Friday, October 29, 2010

Moving out, moving in...



Pagi tadi ibu dapat panggilan dari bekas tuan rumah. Mereka dah nak pindah hari ni. Bee, nama isteri bekas tuan rumah sangat baik hati. Insyaallah, semoga jalinan persahabatan ini tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama. Pendapat ibu mengatakan dia adalah penganut Kristian yang baik.

Saat menggenggam kunci rumah (sebakul kunci ibu dapat!) yang diserahkan oleh Bee, tak dapat nak digambarkan dengan kata2 waktu itu. Feel dia lain sket jika dibandingkan dengan feel pegang kunci rumah orang. Hikhikhik...tak sabar nak basuh rumah hujung minggu ni. Harap2 semuanya berjalan lancar. Hubby tak dapat bersama2 ibu sebab hari ni dia ada last lecture.

Ada la beberapa perabot yang ditinggalkan buat kami termasuklah langsir baru beliau. Ibu okey jer, rezeki orang bagi. Sementara kami buat langsir baru kami sendiri, pakai mana yang ada je lah. Lagipun rumah dia takde anjing dan dia tak makan pork.

Tengok pada barang2 dia yang agak banyak, lori 10 tan pun tak muat, harap2nya kami tak semput la nak mengemas nanti. Rasanya semalam ibu congak2 dalam belas2 jer barang yang besar2. Yang banyak adalah kain baju, buku2 dan pinggan mangkuk kot. Problemnya adalah ibu tak tahu nak start mengemas dari mana dulu. Pulak tu tengah batuk2 dan badan lemah jer sekarang. Bizi dengan marking paper final pun yer jugak.

Dok cakap 'nanti2 lah'. Hubby lak lately kemain bizi lagi. Baru 2,3 hari lepas bawak balik kotak 10 biji (lepas kena bebel..ngehngehngeh). Itupun lori tak carik lagi..hmmm. Esok petang nak lari balik Klang sat sebab adik ipar buat kenduri cukur jambul anak dia. Hopefully, Ahad dapat bersihkan rumah dan kemas mana yang patut.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kami. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.


No comments: