Ada orang bertanya..kenapa aku bersusah payah sambung belajar ke peringkat master degree?
Memang aku akui..banyak pengorbanan yang terpaksa aku lakukan..pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.
Tapi aku percaya..Allah Maha Mengasihi hambaNya yang ikhlas menuntut ilmu.. bagi aku, mungkin ini perjuangan untuk aku.
Aku boleh selesa berada ditakuk lama tanpa perlu bersusah payah ke hulu dan ke hilir..tapi sejak dulu lagi, aku mahu mencapai satu tahap pencapaian yang membanggakan untuk diri aku sendiri, bukan untuk orang lain.
Mungkin aku cemburu dengan rakan-rakan seperjuangan dulu yang telah menggamit awan biru..
Mungkin juga aku mahu menambah pengalaman dan pengetahuan yang aku rasa tidak aku perolehi selain daripada cara aku menyambung pengajian.
Mungkin juga aku mahu mengubah nasib keluarga aku agar lebih baik dari sekarang.
Mungkin..segalanya mungkin!
Yang pastinya aku tidak kesal dengan apa yang telah aku lalui..
Sedikit sebanyak ia menjadikan aku manusia yang tabah dalam mengharungi cabaran.
Tiada yang mustahil untuk dicapai dalam dunia ini asalkan kita berusaha dan berdoa kepada yang MAHA MENDENGAR RAYUAN HAMBANYA.
Aku semakin ke arah itu..
Akan aku pastikan sampai ke garisan penamat walaupun mengambil masa seribu tahun.
Aku yang mulakan, aku juga akan mengakhirinya.
Ya Allah..tabahkan dan cekalkan hati hambaMu ini sehingga ke titisan terakhir nafasku.
Tidak aku sekali-kali mengalah dengan apa yang telah aku mulai.
Aku hanya perlukan rahmatMu ya Tuhanku..
No comments:
Post a Comment