Tuesday, December 30, 2008

Happy Birthday Muhammad Luthfil Hadi




SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR BUAT ANAK IBU, MUHAMMAD LUTHFIL HADI, 3YRS.
SEMOGA SIHAT, GEMBIRA DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH.

Tuesday, December 23, 2008

Don't Say Anything if You're Know Nothing!!

Friday, December 19, 2008

"Adik nak ayah..."

1. Boleh dikatakan tiap2 hari aku akan call ke kampung, bertanya khabar tentang si kacak dan si comel tu.

2. Luqman tengah main komputer game, Luthfil kat laman dengan To'Ma. So, dapat la cakap ngan Luthfil jer.

3. Aku.."Hello..adik sihat?"..mulanya dia senyap jer..
Luthfil: "Adik nak ayah..."

Hmmm..aku ngan mak aku dah terkedu.."Ayah keja..nanti ibu ngan ayah datang amik Adik ngan Aman yer..adik jangan nakal2 tau..dengar cakap To'Ma..makan banyak2, main elok2 jangan gaduh2 ngan abang long"..aku berpesan.

4. Masa ni air mata ku dah mula bergenang. Bila aku call hubby bgtau..Luthfil tanya pasal ayah...terus dengar sok sek sok sek!! Aduhaii...suamiku..

Bila Gajah dengan Gajah bergaduh...

Apa yang aku nak ceritakan dalam posting kali ini bukanlah mengenai cerita 'Gajah' dalam hutan atau dalam zoo. Ini adalah cerita tentang pergaduhan 'orang2 besar' kat opis aku..tapi 'orang2 kecil' yang jadi mangsa.

Ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk kat tengah2 yang jadi mangsa..dan pelanduk itu adalah aku!

Isu pergaduhan ini, aku dah dengar sebelum ini..padahal 2-2 individu tersebut berada dalam bilik yang sama, malahan setiap hari bertentang mata. Aku tak tahu lah apa isunya..malas nak amik tahu. Bila orang tua bergaduh ni, buruk benar rupanya.

Selepas isu gaduh pertama, aku nampak mereka dah ok..bertegur sapa walapun boleh la dikategorikan ;teman tapi tak mesra'.

Gaduh kali kedua ni nampak lebih havoc. Yang aku tak tahannya, bila aku yang terpaksa mengajar satu subjek foundation dari SOBM terpaksa berdepan dengan dua karenah boss ni. Si lelaki Coordinator, si perempuan pulak Deputy Dean.

Pada mulanya aku tak tersenarai pun untuk mengajar subjek SOBM, sebab aku under SOAF. Memandangkan kekurangan pensyarah, aku dipinjamkan untuk mengajar subjek tu. Okeylah.aku terima walaupun sebelumnya aku dah bagitau tentang situasi aku yang perlu menyiapkan projek master...aku willing untuk membantu. Masa tu jumlah student around 53 (mengikut maklumat awal yang aku terima).

Tapi apa yang berlaku semalam sebaliknya apabila jumlah pelajar dalam kelas aku semakin bertambah..ditambah lagi dengan international student yang memeningkan kepala aku.

Apabila aku mendapat tahu bahawa lectuer yang mengajar subjek yang sama dengan aku dari India (kononnya juga mengajar foundation, diploma and certificate), tapi aku tengok jumlah pelajarnya di Group 2 tak sebanyak dalam aku, Group 1. Pada mulanya aku ingatkan pensyarah tu mengajar subjek lain jugak, rupanya tidak..hanya 1 subjek sahaja. So, apa kejadahnya aku pulak kena take over jadi hardcore lecturer dengan bebanan banyak student. Sedangkan dia lecturer import (dibayar mahal) berbanding aku ni yang selalu jadi mangsa trouble shooter orang. Sedikit sebanyak dah menggugat tahap keikhlasan aku yang sentiasa bertolak ansur..niat nak membantu sebab kekurangan lecturer (yang ntah bila nak settle2 tatau laa.., ni satu lagi kes bengong tahap cipan) dah jadi lain bila terlalu banyak hanky panky berlaku.

Klimaks kepada ketensionan aku adalah apabila aku request supaya student UEL ditransfer to other lecturer. Then, DD ni boleh cakap, u refer to 'orang tua' tu..Waduh.aku dah angin. Sekejap kena refer kat orang tu, bila p kat orang tu, dia cakap p kat org ni..macam bola pulak diorg buat.

Aku apa lagi..kuarkan wisel penalti la..aku sound 2-2 sekaligus!

