Hari ini kami menerima dua jemputan rumah terbuka hari raya. Actually ada dua lagi jemputan, di PD dan Shah Alam..tapi jauh sangat..kononnya nak balik cepat nak study..hehehe..konon je lahh...
Jemputan pertama yang kami penuhi adalah ke rumah Kak Rahizah di Seremban 2. Kak Rahizah merupakan ex lecturer akaun di KLM pada tahun 2004. Tahun ini merupakan tahun yang penuh bermakna kepada mereka suami isteri kerana dapat berhari raya bersama-sama baby girl yang ditunggu-tunggu sejak 11 tahun usia perkahwinan mereka. Berita gembira itu mereka dapat sekembalinya dari menunaikan haji yang lalu. Yang ajaibnya, Kak Rahizah rupanya telah mengandung sebelum dia berangkat ke Mekah lagi. Semasa di Mekah, dia ada mengalami simptom2 mengandung tetapi yang menghairankan apabila dilakukan pregnancy test, ianya menunjukkan tanda negatif.
Setiap yang berlaku ada hikmahNya yang tersembunyi. Ada sebab Allah tidak menunjukkan bahawa dia mengandung sebelum atau semasa di Mekah. Jika Kak Rahizah mengetahui bahawa dia telah mengandung, dia tidak dibenarkan untuk mengikut suaminya ke Mekah menunaikan haji bersama-sama, polisi pihak tabung haji tidak membenarkan wanita yang mengandung untuk menunaikan haji kerana dikhuatiri berlaku sesuatu di sana. Dan kalau Allah tunjukkan hasil ujian sebagai positif semasa beliau masih di sana, kebarangkalian dia tidak dapat memenuhi tuntutan haji dengan sempurna. Pelbagai ujian dan cabaran yang menanti di sana...terpaksa berulang alik dari Safa ke Marwah sepanjang 8km, melontar, berhimpit2, kesesakan, berjalan kaki dan tidur di dalam khemah dengan cuaca yang sejuk mungkin tidak sesuai baginya yang dalam trisemester pertama. Lagipun buah hati yang ditunggu selama 11 tahun, siapa tidak risau..macam2 perkara boleh berlaku.
Subhanallah..Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui setiap yang berlaku. Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus berjumpa doktor dan dilakukan ujian kehamilan kerana pelik dengan apa berlaku..mengidam makanan, mabuk dsb.. Doktor mengkhabarkan berita gembira bahawa Kak Rahizah telah hamil 13 minggu. Berita disambut dengan penuh perasaan gembira dan terharu.
Kak Rahizah selamat melahirkan bayi perempuan pada 080808 yang lalu. Kami semua doakan agar Kak Rahizah dan Abang Fizi berbahagia bersama dengan orang baru. Lengkap sudah sebuah keluarga bahagia mereka.
Jam 3.30pm, kami bergegas ke jamuan yang kedua. Jamuan hari raya yang kedua pula adalah di Nilai Impian. Hubby mendapat jemputan dari kawan lama yang secara kebetulan terserempak di pasar malam taman semarak. Rupanya dia ni sudah 7,8 tahun menetap di Nilai dan bekerja di Inti Kolej sebagai pensyarah Biokimia hampir 10 tahun...Selalu kami ke pasar malam, tapi takde pulak terserempak..mungkin kali ini rezeki kami berjumpa dengan kawan lama. Actualy, aku masih ingat lagi kawan hubby tu sebab kami satu kolej semasa di UPM dulu. Dia adalah bekas pengerusi kebudayaan di K2, merangkap senior aku.
Apa yang lebih memeranjatkan kami adalah kawan hubby ni telah convert dan berkahwin beberapa bulan yang lalu dengan perempuan Melayu. Cantik,manis, putih, dan kecil molek budaknya. Tadi sempat aku berkenalan dengan Nisa, nama isterinya tu. Syukur alhamdulillah, bertambah lagi umat Islam di muka bumi ini. Melalui perbualan singkat yang aku dengar, aku rasakan bahawa perkahwinan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga kawan hubby tu. Tapi jodoh mereka kuat. Semoga mereka berbahagia sehingga ke akhir hayat dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
No comments:
Post a Comment