Friday, October 08, 2010

Siapa dia...

Ibu baru jer balik dari hospital menemani officemate yang ada sedikit urusan berkenaan ujian darah untuk rawatan kimo minggu depan. Ibu just tunggu kat kereta ajer sebab parkingnya yang amat susah nak dapat. That's why lah ibu prefer ke Hospital Serdang kalau sakit.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah kat sebuah kedai makan di pekan Mantin. Nama kedai ni Kedai Kakek. Ibu dah biasa makan kat sini sebab masakan negeri sembilan nya sangat sedap!!

Masa nak masuk kat kedai akak tu, ibu ternampak sorang mamat pakai baju putih tinggi lampai sedang bergayut (bersidai) kat telefon. Tetiba akak tuan kedai bisik dengan ibu.

"Ko kenal tak saper yang kat depan tu?"

"Nape kak? Saper dia tu?Tak kenal pun..."

"Itu kan pelakon...ko tak kenal?"

"Ha? Pelakon? Pelakon citer apa? Tak pernah nampak punnnn...."

"Alaa...ada dalam citer tu..Zahira?Zehra? Yang jadi jahat tuuu...."

"Entah la kak..cerita tu pun saya tak pernah tengok, inikan pulak pelakonnya.jadi penjahat pulak tu..tak kenal lak saya.."

Masa ibu cakap tu, ibu jeling2 jugak kot dia dengar..kang tak pasal2 aku kena belasah sebab tak kenal pelakon..ngengenge..

"Abis tu dia buat apa kat sini? Dia orang Mantin ke?"

"Tak lah, dia orang Melaka, duduk kat 'Country Height' (Bayu Lake)". Dia cari tok imam tu...nak kawen"

"Ooooooo...."

Masa ibu tengah cakap2 tu, mamat tu dah start enjin keta Myvi Putihnya , WSE 7080...heheh.

Ibu lak tak bawak kamera.. kalau tak boleh ibu tunjuk kat korang dan kita buat teka teki saper nama mamat pelakon yang tidak kutahu namanya nih...heheh..


1 comment:

wanhairi said...

Tadi kuar jumpa dafi ngn sape ntah pelakon sorang lgi...huhu...