya, 1 year today 20.10.2010

Terasa baru semalam ibu melahirkan dia. Sedar tak sedar hari ini 20.10.2010 dah genap setahun usia Wafa Aleesya. Wafa dah mula pandai bertatih, saban hari tekun berlatih berjalan. Giginya dah tumbuh 7 batang. Semalam hubby bagitau, Wafa menghadiahkan ciuman istimewa di pipinya. Wafa juga dah boleh menyebut 'ayah'...'ibu' belum pandai lagi.


Hari pertama lahir ke dunia..20.10 2009





Hari ke3


Seminggu ++






Sebulan ++





11 bulan


8 bulan


7 bulan

Monday, October 18, 2010

just arrived!

Mengantuk sesangat nih. Semalam bertolak dari kampung pukul 2pm lepas solat jama' zohor dan Asar. Kol 5pm tu baru terkemut2 kat Kuala Terengganu. Banyak benar tempat persinggahan. Macam biasa, kami ni kalau balik kampung atau balik dari kampung selalu mengamalkan konsep bersantai dan konsep 'jalan-jalan cari makan'. Memang sepanjang2 perjalanan tu, menyinggah banyak kedai untuk menyoping such as keropok lekor dan satar. This time ibu tak singgah kat pantai Penarik beli sotong atau ikan celup tepung coz masa tu rasa kenyang lagi lepas lunch kat rumah.

Port keropok lekor yang kami selalu beli adalah kat Mengabang (tak ingat mengabang apa)..but this time beli sket jer kat situ sebab cadangnya nak beli kat Seberang Takir kat atas jambatan nanti.

Memang memborong sakan kali ni. Tambah pulak KakTie kirim belikan untuk dia RM50 hinggit ko! Sampaikan ada sorang makcik tu tegur ibu sebab banyak sangat beli keropok. huhuhu..

Tapi yang pastinya..ibu dah lama dok perasan benda ni dan pernah bercakap dengan hubby.

Setiap kali ibu berhenti menyinggah di mana2 kedai atau gerai yang pada mulanya takde orang, lepas tu akan ada pelanggan yang akan menyinggah jugak. macam ibu ni ala2 pelaris gitew..hahaha. perasan sket. Kalau 2,3 kali tu maybe la by coincident. Tapi kalau dah banyak kali tu tertanya2 jugak...'eh, sebelum ni takde orang pun, lepas ibu datang berduyun2 orang lain pulak yang datang'...hmmm..gamaknya kalau bisnes sendiri, laris jualan kot..hukhuk...statement poyos! sila jangan meluat k!

Eh..kat mana stop tadi? Okey sambung citer..Masa on the way jugak hujan turun dengan selebat2 nya kat Kemaman. Ibu pulak sepanjang perjalanan asyik ngantuk sampai tersengguk2..siap mengigau lagi..haahaha. Kesian kat hubby drive sensorang.

Kami stop untuk solat Maghrib dan Isya' kat hentian pertama lepas masuk LPT lebih kurang 8.30pm. Hubby tidor sat. Then kol 9 lebih bertolak semula.

Lepas menghantar Erie ke UPM lebih kurang 12am, kami meneruskan perjalanan balik ke Mantin. Sampai dekat kol 1am. Bila dah sampai ke rumah, masing2 nak membuang. Si Wafa sepanjang 3 hari kat kampung tak membuang. Dan2 jer sampai umah dia terus buat kerja. Ibu lak walaupun mata dah ngantuk sangat, terpaksa gagahkan diri menggosok baju sekolah Luqman sambil buat bekal bubur Wafa. Kesian Luqman demam, petang ni dia ada exam agama pulak. Harapnya demam tak melarat dan dia boleh jawab exam dengan baik.

Okey lah..sekian sahaja cerita dari kampung untuk kali ini.

Thursday, October 14, 2010

Balik kampung horreyyyy....!

Insyaallah, petang ni kami akan berangkat balik kampung selama beberapa hari. "Petang' tu tak tau lah kol berapa...its depend pd driver lah. Kalau driver dah ready, ibu on ajer. Driver tengah terbongkang tidor mengumpul energy untuk drive malam nih.

Kalau siang boleh ler kami gilir drive. Malam2 ni ibu tak berapa confident sket.

Standard piawaian masa perjalanan kami dari Mantin ke Besut adalah tidak kurang 10 jam. ngehngeh..lambat?ya..memang lambat. Silap2 kami tersadai kat R&R di sepanjang perjalanan LPT tu. Bukan boleh nak tahan2 mata kalau dah ngantuk. Tak pa..biar lambat sampai asal selamat ke destinasi.

Lagi pulak banyak benor kes kemalangan sejak kebelakangan nih. Takut den!

Okey...chow chi chowwwwwww!

Wednesday, October 13, 2010

Mood ke lauttt...

Al kisahnya bermula semalam bila ibu meluahkan rasa terkilan dengan student2 ibu yang tak berapa serius nak belajar. Nih bukan budak diploma, bukan budak junior. Ada yang dah kawen pun, ada yang repeat, ada yang super duper senior jugak!

Yang sedihnya budak2 yang sebangsa dengan ibu. Mungkn niat ibu nak menolong yang menggunung tetapi di pandang sepi oleh mereka membuatkan ibu rasa sangat terkilan. Tak apalah...ibu tak rugi apa2 pun, yang rugi adalah mereka yang tak pandai mengambil peluang yang terbuka di depan mata. So, ibu harap mereka tak lagi memberi alasan yang pelik2 bila gagal perform dalam tugasan 2 nanti. You deserved what you deserved! I dont care...

Habis cerita pertama.

Cerita kedua pulak malam tadi. Ibu buat replacement kelas untuk student2 foundation dan diploma. Seperti yang dimaklumkan 2 minggu sebelumnya, malam tadi slot class lecture diadakan quiz untuk mereka. Tak semua yang datang. Dalam masa tunggu bilik penuh, pelajar2 masih lagi study last minute. Soalan simple jer..nama pun quiz kan.

Nak dijadikan cerita, ibu terpandang sorang pelajar perempuan ni sedang baca note sambil menulis sesuatu di atas meja. Then, ibu angkat kening (hint: buat apa tu?) dengan harapan dia faham itu adalah warning jangan cuba buat sesuatu yang salah. Tapi dalam pada dia dok jeling2 pandang ibu, dia masih lagi rancak menulis. Kawannya kat sebelah dah dok bisik2 sesuatu kat dia.

Tiba time nak mula jawab quiz, ibu mintak dia pindah tempat duduk di depan sekali. Sebelum mereka mula menjawab, ibu ulang sekali lagi kepada semua jangan cuba nak menipu, meniru, berbincang atau apa sahaja yang boleh membuatkan ibu memberi markah 0. Oleh kerana quiz kat kelas, banyak lah yg tetiba jd mata juling dok pendang kiri kanan.

Masing2 terkedu sebab tetiba jer ibu agak serius kali ni. Selalu boleh senyum2, gelak2 lagi. Jangan ko coba menjolok sarang tebuan ya!

Tak sampai 10 minute budak pompuan tu jawab, dia keluar sebab katanya dah siap. Bila ibu check kat meja dia, memang ada toyol melekat kat situ. Rupanya kawan sebelah dia dah warning, "madam dah tengok tu, jangan la buat..". Ha..amik kau! degil! So, semua kena grounded ngan ibu. Sorang buat hal, semua kena..huhuhu..

Malam tadi pulak tak boleh nak tidor. Selain dari berjaga malam sebab cik Wafa asyik merayap sampai jatuh katil, ibu tak boleh nak lelap mata akibat minum kopi kapal api sekoyan! Sampai habis movie HBO ibu layan..Jam 2.30 pagi tak tido2 lagi. Itu yang bangun pagi ni badan lemau, mata ngantuk.

Then, bila masuk kelas kol 8 pagi tadi, hanya ada 7 orang budak diploma yang hadir.7 from 40+ okey. Ni kes nak boikot kelas ke atau kes tak bangun lagi tak tahu lah. Ingatkan dah tobat lepas kena sound semalam, rupanya makin parah. Sebelum start kelas, ibu mintak budak yang dok belakang kunci pintu sementara ibu kunci pintu depan. Ha..seee...dah kecut perut kan!

