Tuesday, December 28, 2010

Men'psiko'!

Hubby memang muncung bizi tahap cipan, tenuk, kura2 sekarang nih. Balik dari conferens di Brunei kerjanya melambak2 menunggu. Ada kisah mengerikan sekembalinya dari conferens tenpohari sampaikan ibu pun tak lena tidur. Tuan punya diri apatah lagi. Sekarang dia tengah bertungkus lumus menyiapkan 'kisah ngeri' itu sebelum ianya menjadi kenyataan. Nasib baik lah bos2 nya kata itu perkara biasa yang selalu berlaku kepada PhD student di peringkat final year. Maunya tak meraung bila tengok printed result tuh.

Sejak dua mejak nih jugak hubby kekurangan waktu tidur dan waktu bersenang lenang di bawah bergolek2 dengan kami menonton tv. Dok memerap di dalam bilik menyiapkan CE dan preparation for conference di UKM pada 30hb ni. Itupun nasik baik en. erie ada tolong siapkan poster presentation.

Dia turun bawah time nak makan dan nak minum (tapi time CSI: Miami sejam dia join ibu tengok, hehehe). Tidur cuma 2,3 jam jer..huhuhu..memang sengsara nak dapat segulung PhD nih. Makan hati ek buat PhD nih. Bukan calang2 orang yang boleh melaluinya.Bila tengok keadaan dia yang agak tunggang langgang rutin harian membuat ibu gerun jer nak sambung belajar semula..hahaha.

Dalam pada dia dok huru hara tu, ibu sempat juga men'psiko' dia untuk membuat pagar tangga. Dah tak larat nak menjerit kat Wafa Aleesya supaya jangan main tangga. Jerit keluar anak tekak pun bukannya budak kecik tu faham. Dia lagi la suka dan makin galak panjat kalau kita melarang. Sudahnya, di pagi hari Sabtu tu, ibu mengemas perisai2 yang diguna untuk memblok tangga. Dah clear and sangat lapang. Perghhh...gue hantar nonverbal message kat hubby. Tanpa kata, tanpa bicara, tapi boleh dibaca dan diungkai apa mesej yang ibu hantarkan. Maka, berlalulah hubby ke kedai membeli kayu beluti dan membuatlah ia akan pagar koboi untuk menghalang si anak dara yang comel lote dari terjatuh akibat bermain di atas tangga.

See...kadang2 kita tak perlu nak bercakap banyak. Cuma bertindak sahaja.

Friday, December 24, 2010

bye..bye..

Dah 3,4 kali bukak 'new post'..tapi ibu asyik stuck kat tengah2. Samada lost idea atau terlupa sebab bizi menyiapkan kerja2 yang tak pernah setel. Padahal dah hampir seminggu ibu tak posting entry baru.

Petang 2 hari lepas, ibu dah submit surat perletakan jawatan kepada bos dan VC. Kebetulan VC belum balik lagi walaupun jam sudah menunjukkan pukul 5.30pm. Sebelum ibu keluar dari pejabatnya, Dr. K sempat berpesan pada ibu yang dia nak jumpa ibu lepas dia balik bercuti sempena majlis perkahwinan anaknya pada hari Ahad ni.

Bos ibu pulak, semalam ibu tanya dah sign ke belum surat yang ibu hantar tu. Dia mintak ibu extent seminggu lagi sehingga hujung bulan. What for? You sign or not I will resign too. Takde bezanya awal seminggu atau lewat seminggu. I will go and bye..bye.


Saturday, December 18, 2010

khabar gembira~

Alhamdulillah..pagi ini ibu menerima perkhabaran gembira dari kampung. Segala kekusutan selama ini telah terlerai akhirnya. Hubungan yang keruh telah kembali jernih. Mungkin juga berkat doa ma dan wan ketika ditanah suci Mekah. Tinggal lagi satu couple yang belum setel.

Harapnya jalinan ukhuwah sentiasa diredhai Allah dan sentiasa berpanjangan selagi hayat dikandung badan. Amin.

