Hujung minggu semalam juga hari yang penuh bersejarah. Buat pertama kali ibu berjaya menghantar hubby ke airport ditemani 2 hero yang macho tapi telah terbongkang tidur di seat belakang waktu kami tiba di airport jam 4.30am! Ya..hubby ke Brunei selama 5 hari. Oleh kerana flightnya jam 6.30am, kami terpaksa keluar seawal jam 4am. Wafa Aleesya ibu tumpangkan kat rumah kawan kat taman yang sama. Nasib baik dia tak meragam.
Sejak menerima 'panggilan rindu' (misscalled) 2 hari lepas, setiap kali mengingatinya, hati ibu akan berdetik penuh debaran. Adakahhhh??? Ahhhh...macam orang bercinta, menunggu dan terus menunggu bilakah lagi panggilan itu akan menyusul lagi. Kali ini ibu akan pastikan status panggilan sebagai 'terima'...bukan lagi 'panggilan rindu'..ibu akan pastikan si Nokia di sisi ibu sentiasa. Wallah...
No comments:
Post a Comment