Monday, October 11, 2010

Seribu satu peristiwa..10.10.10

Berita semalam, 10.10.10...12 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya membabitkan 2 buah bas, 2 kereta dan sebuah van. Ibu tak dengar berita, tak baca paper pun, hanya mampu membaca tajuk sahaja. Tak sanggup rasanya nak menghayati patah2 perkataan yang menceritakan detik2 mencemaskan itu.

Cerita kemalangan...sama sahaja. Yang berbeza cuma mangsa dan tarikh keramat itu pasti akan tersemat ke akhir hayat kepada keluarga yang terlibat. Lokasinya masih sama iaitu di atas jalan raya.

Puncanya hanya dua, samada menjadi punca kepada kemalangan yang berlaku atau menjadi mangsa keadaan akibat daripada kecuaian orang lain.

Salam takziah buat semua keluarga mangsa kemalangan.

Alfatihah..

No comments: