Pagi tadi ibu ke pejabat pos menyetelkan bil-bil yang asyik tertangguh dan terlupa. Selepas selesai urusan di pejabat pos, ibu melencong masuk ke stesyen minyak. Isi sesiap sebab lepas kelas jam 12pm nanti ibu akan bergegas menjemput hubby di airport.
Tiba2 ibu terdengar bunyi bising seperti sesuatu di seret di atas jalan raya. Ibu nampak sebuah kembara yang dipecut laju sedang menyeret sebuah motosikal di atas jalan dan keluar asap akibat geseran yang berlaku. Orang ramai mula keluar untuk menyaksikan kemalangan itu.
Masing2 tertanya sesama sendiri. Siapakah mangsa yang memandu motorsikal tersebut.
Selesai mengisi minyak, ibu drive nak ke office. Sambil memandu, ibu jengah keluar nak melihat samada pemilik kembara tu berhenti atau tidak. Cari punya cari hampir 300 meter pun tak nampak kelibat kereta tersebut. Tetapi sepanjang jalan yang dilalui ibu ternampak setin sardin yang telah terburai isi perutnya di tengah2 jalan. 10 meter di hadapan, ternampak lagi sepaket beras yang berterabur di atas jalan.
Selepas traffic light simpang ke Lenggeng, lebih kurang 50 meter, ibu ternampak orang ramai berkumpul seolah-olah sedang berkerumun sesuatu. Sah! memang ada sebuah motorsikal yang layak digelar besi buruk tersadai di tepi jalan! Dan masing2 kecoh sedang bercerita.
Setakat ini belum dapat dipastikan status pemandu motorsikal tersebut. Terselamatkah dia atau sebaliknya???
Ibu: tumpang simpati..
No comments:
Post a Comment