Tuesday, December 14, 2010

Kisah Wafa yang buat ibu nak luruh jantung! phewww~



Entah kenapa minggu ni dirasakan lambat benar masa berlalu. Selalunya cepat jer. Semalam anak2 dah mula bertanya, ke mana ayah mereka. Hmmm..Luqman mungkin dah faham sebab dia bersalaman dengan ayahnya semasa di airport, tetapi Luthfil Hadi asyik bertanya sebab bila ibu cakap ayah pergi kerja jauh, dia cakap "kenapa ayah tak bawak kereta?".

Wafa pulak dah selamat mendaki 17 anak tangga secara senyap2 ketika ibu sedang leka di dapur. Kesempatan ini diambil ekoran ketiadaan kedua-dua abangnya yang selalu bertindak sebagai pereport dan penghalang dia dari menghampiri tangga walaupun hadapan tangga sudah ada kubu2 kuat.

Zuppp zapppp sekali toleh ke belakang dia dah lesap!! Rasanya tak sampai 1 minit ibu leka, dia dah berdesup menuju ke tangga..then akhirnya target dia selama ini untuk panjat tangga tu tercapai jua. Terasa nak luruh jantung ibu bila tengok dia dah kat atas. Nasib baik dia tak terjun tiruk ke bawah semula. Dan2 je ibu sampai dia baru je landing ke anak tangga yang terakhir.

Maka, tercapai lah segala impian dia yang selama ini dihalang oleh ibu dan abang2nya. Tersenyum lebar dia waktu ibu memeluknya dan mengusap kepalanya sambil berbisik..."Lain kali Wafa jangan buat ibu risau yer"...

2 comments:

nanonano said...

hehe hero kan..
mestilah berani,
semua nak dicuba :p

WanShila said...

nanonano: pembetulan, bukan hero tapi 'heroin':)

Wafa Aleesya