Setelah ibu habis lecture jam 9.35am, ada sorang budak HND baru datang kelas. Kalau setakat datang nak bagi tandatangan, no thanks! Dengan segala hormatnya you boleh balik sambung tidur...ngengenge!

I want to see how far they can go!

By hook or by crook, I want to see your assignment 2 on my table before or on 20 October 2010 before 5pm!

Ader akak kesah!

Monday, October 11, 2010

Teka-teki


Biasanya malam time nak tido ibu suka melayan Luthfil berbual2. Kadang soalan2 yang ditanya membuatkan ibu stress..huhu..dan kadang kata2 nya sangat menggelikan hati.

Malam tadi, kami main teka teki lagi. Dia yang memulakan teka teki tu..

Luthfil: Ibu, haiwan apa yang lidahnya panjang?

Ibu: Biawak!

Luthfil: Salah..katak lah!

(Heheh..betul gak ek)

Luthfil: Ibu, haiwan apa tanduknya dihidung?

Ibu: Yang ni ibu tau..badak!

Luthfil: Betul...Ibu, 'haiwan' apa yang tanduk dia tajam cam gini (sambil membuat demo meletakkan tangan dihidung dan dibawa ke dahi dan kebelakang kepala...)

Ibu:Hmmm...apa ek? (ibu memang tak tahu apa jawapannya pun...camner nak kaver nih?)
Elephant?

Luthfil: Salah! Otromen!

Ibu: Hah!! otromen?

Luthfil: ye lah ibu, kan otromen hidung dia tajam2 cam nih..(mcm trojan tuuuu...)

Ibu, haiwan apa yang keris dikaki? (sambil buat demo kais sebelah kaki mcm yg dalam citer geng upin & ipin tuh)

Masa ni ibu dah sakit perut gelak tengok gelagat dia..beria sekali dia buat demo...hahaha

Ibu: Yang ni tauuu..senang jer...ayam!

Luthfil: Betuullll...

Ibu, last sekali bu...haiwan apa yang susah nak cari?

Ibu: Eh, itu teka teki ibu...Luthfil yang kena jawab!

Mengelat! Cuba nak korek jawapan dari ibu ya! hahahaha!




Seribu satu peristiwa..10.10.10

Berita semalam, 10.10.10...12 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya membabitkan 2 buah bas, 2 kereta dan sebuah van. Ibu tak dengar berita, tak baca paper pun, hanya mampu membaca tajuk sahaja. Tak sanggup rasanya nak menghayati patah2 perkataan yang menceritakan detik2 mencemaskan itu.

Cerita kemalangan...sama sahaja. Yang berbeza cuma mangsa dan tarikh keramat itu pasti akan tersemat ke akhir hayat kepada keluarga yang terlibat. Lokasinya masih sama iaitu di atas jalan raya.

Puncanya hanya dua, samada menjadi punca kepada kemalangan yang berlaku atau menjadi mangsa keadaan akibat daripada kecuaian orang lain.

Salam takziah buat semua keluarga mangsa kemalangan.

Alfatihah..

Saturday, October 09, 2010

'Open house' @ office...

Hahah...not actually open house la.. I just tried to fulfill my officemate request for making her laksa Penang. Since awal puasa dulu masa kami sembang2, I asked her (kak normah) nak makan apa..saya tolong masakkan. Last year masa dia takde selera nak makan nasi, dia mintak ibu masakkan. Lagi pulak masa tu ibu tengah sarat pregnankan Wafa, memang rajin sungguh ibu masak. Pantang orang sebut nak makan apa, yang ibu tahu, ibu masakkan lah..tambah lak dengan keadaan kak normah masa tu yang agak kritikal.

Actually, kak normah ada sakit kancer. Dah tahap 4. Sekarang menjalani kimo kali ke 2 di Hospital Seremban. Tahun lepas pun bulan puasa jugak dia menjalani kimo. Kesian ibu tengok dia, nasib baik anak2 dah besar dan boleh jaga mak mereka kalau mak mereka masuk ke hospital.

Ibu rasa, ibu hanya mampu membantu dia dengan memenuhi keinginan dia yang tak seberapa. Kalau nak ikutkan penat bekerja dan sibuk dengan anak2, memang sibuk dan penat. Tapi bila memikirkan pasal kawan yang dalam keadaan macam tu, rasa tak sampai hati pulak nak tolak. So, malam tadi lepas lena sekejap, ibu bangun jam 12 tengah malam menyediakan kuah laksa. Laksa dan ulam2 pagi tadi ibu sediakan.

Alhamdulillah, walaupun tak seberapa, ramai kawan2 kat office dapat merasa.

Ibu doakan Kak Normah panjang umur dan sentiasa di bawah rahmatNya selalu. Harap Kak Normah tabah dengan ujian Allah ini.


Friday, October 08, 2010

Siapa dia...

Ibu baru jer balik dari hospital menemani officemate yang ada sedikit urusan berkenaan ujian darah untuk rawatan kimo minggu depan. Ibu just tunggu kat kereta ajer sebab parkingnya yang amat susah nak dapat. That's why lah ibu prefer ke Hospital Serdang kalau sakit.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah kat sebuah kedai makan di pekan Mantin. Nama kedai ni Kedai Kakek. Ibu dah biasa makan kat sini sebab masakan negeri sembilan nya sangat sedap!!

Masa nak masuk kat kedai akak tu, ibu ternampak sorang mamat pakai baju putih tinggi lampai sedang bergayut (bersidai) kat telefon. Tetiba akak tuan kedai bisik dengan ibu.

"Ko kenal tak saper yang kat depan tu?"

"Nape kak? Saper dia tu?Tak kenal pun..."

"Itu kan pelakon...ko tak kenal?"

"Ha? Pelakon? Pelakon citer apa? Tak pernah nampak punnnn...."

"Alaa...ada dalam citer tu..Zahira?Zehra? Yang jadi jahat tuuu...."

"Entah la kak..cerita tu pun saya tak pernah tengok, inikan pulak pelakonnya.jadi penjahat pulak tu..tak kenal lak saya.."

Masa ibu cakap tu, ibu jeling2 jugak kot dia dengar..kang tak pasal2 aku kena belasah sebab tak kenal pelakon..ngengenge..

"Abis tu dia buat apa kat sini? Dia orang Mantin ke?"

"Tak lah, dia orang Melaka, duduk kat 'Country Height' (Bayu Lake)". Dia cari tok imam tu...nak kawen"

"Ooooooo...."

Masa ibu tengah cakap2 tu, mamat tu dah start enjin keta Myvi Putihnya , WSE 7080...heheh.

Ibu lak tak bawak kamera.. kalau tak boleh ibu tunjuk kat korang dan kita buat teka teki saper nama mamat pelakon yang tidak kutahu namanya nih...heheh..


Thursday, October 07, 2010

I have sooo many story to share with u, but now, i've still too bizi preparing my final exam paper. In fact, I need to settle one box of assignment....huh!

btw, semalam kereta dah siap repaired. Legaaa....Tapi melayang gak la 2 ratus lebih tukar bumper belakang. la 'sedikit' baru...ngengenge...

Oppsss..roadtax belum renew!

Luthfil cakap.."keta ibu tak 'patah lagi"...

Monday, October 04, 2010

Cemburu oh cemburu...


Ibu tertarik dengan satu artikel yang ibu baca dari akhbar kosmo beberapa hari yang lepas yang membincangkan isu "cemburu". Hmmm...semua orang cemburu ke? Sikit atau banyak, positif atau negatif? Banyak jenis cemburu..samada cemburu dengan kelebihan orang lain, cemburu sebab kekurangan kita, cemburu pada pasangan, cemburu kat adik beradik, pendek kata banyak sebab la. Cemburu juga bukan hanya boleh mencetuskan pergaduhan bahkan pembunuhan. Sejak zaman nabi, zaman sahabat, banyak kisah2 yang diceritakan, berlaku pembunuhan disebabkan kes cemburu. Tak kurang dengan zaman sekarang. Suami simbah asid, isteri mengamuk, bekas suami serang bekas isteri, puncanya kes cemburu laa..

