Friday, October 31, 2008


Kelahiran: 30 Disember 2005, 3.8kg, Hospital USM, Kubang Kerian.


Usia 4 bulan


2 tahun lebih

Buah hati ibu..

Adik sayang ibu?
Sayang!

Adik sayang ayah?
Sayang!

Adik sayang Abg Long?
Sayang!
Adik sayang ibu, sayang ayah, sayang abg yong (abg long)
Sayang banyak2..


Apa yang dia suka cakap.

- Mmmm..shedap ibu masak!
- Ankyu (thank you)
- Ecome (welcome)
- Ibu, abg yong buat adik..
- Ibu, adik beyak banyak2 yer...(huhuhu..time ni selalunya aku yg terpilih utk cebokkannya).
- Ibu, adik nak cocopes (cococrunch)
- Ibu, jom p giant.
- Ibu, adik nak ikut! (pantang nampak aku bersiap)
- Abang yong, main sama-sama yer.
- Cabar..cabar.. (sabar..sabar..., ngajuk aku cakap la tuh!)

Dah besar anak ibu..pejam celik dah dekat 3 tahun usianya. Hari Lahir lambat lagi (30 Dis)..tapi dia asyik dok nyanyi lagu Happy Birthday jer..huhuhu..sajer je nak pressure kami...hehehe..kalau ibu dah siapkan projek paper ontime, boleh la kita celebrate besar-besaran yer..So, jangan kacau ibu buat keja ya!
Tak tau apa nak cakap.

Hambar.

Tawar.

Kosong.

Lesu.

Dingin.

Speechless.




Biarlah masa yang menentukan.







Tak tumbuh tak melata...tak sungguh aku tak rasa!

Thursday, October 30, 2008

Walau jasad sudah mau rehat, otak sudah penat, mata sudah mau lelap..tapi aku masih memikirkannya.....




























KOM5999!!!
Terlalu penat!

Semalam, pagi-pagi lagi aku dan hubby keluar rumah ke UPM...ada midterm...macam boleh jawab, tapi tak tahulah!

Sementara menunggu hubby datang menjemput, aku ke JPPPL. Niat dihati nak jumpa Kak Baah, Pegawai JPPPL...dah lama tak jumpa.

Nasib aku baik, Kak Baah ada di jabatan sedang berbual dengan pelajar-pelajar final year. Rupanya Kak Baah juga mempunyai masalah kesihatan macam aku..gallstone, tapi belum menjalani pembedahan.

Kebetulan, taklimat mengenai projek paper untuk pelajar tahun akhir akan diadakan pada jam 11am. Aku pun tumpang sekaki mendengar taklimat Pn. Rusinah..Pn Rusinah adalah ex lecturer aku masa degree dulu.

Apa yang membuatkan aku terharu dengan lecturer JPPPL adalah sikap mereka kebanyakannya very helpful kepada student. Even aku bukan lagi pelajar di bawah JPPPL, tetapi mereka sentiasa membantu aku. Layanan ini sukar diperolehi di Jabatan Komunikasi...nama je Jabatan Komunikasi, tapi dari segi praktikal nya agak mengecewakan.

Selepas selesai mengadakan sedikit perbincangan dengan Pn Rusinah, aku ke Fakulti Perhutanan mendapatkan hubby.

Selepas makan, kami ke perpustakaan mencari bahan. Kesian hubby..aku mintak tolong dia carikan bahan untuk aku..huhu..sepetang kami bertapa kat tingkat bawah library tu..sampai ke rumah hari dah malam. Penatnya...

Hari ni kengkawan yang lain buat presentation. Bertuah mereka, ramai pensyarah yang takde sebab mereka terlibat dalam seminar. Kurang sket adegan tembak menembak.Mulanya aku ingat nak jugak menjenguk mereka, memberi sokongan buat Wawa, Enni, Sha, Iera, Fiza, Hassan dll..tapi tak sempat nak kesana..banyak sangat kerja.

Aku jugak yang masih lagi meneruskan perjuangan..Chayyo'!!

Friday, October 24, 2008

Krisis ekonomi dan Islam

Aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai krisis ekonomi dan Islam yang ditulis oleh Saudara Zaharuddin Abd Rahman dalam Harian Metro.


AMERIKA SYARIKAT (AS) menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?

Adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat daripada malapetaka seperti ini?

Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah, dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam.

Isu ini kompleks kerana banyak menggunakan istilah kewangan dan perbankan, namun saya cuba segala untuk memberi faham.

Kegawatan bermula daripada kes pinjaman dan pensekuritian bon Subprima.



Fahami Subprime Mortgage

Subprime mortgage dalam bahasa Malaysia disebut ‘peluang kedua pinjaman’. Ia pinjaman diberi kepada sekumpulan pengguna miskin manakala sebahagian lainnya tidak menepati kriteria peminjam yang boleh diluluskan jika dilihat daripada piawaian sesebuah bank.

Ia disebut mempunyai ‘credit rating’ rendah. Mereka membabitkan pelbagai golongan, termasuk yang berpendapatan rendah, ada rekod gagal bayar hutang, spekulator yang tiada wang tetapi ingin membeli untuk tujuan pelaburan dan lain-lain lagi.

Mereka diberi peluang kedua untuk membuat pinjaman bukan atas dasar ingin membantu, tetapi kerana sifat tamak kapitalis.

Apabila pinjaman diberi kepada mereka yang berpotensi gagal membayar balik, risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default’ semakin tinggi. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi kadar riba ‘interest’ dikenakan terhadap peminjam.

Menurut fakta, apabila lebih 100 syarikat yang memberi pinjaman jenis subprime seperti New Century Financial Corporation memfail bankrupsi akibat gagal memperoleh pulangan beserta riba yang dikehendakinya, kegawatan mula kelihatan.

Isu ini mula menggugat ekonomi Amerika mulai 2007 dan kesannya berterusan sehingga syarikat gergasi seperti Lehman Brothers, Merrill Lynch dan AIG rugi besar. Ia membawa kesan domino kepada syarikat yang ada ikatan dengan mereka.

Ia bermula apabila sektor perumahan di AS menjadi bubble. Erti bubble ialah bila nilai rumah meningkat sehingga tidak mampu lagi ditanggung penduduk.

Hasilnya, bilangan peminjam yang gagal atau ‘defaulters’ semakin tinggi. Keadaan ini merebak sehingga berlakunya krisis kegawatan pada Ogos 2007.

Apabila ini terjadi, nilai rumah tiba-tiba merudum pula sehingga banyak pihak yang membeli dan memegang rumah dan hartanah rugi dan ini memberi kesan kepada seluruh sektor kredit, perbankan dan ekonomi dunia.

Bank ditimpa Non Performing Loans (NPL) atau hutang tertunggak tinggi, selain memberi kerugian kepada seluruh sektor pembinaan, pembekal dan banyak lagi.



Cadangan ‘bail-out’

Presiden AS, George W Bush memperuntukkan ‘bail-out plan’ untuk membeli aset pinjaman tertunggak dan akan menjualnya semula untuk memperoleh keuntungan.

Namun ada pakar pelaburan menganggap lebih bijak jika kerajaan membiarkan sebahagian sekuriti tenat dan tertunggak ini dijual di pasaran terbuka.

Secara ringkasnya isunya adalah:

a. Dana untuk bail-out itu hasil cukai warga AS, jadi rakyat marah kerana duit mereka digunakan untuk menyelamatkan si kaya.

b. Kerajaan AS terpaksa mencetak lebih banyak wang dan ini akan meningkatkan kadar inflasi.

c. Ini juga bermakna semua peminjam di bank AS terpaksa mencari sumber wang lain untuk membayar hutang mereka disebabkan nilai matawang mereka menjadi kecil.

d. Hutang AS juga pasti akan meningkat tinggi, dijangka kepada AS$11.3 trilion berbanding AS$10.6 trilion sekarang.



Pensekuritian pinjaman Subprima dan pandangan Islam

Keadaan menjadi parah apabila pinjaman Subprime disekuritikan menjadi ‘Mortgage-backed Securities’ iaitu sijil boleh niaga disandar kepada sesuatu aset yang aliran tunainya datang daripada pembayaran pinjaman pokok dan interest bagi satu kelompok pinjaman perumahan.

Kemudian ia diniagakan dengan risiko berbeza mengikut tahapnya. Kelompok pinjaman itu daripada pinjaman subprime.

Apa erti sekuriti di sini? Ia satu proses mengumpul pinjaman ini dalam satu kumpulan (pool of portfolio), kemudian ditukar menjadi sebuah sijil pelaburan boleh niaga dinamakan bon atau sekuriti atau Mortgage Backed Securities. Ia instrumen pelaburan riba yang menjanjikan PULANGAN TETAP bagi mereka yang berminat membelinya.

Disebabkan tamak, pelabur kapitalis menjual bon yang disandar kepada pinjaman Subprime berisiko ini dan ia dibeli pelbagai pihak, termasuk bank pelaburan besar seperti Lehman Brothers.

Dalam perspektif Islam, ini dinamakan ‘debt trading’ atau menjual hutang. Ia difatwakan haram oleh Majlis Fiqh Sedunia dan Majlis Shariah Badan Perakauan dan Kewangan Islam Sedunia (AAOFI) iaitu apabila ia dijual lebih rendah daripada harga asal hutang (secara diskaun).

Untuk analogi mudah, David berhutang RM1 juta daripada Lingam dan perlu membayar semula sebanyak RM1.5 juta dalam lima tahun. Namun selepas dua bulan, Lingam perlukan wang segera, jadi dia menjual hutang David kepada Chua dengan harga RM1.3 juta.

Ada kemungkinan Chua pula akan menjual hutang itu kepada Muthu dengan harga lebih rendah. Dalam situasi sekarang, David - peminjam miskin dan tidak cukup syarat; Lingam - syarikat pemberi hutang seperti New Century Financial Corporation; Chua - Lehman Brothers dan lain-lain; Mutu - semua bank yang membeli MBS ini daripada Lehman, Merrill Lynch dan lain-lain.

Apabila David gagal membayar hutang, semua pihak terancam. Ini yang berlaku sekarang. MBS yang mewakili hutang perumahan membayar sejumlah wang yang besar dan kini bergantung kepada bayaran hutang oleh peminjam berisiko, tetapi peminjam gagal membayar dan sebahagiannya diisytiharkan muflis.

Ini yang berlaku kepada Lehman Brothers, syarikat gergasi di Wall Street yang diasaskan oleh Lehman berbangsa Yahudi. Syarikat ini ada 25,000 pekerja di seluruh dunia. Tunjang bisnesnya trading fixed-income assets, penyelidikan dan pengurusan pelaburan.

Syarikat ini runtuh kerana riba, tamak dan sistem jualan hutang riba ‘debt trading’. Mereka melabur dengan besar dalam sijil boleh niaga yang disandarkan kepada US Subprime mortagage market, namun gagal menjual lower rate MBS dari subprime yang dipegangnya.

Dalam suku kedua 2008, Lehman kerugian AS$2.8 bilion, terpaksa menjual aset bernilai AS$6 bilion dan banyak lagi. Akibatnya nilai sahamnya jatuh lebih 95 peratus dan pada 15 September lalu, bank ini memfail bankruptcy chapter 11.

Pada 22 September lalu mereka dibeli sebuah lagi gergasi lain, iaitu Barclays Bank PLC yang mempunyai aset sebanyak AS$ 2.7 trilion (lebih kurang RM9.18 trilion).

Selain itu, akibat masalah pinjaman riba tadi juga menyaksikan kejatuhan gergasi bank iaitu Merrill Lynch yang terpaksa dijual kepada Bank of America dengan harga AS$50 bilion untuk menyelamatkan dirinya.

Selain nama tadi, banyak lagi bank pelaburan gergasi di Wall Street seperti Bear Stearns, Goldman Sachs dan Morgan Stanley terbabit dalam perniagaan sekuriti hutang. Justeru mereka juga kiniberpeluh kerisauan.

Tahniah!

Aku baru sahaja dapat panggilan dari hubby yang mengkhabarkan berita gembira.

Presentation success!!

Huhu..LEGA!!

Aku tumpang gembira bila dengar dia ceria jer.

TAHNIAH!!!

Dia janji nak tolong aku pulak..hehehehe..thanks hubby!

I Love you!!!!

Good Luck HUbby..

Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna kepada hubby kerana ia permulaan kepada pengajian PhD nya. Hubby akan membuat presentation proposal pada pagi ini.



Aku doakan Selamat Berjaya dan sediakan perisai yang secukupnya.

Hahahaha!

Cayyo'!

Thursday, October 23, 2008

Salah kah aku menangis?


Semoga Allah tabahkan dan cekalkan hati aku

Berilah kesihatan yang baik kepada aku untuk aku meneruskan perjuangan ini sehingga ke titik terakhir.

Semoga DIA mengerti isi hatiku.


Amiin.
1. Aku tengah bizi siapkan projek paper. dalam kepala otak sekarang hanya ada satu perkara sahaja..siapkan MASTER tahun ini juga..FULL STOP!!!!

2. Jangan buat hal dengan aku..sekarang takde masa nak main2 atau buang masa melayan benda yang remeh-temeh.

3. Aku mengharapkan pengertian dari semua yang berkaitan dalam hidup aku untuk memberi komitmen, sokongan moral dan doa agar aku berjaya menyiapkan paper ini.

4. Jangan kacau aku kalau takde apa2 yang penting.

5. Tak usah nak merajuk dengan aku sekarang kerana aku tak akan layan.

6. Jangan buat tuduhan sembarangan kalau takde asas yang kukuh..dalam erti kata lain, jangan cari pasal dengan aku kalau tak mau kena FIRE!!!

7. Aku tak akan bercakap perkara yang sama banyak kali. Tolong ambil perhatian dan lekatkan dalam kepala otak..jangan ulang silly mistake yang sama.

8. Jangan cakap banyak kalau perkara yang dicakapkan itu sia-sia sahaja. Cakap apa yang perlu sahaja.

9. Itu sahaja..aku tengah banyak kerja.

10. Mintak maaf kalau terkasar bahasa. Hormon adrenalin sedang dirembeskan sebab ada orang dari semalam mencabar tahap kesabaran aku!!!

11. Sambung sikit lagi...TOLONG FAHAMI DAN MENGERTI SITUASI GENTING AKU. HARAP BERSABAR UNTUK TEMPOH SEHINGGA HUJUNG TAHUN INI.

Wednesday, October 22, 2008

Double, trouble, triple!

Hah! Tak tahu apa nak cakap tentang exam semalam. Aku rasa sepanjang aku bergelar mahasiswa sejak 1995 sampai la sekarang ni, kali ini merupakan peperiksaan yang paling teruk aku rasakan. Memang double, trouble, triple lah.

Kalau orang lain ambil midterm dulu baru final exam, aku pulak terbalik. Final exam dah ambil, midterm belum lagi. Tak tahulah bila dr. tu nak bagi aku ambil. Kalau ikutkan hati aku dah nak simpan masuk kotak buku-buku IMC yang tebal tu. Buat menyakitkan hati je bila aku pandang. Tapi nampak gayanya kena bukak buku balik la untuk prepare midterm pulak.

Aku rasa seolah-olah nak terjun dari pokok jer lepas sit exam semalam. Dah menjerit kat dalam keta..Arghhhhhhhhhhh!!!!Tension!!!!!!.

Betapa teruknya aku rasa. Nasib baik hujan turun semasa aku dalam perjalanan balik ke rumah. Sedar-sedar aku dah keluar tol Nilai..mengelamun sepanjang jalan. Kalau cuaca elok, rasanya aku jadi minah rempit semalam.

Ahhh!!exam tadi ibarat mimpi ngeri bagi aku. I hate exam! Pulak tu exam jenis recall, hafal dan soalan terminologi ni aku memang anti. Otak dah tumpul untuk mengingat dan menghafal. Exam macam tu sesuai untuk undergraduate, bukannya postgraduate.

Aku ada satu tabiat buruk..hehehe..kalau tengah tension lepas buat sesuatu perkara yang teruk, aku akan cari junkfood! Jadi, sebelum sampai ke rumah, aku singgah di kedai membeli junkfood dan 100 plus untuk dimakan sambil menonton CSI.

Setibanya di rumah, kelihatan tv terpasang..tapi takde orang di ruang tamu. Aku nampak bilik si kecik tertutup. Mungkin hubby sedang menidurkan Luqman dan Luthfil. Aku tidak mahu ganggu mereka tidur, lalu aku ke bilik menukar pakaian.

Tadi dalam kepala otak dah diset supaya mengingatkan hubby jangan tanya apa-apa tentang exam aku. Oleh kerana mereka semua dah tidur, senang kerja aku nak berpoya-poya menonton tv sorang2..balas dendam!


Tiba-tiba aku lihat kelibat seseorang dalam bilik. Aku jenguk! hubby sergah aku.

"Apa la ibu, tak sporting langsung. Bukan main lagi kami nyorok nak ibu carik..rupanya ibu buat tak tau jer, penat tunggu kat dalam bilik"..

Hahaha..ingatkan dah tido..malas nak kacau..tau je lah si Luthfil tu, pantang nampak ibu.Mana ibu tau u all nyorok..lagipun tengah takde mood nak main2..

Budak-budak tu bila tengok aku pegang chezee dah melompat-lompat kesukaan. Sebab bukan senang nak bawak junkfood masuk rumah aku. Kena tunggu ibu moody dulu baru ada chance makan junkfood.

Ewah-ewah...korang pulak yang lebih..ini ibu punya!

Huhu..teruk ibu kan!

Diorang peduli apa, ibu punya ke ayah punya..yang pasti diorang dapat makan jugak.

Bila aku nak bukak jer bungkusan tu, tertengok expired date on 16/10/08. Hampeh tul tokey kedai tu. Jual barang yang dah luput harga. Aku pun satu tak chek dulu sebelum beli. Biasanya kalau aku nak beli sesuatu aku akan chek satu persatu. Mungkin otak aku dah jamm tak boleh nak pikir.

Ini tak boleh jadi ni. Hak aku sebagai pengguna mesti dipertahankan. Aku ambil keputusan untuk ke kedai tadi dan menukar kepada yang baru.

Sesampai sahaja di kedai, aku terus menuju ke kaunter dan berjumpa dengan tokey kedai. Bila aku cakap yang cheeze yang aku beli dah expired, terus sahaja dia mengarahkan pekerjanya membuat clearance.

Sempat jugak la aku sound.."Karang kalau ada apa2 berlaku pada customer, lagi parah kena, sebab jual barang dah abis tarikh luput".

Huh! Kalau nak untung pun, jangan le melampau2 sampai jual barang dah expired!

Yang anehnya, walaupun badan dan otak dah exhausted, mata aku tak boleh lelap. Aku sempat melayan cerita Korea yang baru bertajuk 'I'm Sorry, I Love You"..macam best je tajuknya..

Sebelum tidur aku habiskan membaca artikel untuk projek paper sehingga jam 2 pagi. Dalam kepala otak asyik memikirkan kerja yang perlu dibereskan esok hari. Banyaknyer kerja yang perlu dibereskan.

Kerja!Kerja!Kerja!

Tuesday, October 21, 2008

Redha

Aku ada final exam hari ni, satu-satunya paper untuk final semester..then, aku akan pulun untuk projek paper pulak..Chayyo'!!!

Aku masih lagi study IMC menghabiskan detik-detik terakhir sebelum waktu exam jam 8 malam. Pagi tadi dah ada orang sound aku jangan update blog hari ni..hehehe..sorry..ampuunn..kena update jugak sebab ada cerita nak share with you all out there tentang 'Redha'.

Semalam petang hubby balik kerja agak cepat dari biasa. Dia menjemput Luqman dan Luthfil dan mengajak mereka berdua minum petang di restoran berhampiran. Aku masih di pejabat waktu itu.

Setibanya aku di rumah, hubby menghulurkan aku sepucuk surat tertera 'Kerajaan Malaysia'..Rupanya dari Jabatan Perhutanan Malaysia. Aku bertanya surat apa? Dia tanpa senyum memandang aku penuh makna. Walaupun dalam hati penuh tanda tanya melihat raut wajahnya dan mencari kalau-kalau dia menyembunyikan kegembiraan disebalik wajahnya yang serius, tanganku ligat membuka helaian surat itu.
Hubby kadang suka menyakat aku dan suka membuat surprise.

Aku masih belum membaca isi kandungannya dan masih dalam keadaan terpinga2. Daripada tajuknya, aku masih tidak dapat mengesyaki apa-apa lagi. Aku bertanya lagi..surat apa ni bang? Dia hanya mendiamkan diri dan berlalu ke bilik.

Aku kemudiannya membaca untuk mendapatkan kepastian. Mataku terkedu melihat tarikh tutup tawaran menghantar sebut harga untuk menjalankan kajian berkaitan perhutanan yang tamat pada hari semalam (20 Oktober 2008). Sedangkan surat itu bertarikh 6 Oktober 2008, manakala faks yang dihantar bertarikh 13 Oktober 2008. Syarikat MataMas Resources dipelawa untuk menyertai ITTO, sebuah badan NGO yang berkaitan dengan kerja-kerja perhutanan.

Baru aku faham mengapa hubby kelihatan kecewa..sungguh2 kecewa dan terkilan kerana pelawaan sebegitu merupakan peluang yang sangat-sangat ditunggu selama ini. Bukan senang mendapat peluang sebegitu. Tetapi aku cuba menenangkannya supaya bersabar dan mengatakan mungkin ada hikmah yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perkara-perkara tersirat disebaliknya. Mungkin ada yang lebih berharga menanti di depan sana...siapa tahu..Aku mintak dia Redha dan jangan terlalu memikirkan sangat.

Aku menjadi pendengar setia setiap luahan hati hubby..dan aku faham betapa terkilannya dia. Ketika kami keluar makan pun dia tak habis-habis dengan muka moyoknya. Aku cuba ingatkan supaya think positive. Ada lagi peluang tu, insyaallah.

Riak mukanya sudah menggambarkan apa yang terkandung dalam hatinya. Cuma, anehnya instinct aku mengatakan bahawa ada sebab Allah menguji dia sebegini, mungkin ada peluang lagi besar menanti di depan sana..Lebih-lebih lagi sekarang dia perlu memberi fokus kepada pengajiannya. Dia akui itu semua..mungkin juga dia terpaksa kelam kabut menyiapkan banyak kerja dalam satu masa. Perancangan Allah itu yang paling terbaik.

Ini yang dikatakan belum ada rezeki..peluang sudah ada tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Hendak salahkan orang pun tidak boleh juga sebab orang lain tiada kaitan dengan kerja kita.

Mungkin ini ingatan agar hubby lebih bersedia dan perlu memikirkan langkah seterusnya tanpa melibatkan orang lain. Aku akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya dalam setiap perkara yang dia lakukan. Aku yakin dia boleh dan mampu melakukan yang terbaik!

Cayyo'!!! I Know you can do it!!!

I will be your side, forever and ever!

Monday, October 20, 2008

Akan Selalu (Rebecca)

Thanks for your dedication..i like it!!!


Ketika sedih datang menyentuh
Engkau menemukanku, menemukanku
Disaat hidupku tak menentu
Engkau hadir untukku, menemaniku
Kau terima diriku
Di dalam lemahku, di dalam lebihku
Hingga ketulusanmu
Mampu membuatku bahagia

reff:
Ku akan selalu bersama hatimu
Dalam suka dukamu
Ku ingin kau tahu
Betapa hatiku menyayangi dirimu

Ketika sepi datang mengunjung
Engkau ada untukku, ada untukku
Disaat hidupku tak menentu
Kau hadir untukku, menemaniku
Kuterima dirimu di dalam lemahmu
Di dalam lebihmu
Karna ketulusanmu
Mampu membuatku bahagia
Setiap waktu yang berlalu
Ingin ku lewati bersama dirimu
Dunia seakan milik kita berdua
Tak ingin terlepas darimu
Inilah janjiku..
Padamu...

Sunday, October 19, 2008

I hate this feelings..but sometimes its happen..again!!!!

Arghhh...

Study..study..study..

Stay cool and focus..

Lets do it!!!

Chayyo'!!!!!!

Saturday, October 18, 2008

Kuasa yang MAHA KUASA..

Hari ini kami menerima dua jemputan rumah terbuka hari raya. Actually ada dua lagi jemputan, di PD dan Shah Alam..tapi jauh sangat..kononnya nak balik cepat nak study..hehehe..konon je lahh...

Jemputan pertama yang kami penuhi adalah ke rumah Kak Rahizah di Seremban 2. Kak Rahizah merupakan ex lecturer akaun di KLM pada tahun 2004. Tahun ini merupakan tahun yang penuh bermakna kepada mereka suami isteri kerana dapat berhari raya bersama-sama baby girl yang ditunggu-tunggu sejak 11 tahun usia perkahwinan mereka. Berita gembira itu mereka dapat sekembalinya dari menunaikan haji yang lalu. Yang ajaibnya, Kak Rahizah rupanya telah mengandung sebelum dia berangkat ke Mekah lagi. Semasa di Mekah, dia ada mengalami simptom2 mengandung tetapi yang menghairankan apabila dilakukan pregnancy test, ianya menunjukkan tanda negatif.

Setiap yang berlaku ada hikmahNya yang tersembunyi. Ada sebab Allah tidak menunjukkan bahawa dia mengandung sebelum atau semasa di Mekah. Jika Kak Rahizah mengetahui bahawa dia telah mengandung, dia tidak dibenarkan untuk mengikut suaminya ke Mekah menunaikan haji bersama-sama, polisi pihak tabung haji tidak membenarkan wanita yang mengandung untuk menunaikan haji kerana dikhuatiri berlaku sesuatu di sana. Dan kalau Allah tunjukkan hasil ujian sebagai positif semasa beliau masih di sana, kebarangkalian dia tidak dapat memenuhi tuntutan haji dengan sempurna. Pelbagai ujian dan cabaran yang menanti di sana...terpaksa berulang alik dari Safa ke Marwah sepanjang 8km, melontar, berhimpit2, kesesakan, berjalan kaki dan tidur di dalam khemah dengan cuaca yang sejuk mungkin tidak sesuai baginya yang dalam trisemester pertama. Lagipun buah hati yang ditunggu selama 11 tahun, siapa tidak risau..macam2 perkara boleh berlaku.

Subhanallah..Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap yang berlaku. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus berjumpa doktor dan dilakukan ujian kehamilan kerana pelik dengan apa berlaku..mengidam makanan, mabuk dsb.. Doktor mengkhabarkan berita gembira bahawa Kak Rahizah telah hamil 13 minggu. Berita disambut dengan penuh perasaan gembira dan terharu.

Kak Rahizah selamat melahirkan bayi perempuan pada 080808 yang lalu. Kami semua doakan agar Kak Rahizah dan Abang Fizi berbahagia bersama dengan orang baru. Lengkap sudah sebuah keluarga bahagia mereka.

Jam 3.30pm, kami bergegas ke jamuan yang kedua. Jamuan hari raya yang kedua pula adalah di Nilai Impian. Hubby mendapat jemputan dari kawan lama yang secara kebetulan terserempak di pasar malam taman semarak. Rupanya dia ni sudah 7,8 tahun menetap di Nilai dan bekerja di Inti Kolej sebagai pensyarah Biokimia hampir 10 tahun...Selalu kami ke pasar malam, tapi takde pulak terserempak..mungkin kali ini rezeki kami berjumpa dengan kawan lama. Actualy, aku masih ingat lagi kawan hubby tu sebab kami satu kolej semasa di UPM dulu. Dia adalah bekas pengerusi kebudayaan di K2, merangkap senior aku.

Apa yang lebih memeranjatkan kami adalah kawan hubby ni telah convert dan berkahwin beberapa bulan yang lalu dengan perempuan Melayu. Cantik,manis, putih, dan kecil molek budaknya. Tadi sempat aku berkenalan dengan Nisa, nama isterinya tu. Syukur alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di muka bumi ini. Melalui perbualan singkat yang aku dengar, aku rasakan bahawa perkahwinan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga kawan hubby tu. Tapi jodoh mereka kuat. Semoga mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.

Friday, October 17, 2008

1. Sakit tempat operate makin kuat terasa. Mungkin ada silap ambil makanan.

2. Sepatutnya hari ini aku sambung study IMC..masih banyak yang belum dibaca. Tapi semalam aku dah janji dengan hubby untuk ke Seremban, nak setelkan payment kredit kad yang due hari ni, selepas redeem, aku tutup terus.Tenang sket hidup tanpa hutang.hehehe

3. Sudah 2 minggu aku perap surat dari ETIQA, ejen mintak aku hantarkan sesalinan borang maklumat kesihatan ke Oakland, singgah sekejap kat cawangan ETIQA berhampiran Columbia Hospital.

4. Oleh kerana masih awal lagi, datang pulak idea aku mengajak hubby ke JJ belikan seluar untuk dia. Sebelum shopping kami isi perut dulu..dah kebulur kami sebab tak sarapan lagi.Konon2nya nak beli seluar jer..tapi dengan aku skali shopping..beli t'shirt dan seluar untuk pakai di rumah, then melarat ke tempat2 yang tak dirancang, handbag dan *&^%%&*... tambah stok...hehehe

5. Ingatkan dah habis shopping terus pulang ke rumah, alang2 dah datang town, aku ajak hubby temankan aku ke Plaza A..nak potong dan cuci rambut. Hubby jugak yang bising suruh aku potong rambut. Dia lebih suka aku berambut pendek..katanya nampak lebih seksi..hahaha..ada ke cam tuu..Lagipun rambut aku dah agak panjang...senang nak ikat tapi susah nak jaga. Lepas potong dan cuci tu, rasa ringan sket kepala..best je Kak Amy picit,urut kepala, leher dan bahu...hilang sakit leher yang dah seminggu aku tanggung akibat tersalah bantal.

Thursday, October 16, 2008

Penat

Reschedule class for Basic Management and Principles of Management 8-10pm.

Penat tak terkata!
Ada orang bertanya..kenapa aku bersusah payah sambung belajar ke peringkat master degree?

Memang aku akui..banyak pengorbanan yang terpaksa aku lakukan..pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.

Tapi aku percaya..Allah Maha Mengasihi hambaNya yang ikhlas menuntut ilmu.. bagi aku, mungkin ini perjuangan untuk aku.

Aku boleh selesa berada ditakuk lama tanpa perlu bersusah payah ke hulu dan ke hilir..tapi sejak dulu lagi, aku mahu mencapai satu tahap pencapaian yang membanggakan untuk diri aku sendiri, bukan untuk orang lain.

Mungkin aku cemburu dengan rakan-rakan seperjuangan dulu yang telah menggamit awan biru..

Mungkin juga aku mahu menambah pengalaman dan pengetahuan yang aku rasa tidak aku perolehi selain daripada cara aku menyambung pengajian.

Mungkin juga aku mahu mengubah nasib keluarga aku agar lebih baik dari sekarang.

Mungkin..segalanya mungkin!

Yang pastinya aku tidak kesal dengan apa yang telah aku lalui..

Sedikit sebanyak ia menjadikan aku manusia yang tabah dalam mengharungi cabaran.

Tiada yang mustahil untuk dicapai dalam dunia ini asalkan kita berusaha dan berdoa kepada yang MAHA MENDENGAR RAYUAN HAMBANYA.

Aku semakin ke arah itu..

Akan aku pastikan sampai ke garisan penamat walaupun mengambil masa seribu tahun.

Aku yang mulakan, aku juga akan mengakhirinya.

Ya Allah..tabahkan dan cekalkan hati hambaMu ini sehingga ke titisan terakhir nafasku.

Tidak aku sekali-kali mengalah dengan apa yang telah aku mulai.

Aku hanya perlukan rahmatMu ya Tuhanku..

Guru

Pagi ini pukul 9.00-11.00am sepatutnya aku ada kelas dengan pelajar2 UTM subjek OB. Sengaja aku ke kelas lewat 10 minit supaya apabila aku tiba, mereka sudah menunggu aku untuk memulakan kuliah. Selalunya aku yang menunggu mereka.

Ingatkan aku yang terlewat, rupa2nya mereka lagi mencabar tahap kesabaran aku. 30 minit menunggu, masih tidak kelihatan walau seorang pun!

Aku mengambil keputusan untuk beredar. Dalam perjalanan menuju ke Blok A, aku terserempak dengan 2 pelajar. Mereka menegur dan bertanyakan kelas ada atau pun tidak. Aku terus memaklumkan bahawa kelas sepatutnya bermula pukul 9am..bukan 9.30! Sepatutnya mereka perlu mengambil Kuiz hari ni.

Aku kemudiannya menuju ke HR Department untuk urusan membatalkan cuti pada 29hb. Mereka kelihatan berada di sekitar lobby. Nampak je kelibat aku, mereka terus lari.

Sebenarnya, sudah lama aku bersabar dengan karenah pelajar-pelajar yang suka ambil mudah tentang ketepatan masa datang ke kelas. Seolah-olah mereka tidak mempunyai disiplin dan hormat pada guru. Selama ini, aku cukup bertolak ansur, tapi lama-kelamaan aku rasakan pelajar-pelajar semakin melampau dan mengambil kesempatan di atas layanan baik yang diberikan. Mungkin ini caranya untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya take serious dalam pembelajaran. Jangan sampai aku tawar hati dan 'chop' pelajar-pelajar ni sebagai 'teruk' dalam kepala aku sudah. Sebab setiap kali aku men'set'kan dan melabel pelajar, memang susah untuk aku mempercayainya lagi.

Aku masih ingat pesanan guru aku..'keredhaan dan keberkatan guru sangat penting dalam menuntut ilmu'..Mulia guru adalah setaraf mulia ibu bapa kita. Jadi, sebagaimana kita hormatkan ibu bapa, begitulah kita perlu hormatkan guru.

Semoga mereka mengambil pengajaran apa yang berlaku pada hari ini demi kebaikan mereka juga.

~Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.~

Wednesday, October 15, 2008

Sibuk?

Sejak akhir-akhir ini aku tersangat-sangat sibuk..tapi aku masih sempat nak blogging..hehehe..bukan apa, aku rasa ada peminat setia yang mengikuti perkembangan blog aku..hahaha..perasan!

Semalam selesai sudah presentation IMC. Tak tahu la nak cakap apa..rasa macam bodoh jer..aku dah agak, kalau assignment aku lepas tangan kat orang lain untuk compile kan, memang sesuatu akan berlaku. Sungguh tak berpuashati dengan hasilnya..tak sangka hasil yang teruk tu dilakukan oleh student C***. Ahli kumpulan saling menyalahkan dan tak berpuashati..huhu..gasak lah, aku dah buat part aku. Aku nak marah pun semuanya dah tua2. So..pikirlah sendiri. Thanks pada hubby yang aku paksa membantu aku di saat2 akhir...hehehe..sampai tertidur2 atas lantai sebab mengantuk dan letih baru balik dari Pahang.

Aku juga telah berjumpa dengan Prof Turiman, Timbalan Dekan Siswazah untuk berbincang masalah aku yang tak sempat menyiapkan kertas projek dalam masa yang ditetapkan. Nasib baik dia sudi membantu dan memberi tunjuk ajar. Lega la sket. Tapi pagi tadi semasa aku call supervisor, dia tidak membenarkan aku untuk membuat final presentation pada 29hb ni..hummm..tak pe lah..janji aku lulus dan boleh grad tahun nih.

So, sekarang ni aku cuma perlu tumpukan kepada final exam IMC pada 21hb ni dan menyiapkan projek paper sahaja. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Pagi tadi hubby dan aku brainstorming framework projek paper. Baru aku faham dan nampak apa yang perlu aku lakukan..kalau tak selama ni dalam kesamaran dan kegelapan jer..huhuhu..thanks hubby...nanti sayang belanja ek..

Tadi dah emailkan pada supervisor, harap-harap dia dapat komen. Aku ingat lagi apa hubby penah cakap, "kita tak tahu, sebab tu kita belajar..jadi lecturer tak boleh assume yang kita tahu semua perkara..jangan takut untuk bertanya.."..lagipun pensyarah yang menyelia pelajar diberi elaun aper...huhu..ingat ada saje2 diorang baik hati nak entertain ke? Lagipun kami belajar bukan disponsor saper2..sponser sendiri jer..lagi la kena buat betul2.

Aku perlu siapkan sebelum semester akan datang bermula.Insyaallah..semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kesihatan yang baik kepada aku dan keluarga.

Sunday, October 12, 2008

rindu

Rindunya pada hubby....berjauhan 3 hari aku rasa macam 3 bulan.

Semoga selamat perjalanan.

With Love,
~Sayang~

Wednesday, October 08, 2008

Tanpa Kalian

Saat jiwa terluka
Saat hidupku hampa
Semua telah terjadi
Disini tanpa kalian

Saat tak ku dapatkan
Kedamaian dihati
Semua mimpi buruk pun terjadi

Tak bisa terlukiskan di hatiku
Terhiris sangat perit
Tak ingin ku ingkari kegelapan ini

Aku memang tak bisa bertahan dan tegar
Tanpa kalian dekat denganku
Aku hanya susuk manusia yang lemah
Tanpa kalian disini

Aku hanya berharap
Dan tunggu waktu bicara
Ku ingin kalian dekat denganku

Aku lelah untuk terluka
Saat semua mata memandangku nista
Hilang arah diriku di sini


(Siti Nurhaliza)

Biskut Raya

Hari ni ada student2 yang hadiahkan biskut raya satu tupperware. Thanks a lot.

Rezeki di pagi hari.

Jangan ada niat untuk merasuah..hehehe..sori maa..rasuah2 aku tak layan.

You get what you deserved for it!

Tuesday, October 07, 2008

Janjiku

Janjiku padanya masih kuingat

Semoga dia dalam kesejahteraan dan ketenangan

Berjaya dalam pelajaran dan kehidupan

Walaupun aku telah tiada untuk bertanya khabar

Bukan aku yang membuang

Dia yang membuat pilihan

Aku iringi doa semoga dia menjadi manusia berguna

Pada Agama, Bangsa dan Negara
Ahad lepas dia mesej pada aku mintak carikan bahan assignment untuk IMC serta memaklumkan akan mengadakan discussion pada hari Selasa (hari ni).

Nasib baik aku tanya balik jadi ke tidak perjumpaan hari ni. Memang seperti yang diduga, kansel!

Entah bila nak siap...

Uh!! tension tol la..

Next week 14hb dah kena buat presentation tu.

21hb..final IMC.

Aku lom amik midterm lagi nih..supervisor pun lom jumpa lagi nih..ish2..ngerinyerrrr...

Monday, October 06, 2008

Friend


" A TRUE FRIEND IS SOMEONE WHO IS THERE FOR YOU WHEN THEY WOULD RATHER BE SOMEPLACE ELSE"..

It's comes around..

I hate Monday!

My class start from 9-11am, 11-1pm..same subject but different group.

Sedang aku mendaki anak tangga menuju ke tingkat 3, terserempak dengan Intan. Just say hi. I need to rush for my class.

Ramai lagi yang masih beraya. Namun, aku tetap memulakan kuliah. Dah habis Chapter 4 part 1 and 2. Chapter ni penting untuk making the assignment. Pandai-pandai la kepada yang tak datang tu.


Even i set my mind not thinking about ..., sometimes it comes around. Arghhh...

Sunday, October 05, 2008




I'm not in the mood!

Please don't make me double trouble again!!!!

Saturday, October 04, 2008

Mungkin ini turning point untuk aku memikirkan sesuatu.

Sudah banyak kali terkena...lama-lama fed up juga.

Semoga Tuhan berikan aku kekuatan untuk mengharunginya..
Mulut manis..lidah bercabang

Di depan lain, di belakang dia cakap lain

Di sini lain, bila di sana terus dia jadi orang lain!

Memang betul la macam 'Sesumpah'!

Sesumpah akan bertukar warna kulit untuk menyelamatkan diri.

Manusia pun kadang-kadang macam tu jugak..akan bercakap berbelit-belit sehingga sanggup memburukkan orang lain demi kepentingan diri sendiri..asalkan terlepas dari kena bantai demi menjaga hati orang yang disayangi.

Pada aku orang macam tu seorang yang pengecut.

Hmmm..biasa lah..nak hidup!

Aku memang kecewa dengan sikapnya.

Friday, October 03, 2008

Al Kisah Budak Bodoh Sombong

Tetiba je aku rasa hangin semacam. Pantang betul dapat sms jenis serang hendap ni bila badan tengah penat2 melalui perjalanan yang jauh.

Kira nasib la dia tu kena balik ngan aku..itu kira baik la lagi sebab aku jawab semasa baru lepas solat maghrib dan isya' kat hentian rehat kat Temerloh.

2,3 kali dia kena shoot dengan aku, aku bagi psiko sket suruh dia pikir panjang kenapa boleh jadi macam tu. Jangan jadi bodoh sombong..dah la bodoh, sambong pulak tuh. Harapkan nama je cantik, tapi perangai nauzubillah..

Sepatutnya dia tak perlu nak bermusuh dengan aku..malahan kalau dia berbaik dengan aku dia akan tahu macam mana cara nak menambat buah hatinya tu.

Memang ngek betul!!

Lu pikirlah sendiri.. (sori Nabil, pinjam tagline!)

Raya 2008

Sambutan raya tahun ini agak meriah kerana kali ini semua adik beradik berkumpul untuk beraya bersama.

Kami mula bertolak balik kampung pada petang Sabtu..konvoi 3 buah kereta. Kami empat beranak, Kak Na berlima termasuk adikku Ijan yang tinggal bersamanya, Kak Tie bertiga termasuk adikku Erie yang belajar di UPM. Kami singgah berbuka puasa di Genting Sempah dan kemudian menyambung perjalanan ke Besut. Lebih kurang pukul 4 pagi kami tiba di kampung. Ma dah sedia menanti untuk makan sahur. Riuh rendah rumah kalau dah berkumpul reramai begini sehinggakan licin semuanya. Cuma tinggal Kak Yah (Penang) dan Abang Za(KL) yang belum sampai lagi.

Abang Za 4 beranak tiba pada petang Isnin, manakala Kak Yah (5 beranak) pada petang Selasa. Daripada 2 group bertambah menjadi 3 group juadah..itu pun ada lagi yang tertinggal. Anak-anak kebanyakannya berpuasa termasuklah Husna anak Abang Za yang berusia 5 tahun, puasa penuh 30 hari tu! Yang tak puasa cuma Luqman, Luthfil, Adib dan baby Haziq (orang baru tahun ini)..yang lain2 semuanya berpuasa..21 orang semuanya..Tak kira samada waktu berbuka atau bersahur, lauk pauk habis licin bersih disapu askar-askar yang kuat makan.

Untuk juadah hari raya, kami cuma sediakan nasi tomato, kari ayam, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, ketupat pulut dan tapai pulut. Ijan request agar aku masakkan spageti pada hari raya pertama, tetapi terpaksa ditunda ke hari raya kedua sebab takut berlaku pembaziran.

Dalam sejarah, nasi tomato yang Kak Yah buat habis diserang sebelum menjelang tengahari. Terpaksalah masak untuk round yang kedua.Selepas solat hari raya, keluarga Mak Long dan Pak Ngah menyerbu rumah kami. Time bersalaman tu, aku perasan ada orang yang tidak aku kenali wujud dalam keluarga PakNgah. Rupanya menantu baru keluarga tersebut..siap dah ada baby girl lagi. Lama betul aku tak balik kampung. Last sekali balik kampung adalah pada hari raya puasa tahun lepas..ini dah jumpa raya puasa balik.

Petangnya kami berkunjung ke rumah Ayah Chik di Tasek Mengkuang untuk beraya dengan Tok Wan (nenek sebelah ayah).

Hari Raya Kedua kami konvoi 5 buah kereta ke rumah kakak ipar Kak Na untuk menziarahi MIL yang sakit. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di rumah sepupu ma di Renek..makan lagi..

Hari Raya Ketiga..kami 4 beranak mula bersiap untuk bertolak ke Klang.

Lepas cuti raya ni..banyak kerja menanti..tadi pun baru dapat sms dari group member mintak carikan bahan assignment....huaaaaaaaaa...tension!!!

...raya tahun ni jugak ada orang yang spoiledkan mood aku..sabar aje lah..