Monday, October 11, 2010

Teka-teki


Biasanya malam time nak tido ibu suka melayan Luthfil berbual2. Kadang soalan2 yang ditanya membuatkan ibu stress..huhu..dan kadang kata2 nya sangat menggelikan hati.

Malam tadi, kami main teka teki lagi. Dia yang memulakan teka teki tu..

Luthfil: Ibu, haiwan apa yang lidahnya panjang?

Ibu: Biawak!

Luthfil: Salah..katak lah!

(Heheh..betul gak ek)

Luthfil: Ibu, haiwan apa tanduknya dihidung?

Ibu: Yang ni ibu tau..badak!

Luthfil: Betul...Ibu, 'haiwan' apa yang tanduk dia tajam cam gini (sambil membuat demo meletakkan tangan dihidung dan dibawa ke dahi dan kebelakang kepala...)

Ibu:Hmmm...apa ek? (ibu memang tak tahu apa jawapannya pun...camner nak kaver nih?)
Elephant?

Luthfil: Salah! Otromen!

Ibu: Hah!! otromen?

Luthfil: ye lah ibu, kan otromen hidung dia tajam2 cam nih..(mcm trojan tuuuu...)

Ibu, haiwan apa yang keris dikaki? (sambil buat demo kais sebelah kaki mcm yg dalam citer geng upin & ipin tuh)

Masa ni ibu dah sakit perut gelak tengok gelagat dia..beria sekali dia buat demo...hahaha

Ibu: Yang ni tauuu..senang jer...ayam!

Luthfil: Betuullll...

Ibu, last sekali bu...haiwan apa yang susah nak cari?

Ibu: Eh, itu teka teki ibu...Luthfil yang kena jawab!

Mengelat! Cuba nak korek jawapan dari ibu ya! hahahaha!




1 comment:

wanhairi said...

xabes2 lgi ngn teka teki nih..