Nak gaduh ke masam muka ke..lantak korang la..tapi jangan menyusahkan hidup aku...huaaaaa...(yang syoknya ramai back up jadi batu api suruh aku refuse jer..ajar sikit diorang tuh..huhu)

Thursday, December 18, 2008

Dari Casablanca sehingga ke Arab!





Jangan terpedaya dengan tajuk kat atas tu..aku bukan pergi holiday..hanya jalan2 mencari makan~

Dah 2,3 kali hubby ajak makan kat luar, nak belanja. Tapi aku malas nak keluar semula kalau dah sampai ke rumah.

Entah apa mimpi semalam, aku ada idea mengajak hubby makan kat Restoren Casablanca,KL seperti yang hubby penah janji nak bawak aku awal bulan lepas. So, kesempatan anak takde bersama kami ni sesuai la untuk berpoya2 sekejap, lagipun projek paper tinggal sikit lagi nak siap, just technical part sahaja yang tinggal.

Lebih kurang jam 6pm, aku sampai di rumah..mandi, gosok baju, bersiap..kul 6.30 baru keluar rumah. Mulanya, aku dah macam nak kansel, takde mood pulak keluar kalau dekat2 nak mask maghrib ni..pulak tu rasa macam buang masa je p makan jauh2. Teringin pulak tekak ni nak makan sate Kajang..hehehe..

Hubby dah semacam je bila aku macam tak jadi nak keluar makan kat KL. Dia risau kot aku perli2 dia..hahaha. Then, dengan muktamadnya dia buat keputusan untuk ke KL jugak.

Hampir 7.30pm kami sampai di KL. Maghrib di Masjid As-Syakirin, KLCC. Wah!First time aku ke masjid tu..macam jakun la pulak..siap bawak kamera lagi amik gambar berlatar belakang KLCC yang tersergam indah dilimpahi cahaya lampu. Yang kelakarnya, bila nak amik gambar berdua, segan nak mintak tolong orang yang lalu lalang amikkan. So, hubby cari tempat tinggi sket untuk snap automatik..(macam Mr.Bean pulak!). Bila di tengok hasilnya..huhuhu..nampak paras lutut ke bawah je!Hampess!!

Hampir jam 8 malam, kami mulakan misi mencari Restoren Casablanca..pusing punya pusing + tersesat ntah mana2..tak jugak jumpa2. Sejam lebih dok pusing tempat yang sama. Hubby dah pernah makan kat situ masa kerja kat Wisma Selangor Dredging dulu. So, itu cerita 3,4 tahun dulu..ntah2 restoren tu dah tutup atau dah pindah ke tempat lain.

Perut dah berkeroncong..bervibrate kelaparan..mulanya hubby nak masuk je ke Hotel kat The Mall tu..huh..tak kuasa aku. Then, ajak p Secret Resepi..lagi la..kat Nilai pun ada kalau setakat SR tu.

Then, aku mengajak mencari tempat makan kat Ampang.cehh..yo yo jer..macam la expert sangat kedai makan kat KL nih.On the way tu, aku nampak Victoria Station..kalau singgah situ, sure aku kena blanja la..sebab dulu aku pernah janji kat hubby, one day aku nak ajak hubby makan situ. So, oleh kerana kali ni hubby yang nak belanja, biar lak dia pilih kat mana dia nak makan.

Pusing kiri, pusing kanan, ternampak Restoren Musaffir..kedai makanan Arab. Mengambil kira keadaan perut yang tersangatlah lapar, kami pun ambil keputusan mencubanya. Tak dapat makan kat kedai Casablanca pun, makan kat kedai Arab pun boleh la..aku macam mengidam nak makan beriani kambing! Aik..ada apa2 ke nih? heheheh

So, masuklah kami ke restoren tuh..punya la cuak tengok takde customer lain pun kat dalam restoren tuh..biar betul? Apa kena restoren nih. Takpelah..just try..kalau tak sedap, inilah yang pertama dan terakhir kami berkunjung ke sini..

Sampai je pesanan, apa lagi makan la..huhu..Nak kata sedap tu, tatau la..kot kami tengah kebulur kot. Aku makan tak habis pun nasiknya.tawar semacam jer. Sup dia pulak macam air yang dicampur dengan sos tomato..pastu letak kentang dadu 4,5 biji.

Presentation makanan pulak, hmmmm..malas nak komen. memang patut takde orang. (Nanti aku upload gambar yang aku snap)

Lepas makan, hubby nak jumpa kawan dia yang datang dari Kulim. Sembang punya sembang tak sedar hampir jam 11pm. Kami sampai ke rumah hampir kol 12pm..lepas Isya'..terus bummmmm....ZzzzzzzZZ..

Tuesday, December 16, 2008

Malaysia boleh??

