Monday, March 29, 2010

tag!

Saya di tag oleh en. erie lagi...

1. Who urself at home?
- isteri kepada En Mohd Zahir bin Abdul Hamid
- ibu kepada : Muhammad Emir Luqman, Muhammad Luthfil Hadi dan Wafa Aleesya

~ kadang2 akan jadi warden asrama yang garang apabila askar2 kenit tu menyepahkan rumah especially buku2 dan mainan yang diguna tetapi tak dikemaskan balik.
~ kadang2 jadi cikgu, kadang jadi ustazah pada Luqman dan Luthfil (garang tau!)
~ of course la tukang masak walaupun tak sehebat chef Wan, tapi i jugak Wan tau~
~dan tukang2 lain, except tukang rumah!

2. who urself besides a friends?
~ tu kena tanya friends!

3.5 things that you aspire but have not achieve yet.

~ nak keluar dari sini..cari port baru
~ nak g Australia, Korea, Jepun, etc..tempat2 sejuk
~ nak sambung PhD
~ nak buat bisnes
~ nak makan masakan yg hubby masak (aritu dia ckp nak belajar masak!)

4. who is your spouse's name?
Mohd Zahir bin Abdul Hamid

5. 5 things you like most about your partner?
~ he loved me very much!!
~bertanggungjawab
~ bertolak ansur
~ timbang rasa
~ boleh diajak berbincang sst isu..sekapal!

6. the date when you couple?
~ 21 August

7. the bitter memories with your EX-partner?
~memutuskan perhubungan melalui telefon, masa tu dia posting kat Miri...asyik ajak kawen jaa...tertekan den..den nak belajar lagi..muda lagi..malu la kawen awal2..kakak2 blom kawen lagi masa tu. Den baru jer masuk univ. Walaupun sayang sangat kat dia..den setia selama ni kat dia.sejak zaman sekolah form 1 lagi..tapi den ada gak dengar2 citer dia kat Miri tu dah ada orang lain..so, den tak mau dia tunggu lamo2..macam yang dia penah cakap kat den dulu..kalau bunga tu, bunga dah 'malor'..itu yg dia ibaratkan diri dia...den pulok, baru jo nak kenal dunia, masak nasik pun tak reti lagi. beza umur 7 tahun tuu..so, tu yg den bg lampu hijau kat dia suruh kawen dulu. maybe dia ingat den yang curang kat dia..tapi dia tak tau citer sebenar..masa tu Tuhan ajer yg tau betapa sakitnya perpisahan..huhuhu..

8. the theme song of your love?
~ Jangan Ada Dusta Di ANtara Kita!! waduh..romantika di amorrrr!!!

9. what changes you want to see from your EX-partner?
~ semoga dia dapat balik semenanjung.

10. tags 10 of your others friend.
????
1. Wafa Aleesya masih lagi belum sihat sepenuhnya..batuk2 dan selsema especially pagi. Tidur malam, ibu dah tak on aircond..kata doktor yang merawat Wafa, aircond kurang elok untuk kanak2 sebab paru2nya masih lagi belum 'matang'.

2. Kalau boleh, ibu mahu jaga Wafa sampai dia sihat sepenuhnya. Saat yang paling indah adalah ketika dia menyusu sambil memegang tangan atau baju ibu seperti tidak mahu melepaskan.

3. Wafa sekarang dah pandai meniarap. Alhamdulillah..Badan dia agak susut sedikit (tak susut tp timbangan tak bertambah, makin tinggi!).




(Malam tadi ibu berkunjung ke rumah seorang rakan lama dengan kakak. Dia ada 4 anak yang kesemuanya perempuan. Rumahnya terletak di tepi pantai. Semasa menunggu untuk berangkat pulang, tiba2 ibu dapati kakak telah meninggalkan ibu di rumah tersebut. Kawan ibu takde di rumah waktu itu, belum balik. Yang ada hanya isteri dia sahaja. Isteri dia menjemput ibu nak ke rumah dan menghidangkan air sambil berbual2. Salah seorang nama anaknya adalah Nora...tiba2 ibu tersedar dari tidur..mimpi rupanya. Dah Subuh!)

~ Selalunya apa yang ibu mimpi membawa maksud tersembunyi...selalunya ada hint di sebalik mimpi2 tersebut...hmmm...apa yer??

Saturday, March 27, 2010

kesihatan

Actually, banyak benda nak citer..tapi mcm biasa laa..kalau jauh dari komputer tu, idea datang mencurah2..tp kalau dah mengadap komp, tak tau dari mana nak mula..syndrome apa ek?

Okeylah..ibu mulakan dengan career fair kat kolej yang baru sahaja tamat Khamis lepas. Selama 2 hari berlangsung dari Rabu hingga Khamis. Sempat la sekali ibu bawak student dengar forum. Student ibu majoritinya international, so dengar2nya mereka ni tak berapa berpuashati sebab pendekatan yang dibawa adalah lebih kepada untuk local student. Hmmm..itu pentingnya belajar 'Komunikasi'. Speaker should know who are their audiences. They need to adopt 'audience centered-approach' by investigate their audience background first. Jika tidak, mesej yang disampaikan itu gagal mencapai matlamatnya. The audiences yang nak dengar tu mestilah nak dengar perkara2 yang related to them jer..If not, they will refused to listen. That's happened to my students too..after I passed up the attendance list, they dissappeared!

Semasa berlangsungnya carrer fair ni jugak, ada beberapa booth yang dibuka, antaranya kaunter SSH,KPJ. Melihat kepada service yang dioffered, ibu tertarik dengan pakej pemeriksaan kesihatan (BMI, blood pressure, blood glukose and blood cholesterol). Pemeriksaan mengambil masa hanya beberapa minit sahaja dan bayaran adalah RM10 (kalau kat KKM, bayar RM1 ajer..huhu). Mulanya agak cuak gak lepas amik reading weight...walaupun bacaannya still normal, tapi lebih ideal kalau dapat kurangkan 4kg! Wah! Tersentap gak rasa..huhu..lepas ni kena kurangkan makan nasi dan mee. Mana taknya, ibu selalu kantoi dengan nasi lemak makcik kat Pinggiran Bayu tu. Kalau beli nasik lemak, mesti tambah lauk rendang kerang dengan sambal sotong. Lepas ni kena pejam mata je la lalu depan gerai dia.

Bacaan untuk blood pressure pun ok (110/64mmHg), blood glukose (6.0mmol/L, masa ni blom breakfast) agak dekat dengan border line (<6.5),>

Tuesday, March 23, 2010

Sedar tak sedar, Mac bakal melabuhkan tirainya bagi tahun 2010. Seminggu lagi masuk bulan April pulak. Hmmm..cepatnya masa berlalu. Usia Wafa pun dah menjangkau 5 bulan..cepat betul anak ibu membesar.

Semalam juga merupakan hari terakhir ibu mengadakan kelas di UTM. Dan semalam juga ibu beri test 2 kepada student. Tugasan individu pun berlambak lagi belum tanda, sekarang kena marking test 2 pulak yang sebanyak 71 tu. Final paper diorang pun tak lama lagi..ibu sebolehnya try marking at least 5-10 paper sehari. Insyaallah.

Semasa dalam perjalanan balik tu, ibu tengok ada signboard besar KUL selepas tol Sg. Besi..wah2..bukan main lagi promotion nampaknya. Ye laa..semalam menteri pengajian tinggi datang merasmikan penamaan Kolej Universiti. Harap2nya semua berjalan lancar dan keadaan menjadi semakin baik.



Sunday, March 21, 2010

Kolej Universiti

Esok petang 22hb Mac, hari bersejarah kerana ada pelancaran Penamaan Kolej Universiti di sini..dah naik taraf kepada kolej universiti. Harapnya perkara2 yang 'lain2' pun naik taraf jugak la ye..

4,5 tahun dulu dah selalu dengar, tapi sekarang baru jadi kenyataan..insyaallah.

dengar2nya ada menteri datang rasmikan..tapi tak tahu saper.kita tengok ajer la esok.

tapi esok petang ibu takde..hehehe..ada kerja sket.

walau pun ibu takde, majlis masih tetap diteruskan seperti yang dirancang.


Friday, March 12, 2010

Cerita semalam dan hari ini

1. Pagi semalam, ada MOU antara kolej dengan sebuah institusi pengajian tinggi luar negara. Dengarnya program Dinstance Learning dengan Thompson University. Ibu tak pergi tengok sebab ada kelas 10-12pm.

2. Lunch hour, ibu mengular ke Giant. Nak beli barang sket kiriman ma. Beli beras Taj Mahal. Kat Besut takde beras nih. Kami pun dah lama makan beras ni sebab ianya bagus untuk kesihatan especially kalau ada diabetic. 1+ 1/3 cup pun dah cukup kami 4 beranak. Itupun kadang2 berlebihan. Borong 3 beg 5kg.

3. Sebelum masuk ke Giant, ibu masuk KFC dulu, lapor. Sedang asyik menikmati (makan sorang jer..takde feel langsung!), ibu terlihat seseorang yang agak familiar. Rupanya ex coursemate masa diploma dulu, Rozie and family. Rupanya dia sekarang menetap di Doha, Qatar mengikut suaminya yang bekerja dengan Qatar Airlines.

4. Selepas makan, merayau2 mencuci mata kat booth2 luar Giant tu. Nampak tudung cantik2 rembat jugak la 1. singgah di kedai yang kedua..lagi banyak yang cantik2. Tengah2 syok membelek, tiba2 disergah oleh seseorang. Rupanya Sue, member lama. Dah jumpa geng ni panjang citer la pulak. Tup2 kami berdua terbeli lagi tudung. Huhu..balik umah, tayang kat hubby..apa lagi.."tak habis2 dengan tudung tu"..hehehe..cik hubby tak berapa berkenan i pakai tudung ala2 ekin tu..dia suruh pakai kat umah jer time ipar duai datang(nampak makin lawo kot..hahahaha).

5. Hari ni kami nak balik kampung sampai minggu depan.

6. Bye~

Wednesday, March 10, 2010

tagging

okey..saya dah melunaskan hutang kepada en. erie..camner? okey tak?




1. You have to print screen wallpaper you are using right now


2. Tell us why you like this wallpaper?

Harus ke ada sebab? hehehe..ini je gambar yang ada dalam 'my picture'..malas nak godek. Sebelum nih letak gambar cik montel tu.

3. Tag 10 people.

Hmm..ni yang payah ni...saya tag mn yang saya tau jer la.

1. En. Erie (hahaha..wat skali lagi ehh!)

2. Jamiah

3. Abu Wildan

4. Ayohngoh

5. Tg Hasliza

6. Uda

7. Kak Ainon

8. Terompah biru

9. Orang yang byk masa free takde benda nak buat

10. Orang yang pertama kali jejak blog nih

Orang lama

Ecece..menjadi2 pulak ibu mengupdate blog sekarang. Takde kerja??ader jer kerja..tapi tengah ada semangat nak memblog dulu..hehehe.

After settle all the matters berkaitan dengan Supplementary Exam, ibu menapak ke ATM kat Block A. Nyit.nyit..nyit..sedang menekan nombor pin, ibu terpandang seseorang yang agak familiar kat sebelah mesin ATM yang satu lagi (kat kolej ada 2 mesin ATM, bukan aper..supaya senang pelajar amik duit utk bayar yuran kolej..huhuhu, baek punyer strategi!).

Mr Quek LS rupanya. Orang lama, tapi dulu dah pernah resign, sekarang masuk balik. Kami biasanya panggil orang yang kuar masuk balik nih recycle..huhuhu. Kalau dulu dengar jer nama Mr Quek nih, ramai yang kecut perut..tatau la kenapa. Ibu cuma dengar citer jer yang dia ni garang, tapi tak pernah pulak ibu tengok dengan mata kepala sendiri dia marah orang. Ibu pun tak pernah sembang dengan dia. Biasa la, tabiat manusia yang suka menokok tambah ni.

Mulut ni ringan jer menyapa..'Morning Mr Quek!" Muka dia dah sedikit confius (agaknya dalam hati..saper lak Amoi ni?) "Do I know you? What's your name? Which Department? bertubi2 dia interview ibu.

So, ibu jawab ler.."Mr Quek, I'm ... from SOAF, maybe you don't know me, but I know you..you're very famous maa..sebut nama you, semua takutt..but, we respect you because u never disturb our job, u trust lecturers"(selamba je ibu membocorkan rahsia..hahaha!)

Mr Quek: (sambil tersenyum..) Iya ka? Dulu I jaga HR, sekarang ni I dengar HR manyak problem arr..saper tu jaga HR? HR bla..bla..bla...(sempat dia bergosip tuh)

Coversation berlanjutan hampir 20 minit. Banyak gak la info terbaru yang tersampai, pasal ex HR manager dulu yang dia bawak masuk balik ke sini tapi dah resign, pasal marketing, pasal dr Adam la..Dr. Adam (ex Dean SOAF) dah keluar dari BSN dan dah kawen baru lagi..hohoho..ibu pun tak tau nak komen sebab lama dah lost contact dengan Dr. Adam nih.

Tuesday, March 09, 2010

suka..sangat suka..

Alhamdulillah...untuk semester ini, ibu cuma diberi dua subjek sahaja, bermakna 4jam x 2 subjek = 8jam seminggu. Tapi dengar2nya ibu kena take over student monthly intake. Perghhh..maknanya tambah 6jam seminggu lertapi tak tau bila start..lotih btol kalau kena ajar monthly intake. Boleh naik semput nih.

Harap2 panas jangan berpanjangan...sekali sekala nak jugak hujan..biar sejuk sket cuaca nih.

Kali ini ibu dapat subjek Business Communication. Dalam list ibu dapat, sorang jer local student, yang lain2 international student. My faveret subject nih. Siap la korang..ngengenge..assignment kaw2 punyer! Tungguuuu...

kena tag lagi..

Ah! Ibu kena tag lagi..saper lagi kalau bukan dari En. Erie tu..sungguh jahat dia...huhu..ibu dah ler baru jer masuk opis hari ini. Nasib baik tak padat sangat jadual kali ini, tapi tak tentu jugak..tgk sehari dua lagi, mesti beranak pinak jadual tuh.

Kalau ikutkan tak sihat, ibu masih lagi blom sihat sepenuhnya..bersambung dengan batuk dan selsema pulak and pening2 lalat. Semalam ibu kena hypo lagi. Pandangan berbalam2 dan nampak spot2 hitam. Kesian si comel tu, kena flu jugak..mintak2 jangan la berlarutan sebab Jumaat ni (insyaallah) nak balik kampung selama beberapa hari.

Eh! En tagging, ...ajar la kita macammana nak copy page screen monitor tuu..ibu bukannya reti sangat. Blom sampai tahap master lagi bab2 macam tuh. Rumah baru ni pun ada orang yang baik hati tolong ceriang ceriakan. Terima kasih la sebab sudi jadi free interior designer . Actually ibu boleh jer buat..ngehngehngeh...Cuma tak boleh buat sebab sekarang nih kat campus kediaman tuh payoh benor nak lepas benda2 yang dalam kategori donload mendonload nih. Ha! itu sebab kita upah (tanpa bayaran aka free lor) En. tagging nih untuk mendesigner rumah kita. (saper suruh kutuk2 cakap takleh nak baca la..suruh tukar la..hahaha). Anyway, I really2 like this my new house..thanks so much!

Monday, March 08, 2010

lawak ke...?

Semalam ibu berkesempatan menonton pertandingan akhir raja lawak walaupun selama ini tak pernah mengikuti dari awal. Oleh kerana takde rancangan lain yang lebih menarik, so ibu layan je la walaupun terlepas 20 minit yang pertama.

3 peserta semuanya. Daripada ketiga2 peserta tu, takde sorang pun yang menarik perhatian ibu. Hanya Alex yang membuat persembahan yang agak menghiburkan, ada isi dan nampak agak smooth penceritaannya. Yang lainnya terutama peserta solo dari utara tu..ermmm..ibu pun tak paham sampai ke sudah apa yang dia nak buat sebenarnya. Bagi ibu, lawak Johan dan Zizan lagi best malam tu walaupun lawak mereka banyak merapu ke laut.

Keputusannya, Juara Raja Lawak Musim Ke4 dimenangi oleh Kecik, Idlan (betul ke nama dia ni..) dan yang sedihnya Alex tempat ke3. Bak kata seorang juri, kalau Alex tak menang juara maybe sebab peminat takde kredit! Tapi Alex tetap cool!!

Sunday, March 07, 2010

wafa selsema

Bermula dengan sakit tekak...>tonsil.....>demam panas...>batuk......>selsema...wah! cukup lengkap pakej ibu. Sekarang dah mula berjangkit selsema pada Wafa pulak. Nampak gayanya Isnin esok ibu tak masuk keja lagi la. Actually esok dah mula semester ke2 bagi sesi 2010/2011. Result student SPACE pun belum submit lagi. Jangan ada yang mencari sudah.

Oleh kerana last week cuma sehari je masuk ofis, so ibu tak tahu lagi tentang jadual yang terbaru. Apa subjek yang perlu diajar pun masih belum tahu. Harap2 semuanya ok.

Semoga perancangan balik bercuti di kampung dapat diteruskan.

Wednesday, March 03, 2010

Hari ini saya masih demam lagi..sekejap ok, sekejap rasa seram sejuk. Orang lain kepanasan disebabkan cuaca yang membahang, saya berjaket tebal menahan kesejukan...siap berstokin lagi! Tekak masih lagi rasa sakit dan payah untuk menelan. Sudah 2 hari tak makan nasi..agaknya berapa kilo dah turun ek? (hubby cakap BMI tak balance nih..hehehe). Air kelapa ntah berapa biji dah habis saya minum. Thanks a lot to hubby coz dalam kesibukan dengan tesis masih lagi sempat menjaga ibu.

Alhamdulillah, pagi tadi dapat memberi kuliah kepada pelajar UTMKL. Tengok tu..doc bagi cuti suruh rehat di rumah, tapi saya kerja jugak..hehehe..nak buat macamana sebab dah janji dengan student, rasa bersalah pulak nak kancel. Lagipun saya tengah pulun nak habiskan silibus. Insyaallah ada 1 bab lagi, kemudian ada group presentation dan hari terakhir pada 22 Mac, mereka akan menduduki Ujian 2. Lepas ni boleh lah saya berehat secukupnya.

Malam tadi, awal2 lagi saya dah masuk tidur. Lepas solat maghrib, saya terus tak sedarkan diri. Tertido dengan Wafa. Hubby bawak balik nasi ayam untuk anak2. Saya takde selera nak makan. Rasa payau semacam. Kesian mereka, ibu tak larat nak masak. Jam 12tengah malam, saya terjaga, rasa ringan sikit kepala..selepas solat Isya', siapkan baju dan buku sekolah Luqman dan salin baju dan lampin Wafa.

Dah lama tak demam, sekali kena memang teruk! Cuak jugak coz sekarang nih kes denggi menjadi2..H1N1 pun kedengaran lagi. Nauzubillah.

Tuesday, March 02, 2010

MC

Akhirnya saya akur dengan keterbatasan diri saya. Kerja 7 hari seminggu sejak 2 bulan lepas benar2 menguji keupayaan diri saya..almaklumlah..usia semakin meningkat..masa untuk diri sendiri pun kurang (padan muka..saper suruh pantang koboi?huhu..)

Bagun pagi tadi, saya rasa sakit tekak yang amat. Nak menelan liur pun susah..rasa macam ada batu yang tersekat di saluran tekak. Badan pulak rasa seram sejuk jer.Camner nih..hari ni ada kelas 11-1pm..tapi kepala pun mcm ding dong and dizzy jer..lepas punch, antar baby ke pengasuh dan saya terus berkejar ke klinik. Doktor bagitau tekak bengkak dan kemerahan. Dapat MC 2 hari..suruh berehat kat rumah (tapi esok nak g KL..hehehe..reschedule class for UTM)..next week nak balik kampung pulak. Harap2 jadi la balik kali ni...insyaallah. Ramai yang menunggu nak tengok Wafa Aleesya. Tunggu kami yaaa..

..teringat kari terung bonda la..bestnya...nyumnyum...