Tuesday, October 21, 2008

Redha

Aku ada final exam hari ni, satu-satunya paper untuk final semester..then, aku akan pulun untuk projek paper pulak..Chayyo'!!!

Aku masih lagi study IMC menghabiskan detik-detik terakhir sebelum waktu exam jam 8 malam. Pagi tadi dah ada orang sound aku jangan update blog hari ni..hehehe..sorry..ampuunn..kena update jugak sebab ada cerita nak share with you all out there tentang 'Redha'.

Semalam petang hubby balik kerja agak cepat dari biasa. Dia menjemput Luqman dan Luthfil dan mengajak mereka berdua minum petang di restoran berhampiran. Aku masih di pejabat waktu itu.

Setibanya aku di rumah, hubby menghulurkan aku sepucuk surat tertera 'Kerajaan Malaysia'..Rupanya dari Jabatan Perhutanan Malaysia. Aku bertanya surat apa? Dia tanpa senyum memandang aku penuh makna. Walaupun dalam hati penuh tanda tanya melihat raut wajahnya dan mencari kalau-kalau dia menyembunyikan kegembiraan disebalik wajahnya yang serius, tanganku ligat membuka helaian surat itu.
Hubby kadang suka menyakat aku dan suka membuat surprise.

Aku masih belum membaca isi kandungannya dan masih dalam keadaan terpinga2. Daripada tajuknya, aku masih tidak dapat mengesyaki apa-apa lagi. Aku bertanya lagi..surat apa ni bang? Dia hanya mendiamkan diri dan berlalu ke bilik.

Aku kemudiannya membaca untuk mendapatkan kepastian. Mataku terkedu melihat tarikh tutup tawaran menghantar sebut harga untuk menjalankan kajian berkaitan perhutanan yang tamat pada hari semalam (20 Oktober 2008). Sedangkan surat itu bertarikh 6 Oktober 2008, manakala faks yang dihantar bertarikh 13 Oktober 2008. Syarikat MataMas Resources dipelawa untuk menyertai ITTO, sebuah badan NGO yang berkaitan dengan kerja-kerja perhutanan.

Baru aku faham mengapa hubby kelihatan kecewa..sungguh2 kecewa dan terkilan kerana pelawaan sebegitu merupakan peluang yang sangat-sangat ditunggu selama ini. Bukan senang mendapat peluang sebegitu. Tetapi aku cuba menenangkannya supaya bersabar dan mengatakan mungkin ada hikmah yang hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perkara-perkara tersirat disebaliknya. Mungkin ada yang lebih berharga menanti di depan sana...siapa tahu..Aku mintak dia Redha dan jangan terlalu memikirkan sangat.

Aku menjadi pendengar setia setiap luahan hati hubby..dan aku faham betapa terkilannya dia. Ketika kami keluar makan pun dia tak habis-habis dengan muka moyoknya. Aku cuba ingatkan supaya think positive. Ada lagi peluang tu, insyaallah.

Riak mukanya sudah menggambarkan apa yang terkandung dalam hatinya. Cuma, anehnya instinct aku mengatakan bahawa ada sebab Allah menguji dia sebegini, mungkin ada peluang lagi besar menanti di depan sana..Lebih-lebih lagi sekarang dia perlu memberi fokus kepada pengajiannya. Dia akui itu semua..mungkin juga dia terpaksa kelam kabut menyiapkan banyak kerja dalam satu masa. Perancangan Allah itu yang paling terbaik.

Ini yang dikatakan belum ada rezeki..peluang sudah ada tetapi keadaan yang tidak mengizinkan. Hendak salahkan orang pun tidak boleh juga sebab orang lain tiada kaitan dengan kerja kita.

Mungkin ini ingatan agar hubby lebih bersedia dan perlu memikirkan langkah seterusnya tanpa melibatkan orang lain. Aku akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya dalam setiap perkara yang dia lakukan. Aku yakin dia boleh dan mampu melakukan yang terbaik!

Cayyo'!!! I Know you can do it!!!

I will be your side, forever and ever!

No comments: