1. Pagi semalam, ada MOU antara kolej dengan sebuah institusi pengajian tinggi luar negara. Dengarnya program Dinstance Learning dengan Thompson University. Ibu tak pergi tengok sebab ada kelas 10-12pm.
2. Lunch hour, ibu mengular ke Giant. Nak beli barang sket kiriman ma. Beli beras Taj Mahal. Kat Besut takde beras nih. Kami pun dah lama makan beras ni sebab ianya bagus untuk kesihatan especially kalau ada diabetic. 1+ 1/3 cup pun dah cukup kami 4 beranak. Itupun kadang2 berlebihan. Borong 3 beg 5kg.
3. Sebelum masuk ke Giant, ibu masuk KFC dulu, lapor. Sedang asyik menikmati (makan sorang jer..takde feel langsung!), ibu terlihat seseorang yang agak familiar. Rupanya ex coursemate masa diploma dulu, Rozie and family. Rupanya dia sekarang menetap di Doha, Qatar mengikut suaminya yang bekerja dengan Qatar Airlines.
4. Selepas makan, merayau2 mencuci mata kat booth2 luar Giant tu. Nampak tudung cantik2 rembat jugak la 1. singgah di kedai yang kedua..lagi banyak yang cantik2. Tengah2 syok membelek, tiba2 disergah oleh seseorang. Rupanya Sue, member lama. Dah jumpa geng ni panjang citer la pulak. Tup2 kami berdua terbeli lagi tudung. Huhu..balik umah, tayang kat hubby..apa lagi.."tak habis2 dengan tudung tu"..hehehe..cik hubby tak berapa berkenan i pakai tudung ala2 ekin tu..dia suruh pakai kat umah jer time ipar duai datang(nampak makin lawo kot..hahahaha).
5. Hari ni kami nak balik kampung sampai minggu depan.
6. Bye~
No comments:
Post a Comment