Tuesday, December 28, 2010

Men'psiko'!

Hubby memang muncung bizi tahap cipan, tenuk, kura2 sekarang nih. Balik dari conferens di Brunei kerjanya melambak2 menunggu. Ada kisah mengerikan sekembalinya dari conferens tenpohari sampaikan ibu pun tak lena tidur. Tuan punya diri apatah lagi. Sekarang dia tengah bertungkus lumus menyiapkan 'kisah ngeri' itu sebelum ianya menjadi kenyataan. Nasib baik lah bos2 nya kata itu perkara biasa yang selalu berlaku kepada PhD student di peringkat final year. Maunya tak meraung bila tengok printed result tuh.

Sejak dua mejak nih jugak hubby kekurangan waktu tidur dan waktu bersenang lenang di bawah bergolek2 dengan kami menonton tv. Dok memerap di dalam bilik menyiapkan CE dan preparation for conference di UKM pada 30hb ni. Itupun nasik baik en. erie ada tolong siapkan poster presentation.

Dia turun bawah time nak makan dan nak minum (tapi time CSI: Miami sejam dia join ibu tengok, hehehe). Tidur cuma 2,3 jam jer..huhuhu..memang sengsara nak dapat segulung PhD nih. Makan hati ek buat PhD nih. Bukan calang2 orang yang boleh melaluinya.Bila tengok keadaan dia yang agak tunggang langgang rutin harian membuat ibu gerun jer nak sambung belajar semula..hahaha.

Dalam pada dia dok huru hara tu, ibu sempat juga men'psiko' dia untuk membuat pagar tangga. Dah tak larat nak menjerit kat Wafa Aleesya supaya jangan main tangga. Jerit keluar anak tekak pun bukannya budak kecik tu faham. Dia lagi la suka dan makin galak panjat kalau kita melarang. Sudahnya, di pagi hari Sabtu tu, ibu mengemas perisai2 yang diguna untuk memblok tangga. Dah clear and sangat lapang. Perghhh...gue hantar nonverbal message kat hubby. Tanpa kata, tanpa bicara, tapi boleh dibaca dan diungkai apa mesej yang ibu hantarkan. Maka, berlalulah hubby ke kedai membeli kayu beluti dan membuatlah ia akan pagar koboi untuk menghalang si anak dara yang comel lote dari terjatuh akibat bermain di atas tangga.

See...kadang2 kita tak perlu nak bercakap banyak. Cuma bertindak sahaja.

No comments: