Pagi ini pukul 9.00-11.00am sepatutnya aku ada kelas dengan pelajar2 UTM subjek OB. Sengaja aku ke kelas lewat 10 minit supaya apabila aku tiba, mereka sudah menunggu aku untuk memulakan kuliah. Selalunya aku yang menunggu mereka.
Ingatkan aku yang terlewat, rupa2nya mereka lagi mencabar tahap kesabaran aku. 30 minit menunggu, masih tidak kelihatan walau seorang pun!
Aku mengambil keputusan untuk beredar. Dalam perjalanan menuju ke Blok A, aku terserempak dengan 2 pelajar. Mereka menegur dan bertanyakan kelas ada atau pun tidak. Aku terus memaklumkan bahawa kelas sepatutnya bermula pukul 9am..bukan 9.30! Sepatutnya mereka perlu mengambil Kuiz hari ni.
Aku kemudiannya menuju ke HR Department untuk urusan membatalkan cuti pada 29hb. Mereka kelihatan berada di sekitar lobby. Nampak je kelibat aku, mereka terus lari.
Sebenarnya, sudah lama aku bersabar dengan karenah pelajar-pelajar yang suka ambil mudah tentang ketepatan masa datang ke kelas. Seolah-olah mereka tidak mempunyai disiplin dan hormat pada guru. Selama ini, aku cukup bertolak ansur, tapi lama-kelamaan aku rasakan pelajar-pelajar semakin melampau dan mengambil kesempatan di atas layanan baik yang diberikan. Mungkin ini caranya untuk memberi pengajaran kepada mereka supaya take serious dalam pembelajaran. Jangan sampai aku tawar hati dan 'chop' pelajar-pelajar ni sebagai 'teruk' dalam kepala aku sudah. Sebab setiap kali aku men'set'kan dan melabel pelajar, memang susah untuk aku mempercayainya lagi.
Aku masih ingat pesanan guru aku..'keredhaan dan keberkatan guru sangat penting dalam menuntut ilmu'..Mulia guru adalah setaraf mulia ibu bapa kita. Jadi, sebagaimana kita hormatkan ibu bapa, begitulah kita perlu hormatkan guru.
Semoga mereka mengambil pengajaran apa yang berlaku pada hari ini demi kebaikan mereka juga.
~Orang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik.~
No comments:
Post a Comment