Tuesday, March 23, 2010

Sedar tak sedar, Mac bakal melabuhkan tirainya bagi tahun 2010. Seminggu lagi masuk bulan April pulak. Hmmm..cepatnya masa berlalu. Usia Wafa pun dah menjangkau 5 bulan..cepat betul anak ibu membesar.

Semalam juga merupakan hari terakhir ibu mengadakan kelas di UTM. Dan semalam juga ibu beri test 2 kepada student. Tugasan individu pun berlambak lagi belum tanda, sekarang kena marking test 2 pulak yang sebanyak 71 tu. Final paper diorang pun tak lama lagi..ibu sebolehnya try marking at least 5-10 paper sehari. Insyaallah.

Semasa dalam perjalanan balik tu, ibu tengok ada signboard besar KUL selepas tol Sg. Besi..wah2..bukan main lagi promotion nampaknya. Ye laa..semalam menteri pengajian tinggi datang merasmikan penamaan Kolej Universiti. Harap2nya semua berjalan lancar dan keadaan menjadi semakin baik.



No comments: