Malam tadi aku sempat melayan citer War of the Roses lagi..dah last episod rupanya..baru 3 kali tengok dah ending.Walaupun hanya 3 episod terakhir yang aku sempat layan, tapi cerita itu benar2 mengharukan aku..3 kali tengok, 3 kali jugak aku tangkap leleh..huhuhu..sib baik hubby takde tengok aku nangis..kalau dia ada maunya aku kena gelak!!
Episod terakhir malam tadi benar2 menyentuh hati..melihat bagaimana si emak terpaksa meninggalkan 2 anaknya kerana tidak mahu anaknya melihat penderitaan hari2 terakhir sebelum kematian datang menjemputnya..bila anak2 dan adiknya datang untuk menziarahi pun dia tidak mahu berjumpa sedangkan dia sangat merindui anak2nya sehingga tidak mahu makan sepanjang hari.
Apa yang meruntun hati aku ialah apabila melihat kesedihan si suami menyaksikan kesakitan isteri tatkala sakit barahnya datang menyerang sehingga terpaksa menggigit tali sekuat hati untuk menahan kesakitan.
Hari2 terakhir.. si isteri menyatakan betapa bahagianya dia menjadi wanita yang disayangi. hajatnya termakbul untuk merasai si suami menyuapkan makannya, mendukungnya kemana dia mahu pergi, memandikannya..apa lagi yang lebih membahagiakan bagi seorang wanita selain itu semua?
No comments:
Post a Comment