Wednesday, March 03, 2010

Hari ini saya masih demam lagi..sekejap ok, sekejap rasa seram sejuk. Orang lain kepanasan disebabkan cuaca yang membahang, saya berjaket tebal menahan kesejukan...siap berstokin lagi! Tekak masih lagi rasa sakit dan payah untuk menelan. Sudah 2 hari tak makan nasi..agaknya berapa kilo dah turun ek? (hubby cakap BMI tak balance nih..hehehe). Air kelapa ntah berapa biji dah habis saya minum. Thanks a lot to hubby coz dalam kesibukan dengan tesis masih lagi sempat menjaga ibu.

Alhamdulillah, pagi tadi dapat memberi kuliah kepada pelajar UTMKL. Tengok tu..doc bagi cuti suruh rehat di rumah, tapi saya kerja jugak..hehehe..nak buat macamana sebab dah janji dengan student, rasa bersalah pulak nak kancel. Lagipun saya tengah pulun nak habiskan silibus. Insyaallah ada 1 bab lagi, kemudian ada group presentation dan hari terakhir pada 22 Mac, mereka akan menduduki Ujian 2. Lepas ni boleh lah saya berehat secukupnya.

Malam tadi, awal2 lagi saya dah masuk tidur. Lepas solat maghrib, saya terus tak sedarkan diri. Tertido dengan Wafa. Hubby bawak balik nasi ayam untuk anak2. Saya takde selera nak makan. Rasa payau semacam. Kesian mereka, ibu tak larat nak masak. Jam 12tengah malam, saya terjaga, rasa ringan sikit kepala..selepas solat Isya', siapkan baju dan buku sekolah Luqman dan salin baju dan lampin Wafa.

Dah lama tak demam, sekali kena memang teruk! Cuak jugak coz sekarang nih kes denggi menjadi2..H1N1 pun kedengaran lagi. Nauzubillah.

1 comment:

QERY HASAN said...

blog ke hapa nih??? skit mata den membaca~~ tukar laa layout len