Friday, December 17, 2010

Berkat doa

Alhamdulillah..ma & wan serta hubby selamat tiba ke tanah air semalam. Berita gembira telah ibu khabarkan kepada mereka. Mungkin juga berkat doa ma dan wan ketika mereka di tanah suci. Kata wan, ketika ibu telefon mereka untuk meminta mereka berdoa agar Allah mempermudahkan urusan ibu waktu itu, mereka telah berdoa di Raudhah.

Berkat kesabaran kami jua yang tidak putus-putus berdoa dan bersabar dengan setiap ujianNya. Semoga sinar harapan di tahun baru menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna untuk kami sekeluarga.

Thursday, December 16, 2010

Kes langgar, lenyek, lerek dan lari...

Masih terbayang2 dan tergiang2 lagi kejadian pagi ini yang berlaku di depan mata ibu. Naik seram bulu roma bila mengingatkannya

Pagi tadi ibu ke pejabat pos menyetelkan bil-bil yang asyik tertangguh dan terlupa. Selepas selesai urusan di pejabat pos, ibu melencong masuk ke stesyen minyak. Isi sesiap sebab lepas kelas jam 12pm nanti ibu akan bergegas menjemput hubby di airport.

Tiba2 ibu terdengar bunyi bising seperti sesuatu di seret di atas jalan raya. Ibu nampak sebuah kembara yang dipecut laju sedang menyeret sebuah motosikal di atas jalan dan keluar asap akibat geseran yang berlaku. Orang ramai mula keluar untuk menyaksikan kemalangan itu.

Masing2 tertanya sesama sendiri. Siapakah mangsa yang memandu motorsikal tersebut.

Selesai mengisi minyak, ibu drive nak ke office. Sambil memandu, ibu jengah keluar nak melihat samada pemilik kembara tu berhenti atau tidak. Cari punya cari hampir 300 meter pun tak nampak kelibat kereta tersebut. Tetapi sepanjang jalan yang dilalui ibu ternampak setin sardin yang telah terburai isi perutnya di tengah2 jalan. 10 meter di hadapan, ternampak lagi sepaket beras yang berterabur di atas jalan.

Selepas traffic light simpang ke Lenggeng, lebih kurang 50 meter, ibu ternampak orang ramai berkumpul seolah-olah sedang berkerumun sesuatu. Sah! memang ada sebuah motorsikal yang layak digelar besi buruk tersadai di tepi jalan! Dan masing2 kecoh sedang bercerita.

Setakat ini belum dapat dipastikan status pemandu motorsikal tersebut. Terselamatkah dia atau sebaliknya???

Ibu: tumpang simpati..

Wednesday, December 15, 2010

Syukran!

Akhirnya segala kebuntuan terlerai jua,
Syukur alhamdulillah,
I will be there...

Maxis oh Maxis..

Macam orang sedang di alam percintaan. Setiap masa menunggu panggilan daripada yang tersayang. Kalau dulu-dulu time hubby praktikal kat tempat jin bertendang, hujung minggu jer dapat kuar ke bandar dan dapat hubungi ibu. Masa tu terseksa sungguh...huhu..*poyo*

Entah kenapa, telefon hubby tak boleh roaming kat sana. Maxis oh Maxis! Harapkan public phone ajo..adeiii. 10 dollar sat ajer dapat bercakap. Kalau termasuk 3 si kenit nak bercakap jugak, ha...dapat la sekejap sorang. Yang paling tak tahannya si Wafa lah..beriya dia nak dengar suara ayahnya kat telefon, siap kuar bunyi2 lagi konon macam bercakap dengan ayah.

Bila difikirkan hikmahnya tak dapat roaming ni dari segi bil telefon yang tak melambung tinggi. Kalau hari2 bergayut, maunya cecah ratusan bil bulan nih. Kalau ada peluang time rehat, kami bertenet kat YM. Itupun kalau kebetulan ibu takde kuliah.

Esok pagi hubby akan berangkat balik ke Malaysia. Insyaallah tengahari dah sampai ke airport.

Mudah-mudahan Allah selamatkan perjalanan hubby.

Tuesday, December 14, 2010

Take it or leave it!

Sudah dapat jawapan pun susah jugak rupanya,
Adakah..apakah..bolehkah...bilakah...
Banyaknya persoalan bermain difikiran,
Nekadkah?
Patutkah?
Bersediakah?
Fikir lagi!
Poning den nih...
Pojam mata dok terfikir,
Celik mata apatah lagi,
Fikir, fikir, fikir,
Kepada Allah aku berserah,
Kita hanya merancang,
DIA yang menentukan!

