Friday, July 04, 2008

Hakku hakmu, hakmu hakmu jua!

Sehari tak merayau mencari info dalam internet, ibarat tak lengkap la hari aku pada hari tu..

Salah satu web yang aku gemar kunjungi adalah www.tranungkite.net. Kebanyakan berita atau info yang dimuatkan di situ lebih update dan secara tak langsung aku boleh merayau ke laman sawang orang lain jugak.

Salah satu artikelnya menarik perhatian aku. Apa kata kita kongsi pandangan menarik itu bersama-sama.

Oleh: Merdeka

Dalam menangani masalah perbelanjaan harian, CEUPACS sangat rajin membuat tuntutan itu ini bagi ahli-ahlinya. Presiden nya Omar Bin Osman cukup rajin mendesak dan membuat tuntutan kepada kerajaan bagi memastikan pendapatan ahlinya mencukupi tatkala perancangan kenaikan harga barangan dirancang.

Ya kenaikan harga barangan memang sudah dirancang atas beberapa sebab ekonomi dan keperluan individu-individu tertentu (tauke-tauke).Bila gaji kakitangan awam nak naik, barang pun naik melulu termasuk minyak.Ianya semua telah dirancang rapi.

Apa yang nak saya persoalkan adalah bukan kenaikan itu.Lambat laun ianya terpaksa dinaikan juga. Kalau keadaan serantau tak naik tapi kita naik memang tak wajar. Tapi keadaan dinegara ASEAN ada yang lebih teruk. Jadi memangla kena naik.

Persoalan saya ada kualiti perkhidmatan kakitangan awam. Saya nampak macam tu juga. Gaji dan keselesaan tempat kerja dituntut tak henti-henti tapi kerja macam tu juga.
Pakai tag SENYUM tapi muka macam mengkudu.
(Ni aku setuju sangat ler!)
Pakai ANTI RASUAH tapi tak tolak bila orang bagi.

Piagam CUEPACS sendiri, tiada sedikit pun menyebut tentang produktiviti, kualiti. Memang CUEPAC nak jadi jagoan kakitangan awam tapi kerja mestilah setimpal. Bila kakitangan awam naik gaji atau dapat apa-apa imbuhan, harga barangan akan naik.
Pekerja swasta dan peniaga kecil, meleleh air mata dan air liur mendengar ribuan ringgit yang dituntut.

Apa pula jadahnya MTUC buat. Presiden nya asyik politik sana sini. Sampai kerajaan kata MTUC boleh buat 100 tuntutan / mogok pun, mereka tak heran. Begitu rendahnya pandangan kerajaan kepada pekerja swasta. Presiden MTUC kena belajar dari presiden CUEPACS. Jangan makan gaji buta.

Kita faham, kalau gaji naik , kos pengeluaran naik.
Bila kos pengeluaran naik, harga produk kena naik.
Bila harga produk naik, kononnya kita tidak boleh bersaing dengan negara lain.
Apa itu sajakah alasan konkrit?
Tapi apakah masalah sosial yang timbul akibat tekanan kewangan ini dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerja?

Kalau kualiti kurang, pengeluaran kurang, apa keuntungan yang dapat? Banyak yang reject dan kos akan meningkat juga.Kakitangan kerajaan yang malas tetap dapat gaji dan pencen. Bonus tak payah pening, CUEPACS akan pastikan. Kalau tidak mogok!

Saya memberi amaran kepada kerajaan, kalau PKR atau PAS atau mana-mana parti politik tidak dapat buka mata kerajaan atau jatuhkan kerajaan, pekerja swasta dan peniaga akan lakukan atas nama hak rakyat, bukan faktor politik.

Kasihan kami.
Kasihkan kami

Aku: Pekerja kerajaan ke, pekerja swasta ke, atau kerja sendiri ker..semuanya rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama rata..sebab semuanya bayar cukai kan? Tapi apa yang berlaku sekarang, yang kaya semakin kaya, yang miskin dah jadi papa kedana. Kerajaan suruh rakyat yang papa kedana berjimat..cuba bagi contoh sket apa yang nak dijimatkan tu walhal selama ni hidup ibarat bertarung nyawa hari ini untuk makan esok pun tak lepas. Sedangkan yang lain2nya simpanan (atau 'rompakan') 7 keturunan pun tak abis!


1 comment:

Anonymous said...

harga minyak naik 70 sen (petrol), 1 ringgit (diesel) membuat aku marah dan bengang dengan keputusan kerajaan. setelah tamat semester, aku telah berbahas dengan bapaku yang juga seorang peniaga biasa tentang harga minyak ini. Aku memberikan fakta2 dengan penuh emosi (darah orang muda). namun ayahku tetap senyum dan berkata: abang, sebenarnya kita perlu terima hakikat ini. Ada baiknya kerajaan naikkan harga minyak sebab supaya kita mesti bekerja kuat, lebih rajin dan berjimat. sebenarnya, kalau kita kuat kerja, rajin dan simpan duit (berjimat) ianya lebih menguntungkan kita sendiri.... Ayah aku juga peniaga yang bergantung kepada harga minyak. kos operasi meningkat sebanyak 50% dan alhamdulillah, kami masih dapat hidup seperti biasa. ayah aku juga walaupun peniaga kecil berusaha mencari bisnes lain dengan menggunakan usaha sendiri tanpa bantuan apa2 waima pun kerajaan. sekali lagi, alhamdulillah, rezeki datang tanpa diduga. Ayah aku juga menegur aku supaya tidak bergantung kepada subsidi. kerana subsidi, DEB tidak dapat membantu Melayu menguasai 30% ekuiti niaga melayu. rasionalnya, kita akan menggunakan kekuatan kita jika kita dalam keadaan terdesak. maka, kita perlu lupakan konsep subsidi dalam kepala kita dan berdiri tanpa tongkat

aku juga ada meminta menaikan elaun sara hidup aku daripada ayah aku, dia cakap walaupun minyak naik 40% elaun x akan naik. sebagai contoh, dulu sehari RM 20 (sebelum minyak naik) tapi sekarang masih sama, RM 20. Sebabnya, dia cakap itulah cara kita hidup. pandai-pandailah kita kurangkan kos2 yang x tentu pasal. bila pikir2 btol jugak. kita perlu beli keperluan bukan kehendak kita. thanks to my dad...