Terlalu penat!
Semalam, pagi-pagi lagi aku dan hubby keluar rumah ke UPM...ada midterm...macam boleh jawab, tapi tak tahulah!
Sementara menunggu hubby datang menjemput, aku ke JPPPL. Niat dihati nak jumpa Kak Baah, Pegawai JPPPL...dah lama tak jumpa.
Nasib aku baik, Kak Baah ada di jabatan sedang berbual dengan pelajar-pelajar final year. Rupanya Kak Baah juga mempunyai masalah kesihatan macam aku..gallstone, tapi belum menjalani pembedahan.
Kebetulan, taklimat mengenai projek paper untuk pelajar tahun akhir akan diadakan pada jam 11am. Aku pun tumpang sekaki mendengar taklimat Pn. Rusinah..Pn Rusinah adalah ex lecturer aku masa degree dulu.
Apa yang membuatkan aku terharu dengan lecturer JPPPL adalah sikap mereka kebanyakannya very helpful kepada student. Even aku bukan lagi pelajar di bawah JPPPL, tetapi mereka sentiasa membantu aku. Layanan ini sukar diperolehi di Jabatan Komunikasi...nama je Jabatan Komunikasi, tapi dari segi praktikal nya agak mengecewakan.
Selepas selesai mengadakan sedikit perbincangan dengan Pn Rusinah, aku ke Fakulti Perhutanan mendapatkan hubby.
Selepas makan, kami ke perpustakaan mencari bahan. Kesian hubby..aku mintak tolong dia carikan bahan untuk aku..huhu..sepetang kami bertapa kat tingkat bawah library tu..sampai ke rumah hari dah malam. Penatnya...
Hari ni kengkawan yang lain buat presentation. Bertuah mereka, ramai pensyarah yang takde sebab mereka terlibat dalam seminar. Kurang sket adegan tembak menembak.Mulanya aku ingat nak jugak menjenguk mereka, memberi sokongan buat Wawa, Enni, Sha, Iera, Fiza, Hassan dll..tapi tak sempat nak kesana..banyak sangat kerja.
Aku jugak yang masih lagi meneruskan perjuangan..Chayyo'!!
No comments:
Post a Comment