"Think! Think! and Think!"

Kisah Wafa yang buat ibu nak luruh jantung! phewww~



Entah kenapa minggu ni dirasakan lambat benar masa berlalu. Selalunya cepat jer. Semalam anak2 dah mula bertanya, ke mana ayah mereka. Hmmm..Luqman mungkin dah faham sebab dia bersalaman dengan ayahnya semasa di airport, tetapi Luthfil Hadi asyik bertanya sebab bila ibu cakap ayah pergi kerja jauh, dia cakap "kenapa ayah tak bawak kereta?".

Wafa pulak dah selamat mendaki 17 anak tangga secara senyap2 ketika ibu sedang leka di dapur. Kesempatan ini diambil ekoran ketiadaan kedua-dua abangnya yang selalu bertindak sebagai pereport dan penghalang dia dari menghampiri tangga walaupun hadapan tangga sudah ada kubu2 kuat.

Zuppp zapppp sekali toleh ke belakang dia dah lesap!! Rasanya tak sampai 1 minit ibu leka, dia dah berdesup menuju ke tangga..then akhirnya target dia selama ini untuk panjat tangga tu tercapai jua. Terasa nak luruh jantung ibu bila tengok dia dah kat atas. Nasib baik dia tak terjun tiruk ke bawah semula. Dan2 je ibu sampai dia baru je landing ke anak tangga yang terakhir.

Maka, tercapai lah segala impian dia yang selama ini dihalang oleh ibu dan abang2nya. Tersenyum lebar dia waktu ibu memeluknya dan mengusap kepalanya sambil berbisik..."Lain kali Wafa jangan buat ibu risau yer"...

Monday, December 13, 2010

Syukur Ya Allah di atas rahmatMu

Yang ditunggu telah tiba,
Yang dinanti telah menjelma,
Yang dirisau telah terjawab,
Yang tertulis sudah tersurat.

Alhamdulillah...
Mendapat restu dari orang-orang tersayang,
Akan ku mulakan lembaran baru dalam hidupku,
Semoga Allah sentiasa meredhai perjuanganku,
Sesungguhnya..Allah mahu memberiku sesuatu,
Yang lebih bermakna kepadaku.
Jika di situ rezekiku, tempatku..insyaallah..nantikan aku di sana.

Suatu hari yang panjang...

12 Disember 2010.Hari yang cukup panjang buat ibu. Lambatnya masa berlalu. Terasa Ahad semalam bukan lagi 24 jam, tetapi 48 jam! Pelik tapi benar, biasanya ibu tak suka hari Isnin, tapi kini ibu ternanti-nanti tibanya Isnin.

Hujung minggu semalam juga hari yang penuh bersejarah. Buat pertama kali ibu berjaya menghantar hubby ke airport ditemani 2 hero yang macho tapi telah terbongkang tidur di seat belakang waktu kami tiba di airport jam 4.30am! Ya..hubby ke Brunei selama 5 hari. Oleh kerana flightnya jam 6.30am, kami terpaksa keluar seawal jam 4am. Wafa Aleesya ibu tumpangkan kat rumah kawan kat taman yang sama. Nasib baik dia tak meragam.

Sejak menerima 'panggilan rindu' (misscalled) 2 hari lepas, setiap kali mengingatinya, hati ibu akan berdetik penuh debaran. Adakahhhh??? Ahhhh...macam orang bercinta, menunggu dan terus menunggu bilakah lagi panggilan itu akan menyusul lagi. Kali ini ibu akan pastikan status panggilan sebagai 'terima'...bukan lagi 'panggilan rindu'..ibu akan pastikan si Nokia di sisi ibu sentiasa. Wallah...





Saturday, December 11, 2010

Puisi merapu...

Sebelum tidur malam tadi,
Ibu check telefon lagi,
Ada 2 miss call dari nombor yang tidak dikenali,
Tapi gerak hati dapat merasa dari nombor yang dinanti,
Tertera 9.30pm waktu panggilan,
Waktu itu ibu di tingkat bawah bersama keluarga tersayang,
Oh..perkhabaran apakah ini?
Gembira ataupun duka??
Cadangan hubby agar mendail nombor 103
Cadangan itu dituruti,
Telefonis hanya boleh memberi lokasinya sahaja,
Yang lain rahsia katanya,
Lalu ku cuba mendail lagi,
Ada orang yang menjawab,
Tapi pengawal keselamatan di tempat yang ibu kunjungi pagi tadi,
Nak ku tanya banyak, bukannya pak guard ada jawapan,
Disuruhnya menghubungi minggu hadapan,
Ahhh...lambatnya Isnin depan,
2 hari menanti kepastian.
Sudahnya malam tadi mataku terbuntang..
Entah jam berapa ibu kelelapan..

Monday, December 06, 2010

M.A.L.A.S

Sudah lama tak update.

Sebab2;

  1. Malas.
  2. Hubby pinjam laptop.
  3. Laptop hubby kecik sangat, tak best.
  4. Bizi dengan registration student.
  5. Sakit kepala dan pening bila lama sangat mengadap laptop.
  6. Banyak cerita nak tulis, tapi tak tahu nak citer yang mana dulu.
  7. FB kena block kat opissss..ngeng!
  8. Dalam dilema.
  9. Berdebar menunggu 10hb Dis.
  10. Tulis banyak2 pun bukannya orang baca ...




My faveret flower, jasmine @ melur. RM8 di MAHA:2010 (tapi lepas bodek, dpt RM5)


Pokok bunga ros, RM10 di nursery Mantin.


Pokok bunga ros, RM12 dibeli di MAHA:2010 (hubby beli, takde nya nak tawar menawar)

Wednesday, December 01, 2010

MAHA 2010 part 1

Hajat ibu untuk melawat MAHA akhirnya tertunai jugak semalam. Sudah banyak kali hubby menyatakan keinginannya untuk bawak ibu ke sana tetapi memandangkan dia yang agak bizi so ibu tunggu sahajalah time ada peluang.

Minggu ini juga adalah minggu akhir student bercuti. Next week merupakan minggu pertama kuliah semester pendek. Makanya, minggu ini juga lah minggu akhir untuk ibu mengular. Plan dirangka last minute (sorry kat kengkawan opis sebab membelot pergi dulu...huhu). Kalau canang lama2 biasanya tak jadi bahh..

Pagi2 lagi ibu ikut hubby ke UPM. Janji ngan Erie suruh dia tunggu kat fakulti nak bfast sesama sambil tunggu Kaktie ambik kiriman dari Langkawi. Tunggu hubby yang tak settle2 kerja kat lab (ni yang maleh kalau janji ngan orang bizi, den dah sentap daa...).

Dengan gamblenya ibu setuju naik motor ngan Erie. Oh my...rasa nyawaku dihujung tanduk time dia mencilok2 kat tengah2 kereta tuh. Lepas tu dengan selamba badaknya lalu jalan melawan arus. Harus kalau ada kereta kat depan, kami masuk muka depan paper besok hari. Sib baik takde apa2.


Kami konvoi naik motor
On the way ke MAHA 2010
Geng remp-it (sorry tak sempat nak berkenalan)
Tempat parking kereta yang jauh ya amattt...kalau agak2 ada osteoperosis, tidak digalakkan ke tempat nih..nak tercabut kaki rasonya jalan jauhhhhhhhhhhh giler. Walau ada tram tapi orang ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat dan hari panassssssssssssss sangat.

Alhamdulillah selamat sampai walau hati dup dap dup dabbbbb...takottttt!


Sedang kami nak menapak ke tempat pameran, tetiba terlihat motor ini...apakah motif si tuan punya motor ni....???


Baik ko tak yah kunci motor kalau nak tinggalkan kunci motor. Buat announcement jer "saper nak curik motor aku amik lah...aku tak kesaahhh".
(Di sebabkan kami kesian kat tuan motor ni, Erie tolong sembunyikan kunci motor dia dalam helmet dengan harapan dia dapat carik. Itu lebih baik dari cadangan asal untuk mencampakkan kunci motor tu ke dalam longkang berhampiran dan meninggalkan nota yang berbunyi ;"kepada tuan motor, selamat mencari kunci motor di dalam longkang yaa!"