Tuesday, December 28, 2010
Men'psiko'!
Friday, December 24, 2010
bye..bye..
Saturday, December 18, 2010
khabar gembira~
Friday, December 17, 2010
Berkat doa
Thursday, December 16, 2010
Kes langgar, lenyek, lerek dan lari...
Wednesday, December 15, 2010
Maxis oh Maxis..
Tuesday, December 14, 2010
Take it or leave it!
Kisah Wafa yang buat ibu nak luruh jantung! phewww~
Entah kenapa minggu ni dirasakan lambat benar masa berlalu. Selalunya cepat jer. Semalam anak2 dah mula bertanya, ke mana ayah mereka. Hmmm..Luqman mungkin dah faham sebab dia bersalaman dengan ayahnya semasa di airport, tetapi Luthfil Hadi asyik bertanya sebab bila ibu cakap ayah pergi kerja jauh, dia cakap "kenapa ayah tak bawak kereta?".
Monday, December 13, 2010
Syukur Ya Allah di atas rahmatMu
Suatu hari yang panjang...
Saturday, December 11, 2010
Puisi merapu...
Monday, December 06, 2010
M.A.L.A.S
- Malas.
- Hubby pinjam laptop.
- Laptop hubby kecik sangat, tak best.
- Bizi dengan registration student.
- Sakit kepala dan pening bila lama sangat mengadap laptop.
- Banyak cerita nak tulis, tapi tak tahu nak citer yang mana dulu.
- FB kena block kat opissss..ngeng!
- Dalam dilema.
- Berdebar menunggu 10hb Dis.
- Tulis banyak2 pun bukannya orang baca ...
Wednesday, December 01, 2010
MAHA 2010 part 1
Monday, November 29, 2010
Mee Kari Special
- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih bersama bawang merah, bawang putih dan halia (dikisar/mayang terlebih dahulu).
- Masukkan daun kari dan daun pandan.
- Setelah garing tumisan, masukkan serbuk kari yang dibacuh dengan sedikit santan dan air. Kacau sehingga betul2 garing dan naik bau.
- Masukkan ayam. Biar seketika sehingga ayam masak. Masukkan kentang yang dipotong dadu kecil.Boleh tambah sedikit air.
- Blend keledek yang telah direbus terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk kari tadi.
- Masukkan isi kerang, fish cake (hiris) dan tauhu kering yang dipotong 2. Biarkan seketika.
- Masukkan santan pekat, tambah air (mengikut kesesuaian kepekatan-lupa lak den nak sukat)
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
- Siap untuk dihidang dan SELAMAT MENCUBA!
Bukan main masak2!
Saturday, November 27, 2010
Time to walk!
Friday, November 26, 2010
Will mother kick the baby bird out??
For analogy, we know the birds born to fly. At the same time birds in the nest need to learn how to fly..and how at a certain point the mother will kick them out of the nest. She doesn't just keep bringing these litle baby birds food for the rest of their life, even though she loves them so much. She knows that at a certain point they have wings. And that learning to fly takes instinct and practice.
Thursday, November 25, 2010
Puzzle oh puzzle...
suatu ketika dahulu...
Ibu ingat lagi gambar ini diambil semasa ibu bersama keluarga menghadiri Hari Keluarga MDB (tempat ayah kerja). Time ni ibu tengah tunggu SPM tahun 1994!
Sup ayam pencen
Wednesday, November 24, 2010
Sexual harassment!
Yang rapuh kan terlerai juaaa...
Garden hubby...
Tuesday, November 23, 2010
Kisah sebuah misteri...jeng!jeng!jeng!
Khasiat Pokok Selasih
Masyarakat Melayu, India dan Cina sama-sama manfaatkan kebaikan selasih
Oleh
Noor Hasnah Adam
AIR katirah dan bulan Ramadan memang sinonim sekali di Singapura. Bila tiba bulan Ramadan, air katirah akan dicari orang ramai.
Air katirah bukan sahaja dapat melegakan dahaga bahkan mempunyai khasiat yang tinggi untuk memberi tenaga pada tubuh badan.
Antara ramuan air katirah ialah buah semangkuk, buah katira, gajus, kismis, kurma, agar-agar, badam, halwa kabung, susu dan beberapa bahan lain. Paling menarik, air katirah tidak akan lengkap tanpa biji selasih.
Selasih atau nama saintifiknya Ocimum Sandium atau bahasa Inggeris disebut basil, tergolong dalam keluarga Lablatae. Masyarakat Melayu turut menggelarnya ruku-ruku atau ruku hitam.
Spesies pokok ini sebenarnya berasal dari negara beriklim panas seperti India, benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Dipercayai, pedagang India telah memperkenalkan dan membawa selasih ke rantau ini.
Selasih adalah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30 hingga 90 sentimeter.
Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur. Di rantau ini pada kebiasaannya, pembungaan bagi tanaman daripada biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang.
Bunganya terdapat di bahagian hujung batang dan dahan pokok. Kelopak bunganya berwarna hijau keunguan dan bahagian atas bunganya berwarna putih atau merah jambu pucat.
Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma. Namun bauan itu juga boleh memabukkan.
Pokok selasih tumbuh dengan baik di kawasan beriklim tropika. Biasanya masyarakat India menanam pokok ini di halaman rumah dan kuil.
Golongan tua biasanya memakan pucuk dan daun muda selasih sebagai ulam.
Aroma selasih pula digunakan sebagai perasa dalam makanan manakala biji selasih dibuat minuman.
Minuman selasih dipercayai dapat menyejukkan badan.
Di India, selasih mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan menjadi bahan keagamaan serta kepercayaan.
Masyarakat India mengenali tumbuhan selasih ini sebagai 'vishnu priya'. Penggunaan selasih amat penting dalam sistem perubatan Ayurveda masyarakat India dan perubatan Jiu Cheng Ta masyarakat Cina.
Dari sudut saintifik, kajian menunjukkan bahawa daun selasih dapat meningkatkan atau mengembalikan selera, membuang angin dalam perut dan usus, juga membuang hingus dan lendir dalam sistem pernafasan.
Jus daun selasih boleh menjadi penawar kala jengking dan patukan ular, meredakan sakit perut dan mengurangkan tahap gula di dalam darah.
Air rebusan daun selasih boleh digunakan untuk berkumur bagi mengurangkan sakit gigi.
Bagi masyarakat Melayu pula, daun selasih dimakan atau air rebusannya diminum untuk mengurangkan batuk.
Jika demam, daun selasih yang ditumbuk lumat perlu ditampal ke dahi untuk mengurangkan panas dan sakit kepala.
Biji selasih pula digunakan sebagai tonik untuk menjaga kesihatan badan.
Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga selasih digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan memanfaatkan bauan dan perisa yang asli.
Masyarakat Melayu percaya bahawa minyak selasih dapat mengubat sakit telinga, sakit kulit dan turut menjadi pencegah serangga.
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan bukan sahaja di Asia bahkan di Barat. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik, beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.
Dalam pantun-pantun Melayu, banyak mengaitkan 'selasih' dengan hubungan kasih sayang;
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Hilang emak hilang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Batang selasih permainan budak,
Daun sehelai dimakan kuda;
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun kembali juga.
Dalam sastera rakyat Asal Usul Danau Maninjau, ada disebut pantun berikut;
Sudah lama merendam selasih,
Barulah kini mau mengembang;
Sudah lama kupendam kasih,
Barulah kini bertemu pandang.
Selasih turut menjadi nadi dalam lirik-lirik lagu terkenal seperti yang dinyanyikan oleh Ahmad Jais dan Allahyarhamha Rafeah Buang;
Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan....
Ternyata, tanaman selasih yang kaya dengan khasiat perubatan turut menerbitkan hubungan rapat dan kasih sayang antara manusia Melayu dengan tumbuhan itu. Semuanya jelas terpancar dalam pantun-pantun dan sastera Melayu.
Monday, November 22, 2010
tak sempat lapar...
Hari minggu merupakan hari yang paling ditunggu oleh ibu. Hari untuk bersantai bersama keluarga terchinta.