Semalam ibu berkesempatan menonton pertandingan akhir raja lawak walaupun selama ini tak pernah mengikuti dari awal. Oleh kerana takde rancangan lain yang lebih menarik, so ibu layan je la walaupun terlepas 20 minit yang pertama.
3 peserta semuanya. Daripada ketiga2 peserta tu, takde sorang pun yang menarik perhatian ibu. Hanya Alex yang membuat persembahan yang agak menghiburkan, ada isi dan nampak agak smooth penceritaannya. Yang lainnya terutama peserta solo dari utara tu..ermmm..ibu pun tak paham sampai ke sudah apa yang dia nak buat sebenarnya. Bagi ibu, lawak Johan dan Zizan lagi best malam tu walaupun lawak mereka banyak merapu ke laut.
Keputusannya, Juara Raja Lawak Musim Ke4 dimenangi oleh Kecik, Idlan (betul ke nama dia ni..) dan yang sedihnya Alex tempat ke3. Bak kata seorang juri, kalau Alex tak menang juara maybe sebab peminat takde kredit! Tapi Alex tetap cool!!
1 comment:
anda di tag = sila jawab soalan di belog saya~
Post a Comment