Sejak akhir-akhir ini aku tersangat-sangat sibuk..tapi aku masih sempat nak blogging..hehehe..bukan apa, aku rasa ada peminat setia yang mengikuti perkembangan blog aku..hahaha..perasan!
Semalam selesai sudah presentation IMC. Tak tahu la nak cakap apa..rasa macam bodoh jer..aku dah agak, kalau assignment aku lepas tangan kat orang lain untuk compile kan, memang sesuatu akan berlaku. Sungguh tak berpuashati dengan hasilnya..tak sangka hasil yang teruk tu dilakukan oleh student C***. Ahli kumpulan saling menyalahkan dan tak berpuashati..huhu..gasak lah, aku dah buat part aku. Aku nak marah pun semuanya dah tua2. So..pikirlah sendiri. Thanks pada hubby yang aku paksa membantu aku di saat2 akhir...hehehe..sampai tertidur2 atas lantai sebab mengantuk dan letih baru balik dari Pahang.
Aku juga telah berjumpa dengan Prof Turiman, Timbalan Dekan Siswazah untuk berbincang masalah aku yang tak sempat menyiapkan kertas projek dalam masa yang ditetapkan. Nasib baik dia sudi membantu dan memberi tunjuk ajar. Lega la sket. Tapi pagi tadi semasa aku call supervisor, dia tidak membenarkan aku untuk membuat final presentation pada 29hb ni..hummm..tak pe lah..janji aku lulus dan boleh grad tahun nih.
So, sekarang ni aku cuma perlu tumpukan kepada final exam IMC pada 21hb ni dan menyiapkan projek paper sahaja. Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Pagi tadi hubby dan aku brainstorming framework projek paper. Baru aku faham dan nampak apa yang perlu aku lakukan..kalau tak selama ni dalam kesamaran dan kegelapan jer..huhuhu..thanks hubby...nanti sayang belanja ek..
Tadi dah emailkan pada supervisor, harap-harap dia dapat komen. Aku ingat lagi apa hubby penah cakap, "kita tak tahu, sebab tu kita belajar..jadi lecturer tak boleh assume yang kita tahu semua perkara..jangan takut untuk bertanya.."..lagipun pensyarah yang menyelia pelajar diberi elaun aper...huhu..ingat ada saje2 diorang baik hati nak entertain ke? Lagipun kami belajar bukan disponsor saper2..sponser sendiri jer..lagi la kena buat betul2.
Aku perlu siapkan sebelum semester akan datang bermula.Insyaallah..semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan memberi kesihatan yang baik kepada aku dan keluarga.
No comments:
Post a Comment