Thursday, July 24, 2008

Minggu ni fikiran tak stabil sangat..bizi, bengang etc..banyak keja menunggu..marking, kelas, projek, mimpi, family bla,bla,bla..

Biasanya kalau aku macam ni, aku akan cari seseorang. Walaupun aku tahu dia tidak la dapat membantu meredakan kegusaran hati aku..tapi..entah lah..at least dapat melupakan masalah aku seketika.

Walaupun kadang2 dia sesuka hati tenggelam timbul, menyakitkan hati aku..tapi dia jugak yang aku cari.
Sedang aku berkemas untuk pulang ke rumah..."ninoninonino..." (bunyi suara Luthfil menyanyi..nada dering SMS masuk)

Dia: Salam. How r u? Just 2 remind dah 3 wk dan blum ada brita drpd u abt ur projek.Narimah

(Aku dah terkedu..rasa nak meraung tang tu jer..malu siot!)

Aku: Waalaikumussalam. maaf dr..lately sy bizi sangat, sy sdg siapkan questionnaire..nanti dah siap, sy akn jumpa dr..:)

Dia: Ok mcm ni le. Klau u busy sya pun busy juga. Next wk sya kat conferens. Lpas 2 dri 3 ogos spai 8 ogos sya kluar rsh. Bgi dulu apa yg u ada.

AKu: Ok. Thanks dr..

Camner aku nak concentrate menulis..ada je kerja yang kena buat dalam tempoh yang singkat. Sekarang ni pun, orang lain dah boleh rileks, aku masih diberi subjek baru mengajar student UEL (HND). Pejam celik je bulan July dah nak abis. Projek dok tang tu jugak. Bab 1 tak abis2..

Friday, July 18, 2008

Menanti Kehadirannya...

Aku tak mau lagi berbicara soal politik.

Ada orang bengang!

Aku just nak criter tentang aku..kalau tak suka jangan baca no!

Semalam student aku exam..so bermulalah menanda kertas exam pulak. Malam tadi dah mula marking bahagian objektif. Asyik concentrate keja je, aku tak tahu bila nak sentuh buat projek paper pulak..dah lama terbengkalai.Even questionnaire lom start buat pun. Supervisor pun dah lama tak jumpa...maunyer pasni kena fire!

Semalam aku mimpi tentang adik aku yang kawen 2 tahun lepas.Tak tau le camner boleh termimpi tentang dia..Aku jarang sms dia kecuali kalau ada hal. So, pagi tadi tergerak hati nak bertanya khabar dan aku bagitau dia yang aku mimpi tentang dia.

Ada perkhabaran gembira rupanya. Dia disahkan pregnent! Wow! Nampaknya bertambah lagi anak buah aku..tahun ni baru je dapat sorang lagi anak buah lelaki..harap2 tahun depan dapat baby girl pulak.

Aku? Huhuhu...tak pernah merancang. Kalau ada2, ada lah..kami pun memang ternanti2 sorang puteri penyeri keluarga. Anak teruna 2 orang tu pun dengarnya asyik dok belek anak dara orang je kat TASKA.

Thursday, July 17, 2008

Orang-orang dulu yang berjuang dalam politik adalah kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA..
Tapi kini, aku tak percaya orang yang berjuang dalam politik (terutamanya parti cap dacing) itu sebab AGAMA, BANGSA dan NEGARA..itu cuma omongan sahaja..

tak lain untuk dapat projek dan jaga poket sahaja.

Keikhlasan berjuang untuk orang kebanyakan cuma mainan bibir aje!

Malaysia Bolehhh!!! [Baca: Boleh Naik minyak, Boleh Naik Barang, Boleh Naik tambang]

p/s: suka ati aku nak tulis apa, sebab ini blog aku..kepada yang nak tinggal jejak yang bukan2..anda boleh..BOLEH BLAH!

Wednesday, July 16, 2008

Adoi...

Kesiannya rakyat Malaysia,
Ada Menteri macam tu rupa..
dari planet mana asalnya dia..
Nak wat camana..

huhuhu..takpe lah..

maafkan lah dia...

siapakah yang bersalah?
PMkah yang bersalah?
Orang2 yang mengundinya kah yang bersalah?
atau..
..lu fikirlah sendiri!!

Tuesday, July 15, 2008

Doa

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. '

Si Rambut Putih

Dulu aku suka tengok si rambut putih sebab dia nampak lain dari yang lain terutama keberanian dan kelantangan bersuara mengkritik dasar kerajaan.

Sekarang aku benci yang teramat tengok muka dan muncung si rambut putih tu..bila dia bercakap, memang aku hangin je rasa satu badan..memang padan la dengan SI TIUNG!!

Aku sanggup tukar ke channel lain kalau aku nampak kelibat dia..betapa aku MEMBENCI dirinya!!huh!!!

Last episod yang mengharukan

Malam tadi aku sempat melayan citer War of the Roses lagi..dah last episod rupanya..baru 3 kali tengok dah ending.Walaupun hanya 3 episod terakhir yang aku sempat layan, tapi cerita itu benar2 mengharukan aku..3 kali tengok, 3 kali jugak aku tangkap leleh..huhuhu..sib baik hubby takde tengok aku nangis..kalau dia ada maunya aku kena gelak!!

Episod terakhir malam tadi benar2 menyentuh hati..melihat bagaimana si emak terpaksa meninggalkan 2 anaknya kerana tidak mahu anaknya melihat penderitaan hari2 terakhir sebelum kematian datang menjemputnya..bila anak2 dan adiknya datang untuk menziarahi pun dia tidak mahu berjumpa sedangkan dia sangat merindui anak2nya sehingga tidak mahu makan sepanjang hari.

Apa yang meruntun hati aku ialah apabila melihat kesedihan si suami menyaksikan kesakitan isteri tatkala sakit barahnya datang menyerang sehingga terpaksa menggigit tali sekuat hati untuk menahan kesakitan.

Hari2 terakhir.. si isteri menyatakan betapa bahagianya dia menjadi wanita yang disayangi. hajatnya termakbul untuk merasai si suami menyuapkan makannya, mendukungnya kemana dia mahu pergi, memandikannya..apa lagi yang lebih membahagiakan bagi seorang wanita selain itu semua?

Thursday, July 10, 2008

Apa2 laa...

Takde tajuk khusus posting hari ni.

1. Aku mencik, orang lain dah boleh rilek2 sebab minggu depan dah start exam, tapi aku kena mengajar HND pulak. Foreigner lak tuh!!

2. Malam tadi, kami makan kat luar. Hubby bawak pegi makan KFC kat town. Aku tak brapa suka sangat, tapi memikirkan anak2 yang suka nak tengok 'atuk' rambut putih tu..rezeki lebih untuk anak2.

3. Tahniah Siti Qumanura kerana selamat dikurniakan bayi lelaki walaupun terpaksa melalui pembedahan. Semoga dilimpahi Rahmat dan rezeki yang melimpah ruah dengan kehadiran orang baru.

4. Excited tunggu citer War of Roses malam tadi..hampeh! Takde pulak dia..ada citer Bodyguard..not bad la..

5. Luthfil Hadi makin becok menyanyi lagu feveret dia. Kalau sebelum ni cuma dik nor dik nor dik nor..tapi sekarang semua benda dia boleh ganti nama dik nor tu termasuk la 'bucuk', bantal, ibu, ayah, cucu, aman,

6. Hujung bulan ni aku akan keseorangan la gamaknya..geng2 makan dah nak resign..huaaaaa....cedihnyer...

7. Ari ni aku pose...apa nak masak ek?

8. itu jer laa..

Wednesday, July 09, 2008

War of Roses

Masa zaman muda2 dulu, aku suka melayan cerita2 Korea, cerita Mandarin, Jepun dan Filipina..(citer Melayu susah nak sangkut kecuali yang betul2 best!). Tapi sekarang ni agak sukar untuk aku meluangkan masa melangut depan TV especially kalau tengah bz dengan study dan keja. kalau dapat melayan CSI setiap Rabu malam tu pun dah dikira bagus..hohoho..

Pernah dulu aku menjadi pengumpul setia cerita bersiri Pengako Sayo. Kesemua episod berjaya aku miliki dari Box 1 hingga 16. Kebanyakannya aku buat pesanan (lebih murah daripada harga pasaran) daripada seorang kenalan internet yang tak pernah aku bersua muka..tapi kami jadi baik seolah2 pernah kenal..mmmm..ajaibnya kuasa teknologi! Lama tak dengar khabar Reezy..Rezzy merupakan seorang translator citer2 Filipina yang banyak ditayangkan di televisyen.

Sekali sekala aku suka jugak bukak channel 303 Astro..channel Korea..huhu..walaupun tidak ku paham bahasa yang dipertuturkan, tapi aku suka tengok orang Korea yang cun2 tu..putih bersih dan penuh dengan 'non-verbal communication'...Korea masih lagi sarat dengan budaya dan mengamalkan high-context culture.

2 malam lepas, kebetulan aku bukak channel 303...masa tu tengah ditayangkan satu drama. Melihat kepada pelakon2nya, aku rasa ini bukan calang2 criter. Dah hampir separuh masa sebelum tamat, aku tetap melayan criter tu...dengan tak tahu apa tajuknya, apa kisahnya dari awal, tapi citer tu berjaya membuatkan aku menangis kesedihan. huhu..si Luqman terpinga2 tengok aku mengalirkan air mata. Sedih siot!

Di akhir episod tu baru aku tau yang tajuknya adalah War of Roses. Nampak macam citer lama sebab sorang pelakon (hero Winter Sonata) masih muda lagi. Rupanya citer bersiri.. Malam tadi aku melayan lagi citer tu..memang sedih giler!!

Aku tak tau la apa kisahnya dari awal. Tapi melalui slot2 preview yang ditayangkan, menunjukkan pengorbanan seorang wanita yang teruk diseksa oleh suaminya yang curang. Wanita tu mempunyai seorang adik perempuan dan 2 anak perempuan. Masa aku tengok tu dia dah disahkan mengidap kanser dan hanya menunggu saat kematian. Dan suaminya pun sudah insaf dan mula menyayangi dirinya.

Apa yang menyebabkan aku tersentuh melihat cerita itu ialah, apabila membaca bait2 dialog yang dituturkan..sungguh mengharukan...(sib baik la ada translation in English, kalau tak aku main teka2 je la apa dia cakap. Ditambah dengan expression muka pelakon2nya..membuatkan mudah je air mata ni mengalir! Hahaha!! Lawak tul..baru je tengok 2 episod yang tengah2 aku dah mula gian nak mengikuti citer ni...time slotnyer aku dah dapat..11.15pm to 12.15am (sanggup berjaga tu).

Pagi tadi bangun pagi dengan mata bengkak sebab dok asyik nangis je..banyak sangat scene sedih..huhuhu..apa lagi? layan je laaaaaaa....

Friday, July 04, 2008

Registration

Yesterday, i've tried again to register my master tru gso portal. Syukur allhamdulillah. Lucky me. I've no need to go to gso.A lot of work to do maa..and of course can save my money for toll and petrol..hehehe

Today, my hubby go to upm..for his new registration. before that, he need to make medical check up. he dicided do it at PK only..also need to pay. Last time in 2007, i need to pay RM80.This time im not sure how much.

Poor him, need to wait until 2.45pm before check up. Last time he accompanied me to upm, this time he do it alone..hehehe..need to finish something lah..

I must finish my master this semester. If not..mati la..much2 money need to pay for travel only...fees,books, foods, kids, OT and etc. Last time only me, now my hubby also need to travel when he got class there. I hope something miracle happen to us. Semoga Allah mudahkan urusan, murahkan rezeki kepada orang yang menuntut ilmu. Amiinnnn...

Hakku hakmu, hakmu hakmu jua!

Sehari tak merayau mencari info dalam internet, ibarat tak lengkap la hari aku pada hari tu..

Salah satu web yang aku gemar kunjungi adalah www.tranungkite.net. Kebanyakan berita atau info yang dimuatkan di situ lebih update dan secara tak langsung aku boleh merayau ke laman sawang orang lain jugak.

Salah satu artikelnya menarik perhatian aku. Apa kata kita kongsi pandangan menarik itu bersama-sama.

Oleh: Merdeka

Dalam menangani masalah perbelanjaan harian, CEUPACS sangat rajin membuat tuntutan itu ini bagi ahli-ahlinya. Presiden nya Omar Bin Osman cukup rajin mendesak dan membuat tuntutan kepada kerajaan bagi memastikan pendapatan ahlinya mencukupi tatkala perancangan kenaikan harga barangan dirancang.

Ya kenaikan harga barangan memang sudah dirancang atas beberapa sebab ekonomi dan keperluan individu-individu tertentu (tauke-tauke).Bila gaji kakitangan awam nak naik, barang pun naik melulu termasuk minyak.Ianya semua telah dirancang rapi.

Apa yang nak saya persoalkan adalah bukan kenaikan itu.Lambat laun ianya terpaksa dinaikan juga. Kalau keadaan serantau tak naik tapi kita naik memang tak wajar. Tapi keadaan dinegara ASEAN ada yang lebih teruk. Jadi memangla kena naik.

Persoalan saya ada kualiti perkhidmatan kakitangan awam. Saya nampak macam tu juga. Gaji dan keselesaan tempat kerja dituntut tak henti-henti tapi kerja macam tu juga.
Pakai tag SENYUM tapi muka macam mengkudu.
(Ni aku setuju sangat ler!)
Pakai ANTI RASUAH tapi tak tolak bila orang bagi.

Piagam CUEPACS sendiri, tiada sedikit pun menyebut tentang produktiviti, kualiti. Memang CUEPAC nak jadi jagoan kakitangan awam tapi kerja mestilah setimpal. Bila kakitangan awam naik gaji atau dapat apa-apa imbuhan, harga barangan akan naik.
Pekerja swasta dan peniaga kecil, meleleh air mata dan air liur mendengar ribuan ringgit yang dituntut.

Apa pula jadahnya MTUC buat. Presiden nya asyik politik sana sini. Sampai kerajaan kata MTUC boleh buat 100 tuntutan / mogok pun, mereka tak heran. Begitu rendahnya pandangan kerajaan kepada pekerja swasta. Presiden MTUC kena belajar dari presiden CUEPACS. Jangan makan gaji buta.

Kita faham, kalau gaji naik , kos pengeluaran naik.
Bila kos pengeluaran naik, harga produk kena naik.
Bila harga produk naik, kononnya kita tidak boleh bersaing dengan negara lain.
Apa itu sajakah alasan konkrit?
Tapi apakah masalah sosial yang timbul akibat tekanan kewangan ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerja?

Kalau kualiti kurang, pengeluaran kurang, apa keuntungan yang dapat? Banyak yang reject dan kos akan meningkat juga.Kakitangan kerajaan yang malas tetap dapat gaji dan pencen. Bonus tak payah pening, CUEPACS akan pastikan. Kalau tidak mogok!

Saya memberi amaran kepada kerajaan, kalau PKR atau PAS atau mana-mana parti politik tidak dapat buka mata kerajaan atau jatuhkan kerajaan, pekerja swasta dan peniaga akan lakukan atas nama hak rakyat, bukan faktor politik.

Kasihan kami.
Kasihkan kami

Aku: Pekerja kerajaan ke, pekerja swasta ke, atau kerja sendiri ker..semuanya rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama rata..sebab semuanya bayar cukai kan? Tapi apa yang berlaku sekarang, yang kaya semakin kaya, yang miskin dah jadi papa kedana. Kerajaan suruh rakyat yang papa kedana berjimat..cuba bagi contoh sket apa yang nak dijimatkan tu walhal selama ni hidup ibarat bertarung nyawa hari ini untuk makan esok pun tak lepas. Sedangkan yang lain2nya simpanan (atau 'rompakan') 7 keturunan pun tak abis!