Port keropok lekor yang kami selalu beli adalah kat Mengabang (tak ingat mengabang apa)..but this time beli sket jer kat situ sebab cadangnya nak beli kat Seberang Takir kat atas jambatan nanti.
Memang memborong sakan kali ni. Tambah pulak KakTie kirim belikan untuk dia RM50 hinggit ko! Sampaikan ada sorang makcik tu tegur ibu sebab banyak sangat beli keropok. huhuhu..
Tapi yang pastinya..ibu dah lama dok perasan benda ni dan pernah bercakap dengan hubby.
Setiap kali ibu berhenti menyinggah di mana2 kedai atau gerai yang pada mulanya takde orang, lepas tu akan ada pelanggan yang akan menyinggah jugak. macam ibu ni ala2 pelaris gitew..hahaha. perasan sket. Kalau 2,3 kali tu maybe la by coincident. Tapi kalau dah banyak kali tu tertanya2 jugak...'eh, sebelum ni takde orang pun, lepas ibu datang berduyun2 orang lain pulak yang datang'...hmmm..gamaknya kalau bisnes sendiri, laris jualan kot..hukhuk...statement poyos! sila jangan meluat k!
Eh..kat mana stop tadi? Okey sambung citer..Masa on the way jugak hujan turun dengan selebat2 nya kat Kemaman. Ibu pulak sepanjang perjalanan asyik ngantuk sampai tersengguk2..siap mengigau lagi..haahaha. Kesian kat hubby drive sensorang.
Kami stop untuk solat Maghrib dan Isya' kat hentian pertama lepas masuk LPT lebih kurang 8.30pm. Hubby tidor sat. Then kol 9 lebih bertolak semula.
Lepas menghantar Erie ke UPM lebih kurang 12am, kami meneruskan perjalanan balik ke Mantin. Sampai dekat kol 1am. Bila dah sampai ke rumah, masing2 nak membuang. Si Wafa sepanjang 3 hari kat kampung tak membuang. Dan2 jer sampai umah dia terus buat kerja. Ibu lak walaupun mata dah ngantuk sangat, terpaksa gagahkan diri menggosok baju sekolah Luqman sambil buat bekal bubur Wafa. Kesian Luqman demam, petang ni dia ada exam agama pulak. Harapnya demam tak melarat dan dia boleh jawab exam dengan baik.
Okey lah..sekian sahaja cerita dari kampung untuk kali ini.
1 comment:
kopok lekor tuuu.. best!!! ;D
alhamdulillah selamat balik dah.. la nie selamat kembali dengan rutin kerja le kite yerrr ;P
lepas 3 hari cuti nie, rasa liat jer nak turun kerje pagi tadi hehe
Post a Comment