Wednesday, October 22, 2008

Double, trouble, triple!

Hah! Tak tahu apa nak cakap tentang exam semalam. Aku rasa sepanjang aku bergelar mahasiswa sejak 1995 sampai la sekarang ni, kali ini merupakan peperiksaan yang paling teruk aku rasakan. Memang double, trouble, triple lah.

Kalau orang lain ambil midterm dulu baru final exam, aku pulak terbalik. Final exam dah ambil, midterm belum lagi. Tak tahulah bila dr. tu nak bagi aku ambil. Kalau ikutkan hati aku dah nak simpan masuk kotak buku-buku IMC yang tebal tu. Buat menyakitkan hati je bila aku pandang. Tapi nampak gayanya kena bukak buku balik la untuk prepare midterm pulak.

Aku rasa seolah-olah nak terjun dari pokok jer lepas sit exam semalam. Dah menjerit kat dalam keta..Arghhhhhhhhhhh!!!!Tension!!!!!!.

Betapa teruknya aku rasa. Nasib baik hujan turun semasa aku dalam perjalanan balik ke rumah. Sedar-sedar aku dah keluar tol Nilai..mengelamun sepanjang jalan. Kalau cuaca elok, rasanya aku jadi minah rempit semalam.

Ahhh!!exam tadi ibarat mimpi ngeri bagi aku. I hate exam! Pulak tu exam jenis recall, hafal dan soalan terminologi ni aku memang anti. Otak dah tumpul untuk mengingat dan menghafal. Exam macam tu sesuai untuk undergraduate, bukannya postgraduate.

Aku ada satu tabiat buruk..hehehe..kalau tengah tension lepas buat sesuatu perkara yang teruk, aku akan cari junkfood! Jadi, sebelum sampai ke rumah, aku singgah di kedai membeli junkfood dan 100 plus untuk dimakan sambil menonton CSI.

Setibanya di rumah, kelihatan tv terpasang..tapi takde orang di ruang tamu. Aku nampak bilik si kecik tertutup. Mungkin hubby sedang menidurkan Luqman dan Luthfil. Aku tidak mahu ganggu mereka tidur, lalu aku ke bilik menukar pakaian.

Tadi dalam kepala otak dah diset supaya mengingatkan hubby jangan tanya apa-apa tentang exam aku. Oleh kerana mereka semua dah tidur, senang kerja aku nak berpoya-poya menonton tv sorang2..balas dendam!


Tiba-tiba aku lihat kelibat seseorang dalam bilik. Aku jenguk! hubby sergah aku.

"Apa la ibu, tak sporting langsung. Bukan main lagi kami nyorok nak ibu carik..rupanya ibu buat tak tau jer, penat tunggu kat dalam bilik"..

Hahaha..ingatkan dah tido..malas nak kacau..tau je lah si Luthfil tu, pantang nampak ibu.Mana ibu tau u all nyorok..lagipun tengah takde mood nak main2..

Budak-budak tu bila tengok aku pegang chezee dah melompat-lompat kesukaan. Sebab bukan senang nak bawak junkfood masuk rumah aku. Kena tunggu ibu moody dulu baru ada chance makan junkfood.

Ewah-ewah...korang pulak yang lebih..ini ibu punya!

Huhu..teruk ibu kan!

Diorang peduli apa, ibu punya ke ayah punya..yang pasti diorang dapat makan jugak.

Bila aku nak bukak jer bungkusan tu, tertengok expired date on 16/10/08. Hampeh tul tokey kedai tu. Jual barang yang dah luput harga. Aku pun satu tak chek dulu sebelum beli. Biasanya kalau aku nak beli sesuatu aku akan chek satu persatu. Mungkin otak aku dah jamm tak boleh nak pikir.

Ini tak boleh jadi ni. Hak aku sebagai pengguna mesti dipertahankan. Aku ambil keputusan untuk ke kedai tadi dan menukar kepada yang baru.

Sesampai sahaja di kedai, aku terus menuju ke kaunter dan berjumpa dengan tokey kedai. Bila aku cakap yang cheeze yang aku beli dah expired, terus sahaja dia mengarahkan pekerjanya membuat clearance.

Sempat jugak la aku sound.."Karang kalau ada apa2 berlaku pada customer, lagi parah kena, sebab jual barang dah abis tarikh luput".

Huh! Kalau nak untung pun, jangan le melampau2 sampai jual barang dah expired!

Yang anehnya, walaupun badan dan otak dah exhausted, mata aku tak boleh lelap. Aku sempat melayan cerita Korea yang baru bertajuk 'I'm Sorry, I Love You"..macam best je tajuknya..

Sebelum tidur aku habiskan membaca artikel untuk projek paper sehingga jam 2 pagi. Dalam kepala otak asyik memikirkan kerja yang perlu dibereskan esok hari. Banyaknyer kerja yang perlu dibereskan.

Kerja!Kerja!Kerja!

3 comments:

Anonymous said...

wow...manyaknye keja u...niway dapat gak i tau camne u semalam...i tau u exhausted and stressful..but dengan kekuatan emotional yang u ada..i dapat rasakan u will survive!!!
u always motivate diri u kan..?? tHAts what dr fadzillah kamsah stated bout your secret of birthday..
come on...face it..u will!!..someone will always pray for yeah... i am absolutely sure..


ermmm...u pun kira pandai gak rempit ea...ish2..hebat tul..takut i baca..nasib bek hujan..syukur alhamdullilah...

wajah lembut ayu...tapi ada skill drift la..bravo2..p/s: i nak belaja ar dari u..

i dapat rasakan kesibukkan u..project paper need to be accomplished..tugas u sebagai pendidik..i faham..and empati..

tapi relaks..stay focus and calm upon something..insyallah ..nothing will stop u wan shila..

HIdup Wan Shila..tetap akan dirahmati dan diberkati kerana kesungguhan u..dalam semua aspek kehidupan yang u laksanakn..

cuma satu niatkan semua yang bermula perkerjaan ibadah kepada Allah..dapt mulakn dengan BAsmalah..insyaallah..akan dikurangkan..kesusahan dan kesedeihan..
LA TAHZAN!!!

apa2 pum..wish u all da best!!!! and alwyas chayok!!!! macm cita korea.. cyayok!!cyayok!!!cyayok WAn Nor HAsila..!!! CYAyok!!!!!

selamat menonton " i'm sory..i'm love you.."macm best gak ek..naty i akn try ar tonton..
lagi satu..apa tu IMC????? inquiry lak...
-PEACE NO WAR-

Anonymous said...

IMC tu Intergrated Marketing Concepts... Yer ker?

Bagi saya, untuk positifkan diri, anggap je kita adalah peluang di kemudian hari... Hahaha

Ala... serempit rempit KLM hanya 80 je. Laju skit 100. Tu pun susah nak potong lori court mammoth dan basikal lufhti..

KLM ni sebenarnya pandai, rajin. tapi dia saje buat gempaq. Biasa paling kurang dia score 3.99. 0.01 hilang sebab tulisan dia kecik sangat tuannyer..

ape pun, your secret admire dah bagi motivasi. I tak tahu nak bagi motivasi sebab hari2 tak bermotivasi. ahahh

WanShila said...

IMC tu Intergrated Marketing Communication.

Ewah2..mulut takde insuran nampak big bro. Awk blom tgk lagi perkembangan terbaru saya merempit. Ingat awk je yg tahu merempit? Setakat lori courth mammoth tu, i tgk sipi jer..huhuhu