Friday, October 03, 2008

Raya 2008

Sambutan raya tahun ini agak meriah kerana kali ini semua adik beradik berkumpul untuk beraya bersama.

Kami mula bertolak balik kampung pada petang Sabtu..konvoi 3 buah kereta. Kami empat beranak, Kak Na berlima termasuk adikku Ijan yang tinggal bersamanya, Kak Tie bertiga termasuk adikku Erie yang belajar di UPM. Kami singgah berbuka puasa di Genting Sempah dan kemudian menyambung perjalanan ke Besut. Lebih kurang pukul 4 pagi kami tiba di kampung. Ma dah sedia menanti untuk makan sahur. Riuh rendah rumah kalau dah berkumpul reramai begini sehinggakan licin semuanya. Cuma tinggal Kak Yah (Penang) dan Abang Za(KL) yang belum sampai lagi.

Abang Za 4 beranak tiba pada petang Isnin, manakala Kak Yah (5 beranak) pada petang Selasa. Daripada 2 group bertambah menjadi 3 group juadah..itu pun ada lagi yang tertinggal. Anak-anak kebanyakannya berpuasa termasuklah Husna anak Abang Za yang berusia 5 tahun, puasa penuh 30 hari tu! Yang tak puasa cuma Luqman, Luthfil, Adib dan baby Haziq (orang baru tahun ini)..yang lain2 semuanya berpuasa..21 orang semuanya..Tak kira samada waktu berbuka atau bersahur, lauk pauk habis licin bersih disapu askar-askar yang kuat makan.

Untuk juadah hari raya, kami cuma sediakan nasi tomato, kari ayam, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, ketupat pulut dan tapai pulut. Ijan request agar aku masakkan spageti pada hari raya pertama, tetapi terpaksa ditunda ke hari raya kedua sebab takut berlaku pembaziran.

Dalam sejarah, nasi tomato yang Kak Yah buat habis diserang sebelum menjelang tengahari. Terpaksalah masak untuk round yang kedua.Selepas solat hari raya, keluarga Mak Long dan Pak Ngah menyerbu rumah kami. Time bersalaman tu, aku perasan ada orang yang tidak aku kenali wujud dalam keluarga PakNgah. Rupanya menantu baru keluarga tersebut..siap dah ada baby girl lagi. Lama betul aku tak balik kampung. Last sekali balik kampung adalah pada hari raya puasa tahun lepas..ini dah jumpa raya puasa balik.

Petangnya kami berkunjung ke rumah Ayah Chik di Tasek Mengkuang untuk beraya dengan Tok Wan (nenek sebelah ayah).

Hari Raya Kedua kami konvoi 5 buah kereta ke rumah kakak ipar Kak Na untuk menziarahi MIL yang sakit. Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di rumah sepupu ma di Renek..makan lagi..

Hari Raya Ketiga..kami 4 beranak mula bersiap untuk bertolak ke Klang.

Lepas cuti raya ni..banyak kerja menanti..tadi pun baru dapat sms dari group member mintak carikan bahan assignment....huaaaaaaaaa...tension!!!

...raya tahun ni jugak ada orang yang spoiledkan mood aku..sabar aje lah..