Salah ke kita mempunyai perasaan cemburu? Betul ke cemburu tu tandanya sayang? Adakah cemburu kita tu bertempat? Dapatkah kita mengatasi perasaan cemburu kita dengan waras? Adakah sesuatu iktibar diambil ekoran dari perasaan cemburu yang wujud? Apa kesan2 yang mungkin berlaku kalau cemburu tak dapat diatasi dengan sewajarnya?

Bagi ibu pulak..nak kata kuat cemburu tu takkot..rasanya hubby lagi kuat cemburu kot..hehe. Cemburu sebab kita rasakan suami/isteri kita adalah hak kita.

Okeylah...bagi ibu yang bukan pakar dalam bidang ni, eloklah pembaca semua membaca sendiri artikel yang ditulis oleh Siti Nor Afzan Kasiman.


SIFAT cemburu yang melampau sering dikaitkan sebagai punca perbalahan antara suami dan isteri.

Malah, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), cemburu merupakan antara 39 faktor perceraian membabitkan pasangan beragama Islam di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, penangan cemburu bukan sahaja mencambah perasaan syak wasangka bahkan turut mengikis rasa percaya antara satu sama lain.

Bermula dengan syak dan cemburu di tahap sederhana, keadaan itu boleh berubah menjadi cemburu melampau apabila sentiasa menganggap pasangan curang berdasarkan pelakuan, cara berkomunikasi atau rutin harian yang dirasakan telah berubah.

“Pada tahap ekstrem, individu yang tidak bijak mengawal perasaan boleh mendapat cemburu morbid iaitu individu tersebut sepanjang masa percaya pasangannya curang.

“Jika tidak diberi bantuan kaunseling, keadaan akan menjadi lebih teruk sehingga menimbulkan pergaduhan, penderaan fizikal serta mental malah boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga dan pembunuhan,” ujar Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan.

Perkahwinan

Menurut beliau, cemburu adalah sifat semula jadi.

“Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan.

“Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar.

“Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya,” katanya.

Kurang bersetuju dengan perumpamaan cemburu tanda sayang, Lihanna menyifatkan cemburu yang positif boleh melahirkan persaingan yang sihat.

Sebaliknya, jika cemburu tidak bertempat, sudah pasti ia akan mencengkam hubungan suami isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak.

“Bagi saya banyak lagi cara lain yang lebih romantik dan manis untuk menunjukkan kasih sayang antara suami isteri.

“Untuk membuktikan cinta dan sayang, ia perlu dilakukan dengan indah, bukan dengan sikap mengongkong, meninggikan suara dan saling menuduh.

“Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.

Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan.

Sungguhpun begitu, Lihanna tidak menolak keperluan sifat cemburu dalam setiap perhubungan.

Penyebab buta

“Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa.

“Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan,” katanya.

Baru-baru ini, dalam satu kajian oleh pakar psikologi di Universiti Delaware, Amerika Syarikat mendapati cemburu boleh menyebabkan masalah penglihatan.

Kumpulan pengkaji tersebut menyimpulkan pandangan wanita yang memiliki api cemburu mudah terganggu disebabkan kecelaruan minda sekali gus sukar untuk fokus kepada apa yang sedang dilihat mahupun dicari.

“Kajian ini ada benarnya. Pernah berlaku di Barat, seorang lelaki yang baru bergelar bapa mendakwa dia buta selepas melihat isterinya menyusukan bayinya yang baru lahir.

“Dia mempunyai masalah penglihatan yang teruk. Selepas beberapa sesi kaunseling, pakar psikologi mendapati lelaki tersebut terlalu cemburu dengan anaknya yang sedang disusukan oleh isterinya.

“Selepas lelaki tersebut dapat mengikis perasaan cemburunya, penglihatannya kembali beransur pulih,” ujar Lihanna.


Friday, October 01, 2010

Sentap!

Eeeeee...aku sentap sungguh skrg nih.Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....kenapa lah manusia tu takleh berpikir secara logiknya. Ada ke orang kena operate bersalin hari ni terus boleh keluar hospital. Giler ke apa doktor nak suruh patient balik terus?

Hantu jembalang banyak kat tepi2 nih...shuhhhhh...shuhhhhh...

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics

Barak Allahu Lakuma

by: Maher Zain

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير