I think most of us dah pernah terima email ini. When I read this email, I just think about my kids. Sometimes, ibu leka dengan kerja2 pejabat sehinggakan pulang lewat ke rumah. Sometimes, Luqman merajuk bila ibu lambat menjemputnya. Luthfil pulak asyik tertanya2 'mana ibu..mana ibu..ibu balik lambat laaa...'. Wafa pulak masih belum pandai berkata2.tapi ibu dapat lihat daripada kelakuannya yang akan terlebih excited apabila ibu muncul di muka pintu.
Sampai satu ketika, I feel that I want to resign and just stay at home..to see them everytime, to hold their hand, to let them land on my shoulder, to feed them from my own fingers. Begitu cepat masanya berlalu. Yang pasti masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Saat2 mereka kecil sebenarnya saat yang paling berharga buat kita. Ibu banyak berhutang masa berharga dengan anak2 yang amat memerlukan perhatian.
Kita hanya mampu merancang, Allah yang menetukan. I tried my best to do everything especially for my family. Tidak ada yang lebih bernilai dan bermakna dalam hidup melainkan mempunyai keluarga yang sihat dan bahagia.
Untuk anak2 ibu...maafkan ibu di atas kekurangan ibu. I love you all.
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak
bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
1 comment:
subhanallah.... sebak juga saya membacanya.... ibu yang baik...
Post a Comment