1. Ahh! Terganggu sungguh melihat female students dari Africa ni berpakaian.

2. Sampai boleh ternampak G-string yang dia pakai..over tak?? (Tak payah la korang nak bayangkan macammana rupanya..huduhhh sungguhhh..)

3. Kita ada rules and regulations..berlambak2 ditampal di merata2 tempat tentang etika berpakaian ke kuliah dan ke bangunan pentadbiran....but we are very poor in enforcement.

4. Pak Guard dan Mak Guard sebok dok selak bontot keta (baca: bonet) staf..kot2 ada staf yang bawak larik harta company..tapi bab2 jaga peraturan berpakaian student ni, takde pulak orang yang ambil peduli.

5. Agaknya nak tunggu sampai student 'tak pakai' apa2 kot??

6. Yeahhh..Malaysia kan BOLEHHHH!

Malam yang pilu..

1. Petang semalam selepas Asar, aku telefon ke kampung. Setelah empat kali percubaan ke empat talian yang berlainan, percubaan ku berjaya menembusi panggilan ke telefon Shahidan. Hampeh betul la diorang ni..kalau dok kat dapur, bertuah la nak angkat telefon..kalau ada emergency, parah! Sempat gak aku bebel kat mak aku..call Ijan tak angkat, call cikyah tak angkat, call erie pun tak angkat..

2. Ma bagi report tentang budak2 tu. Sekarang Luthfil dah tak angkut gula2 lagi..dok angkut kek Appolo pulak. Tak pa lah..at least kenyang jugak dibandingkan makan gula2 yang manis tu. Gigi pun tiap2 pagi gosok.

3. Cuma yang membuatkan aku tersentuh bila ma cakap, Luthfil bangun jam 6 pagi semalam. Ma kebetulan bangun untuk Subuh. Bila ditanya..nak susu ke? Dia ckp tak mau susu.."Adik nak ibuuu...". Ma terkedu...huhuhu..aku lagi terharu..nangis..:(

4. Bila ma pegang dahi dan leher untuk 'rasa' panas badan ke tidak..Luthfil cakap.."Adik demam nii.."..ehh..tau pulak dia demam ke tidak. Nak tergelak aku dengar.

5. Sebelum balik ke kampung, gigi Luqman dah goyang2 longgar. Aku nak pegang pun dia tak bagi sebab katanya sakit.

6. Semalam ma bagitau, Luqman ada cakap kat dia yang giginya dah takde..Ma ingat giginya memang dah sedia takde sejak dari rumah lagi. Bila ditanya gigi buang kat mana..dia senyap jer..Jangan tertelan sudah. Gigi susu pertama yang tanggal!!

7. Malam tadi masuk tidur hampir jam 2 pagi selepas selesai mengedit chapter 1.

8. Pusing kanan, pusing kiri mata ku tak boleh nak lelap..terbayang2 senyuman Luqman dan Luthfil. Tak sedar air mata aku mengalir..kerinduan!

9. Aku hantar SMS kat hubby bgtau rindu kat Luqman and Luthfil.

10. Hubby masa tu kat bilik study..menyiapkan slide presentationnya sebab hari ni ada presentation kat bangunan Parlimen!Jam 5 pagi baru masuk tidur.

Monday, December 15, 2008

Tiada tajuk

1. Boring pulak rasa kat rumah takde si comel berdua tu.

2. Hanya kami berdua-duan di rumah. Terasa macam sehari ada 30 jam!

3. Oleh kerana tahap keboringan yang melampau..kami kerap merayau-rayau berdating berdua-duan..ke JJ untuk shopping(walaupun kering kontang lepas balik kampung!), tengok wayang (The Day the Earth Stood Still lakonan Keenu Reeves, 3 1/2 bintang..boleh laa..)dan makan-makan kat luar...dah seminggu aku tak masak beb!

4.Hari Ahad di rumah, kami tak ke mana-mana. Dan aku diserang syndrom rajin memasak..Pagi, tengahari,malam..hubby yang jd mangsa kena makan apa yang aku masak..boring lepak2 yang amat!phewww~

5. Tahap keboringan + tahap ketensionan = takde mood nak buat apa. Sebab Sabtu tu, dapat tau kena ajar subjek untuk short semester. 2hrs x 4 kali = 8hrs/week..Perghh..apa ke heyy....bengang nyer..bila nak siap project paper nih.

6. Lalu aku berkonfrontasi ngan Mr. L..

7. Lalu merebak kepada Ms. N and Mdm. L...lalu sampai ke Mr. T.

8. Aku?? Aku beri 3 pilihan, suka ati korang nak yang mana satu:
..... i) Beri kelonggaran untuk aku masuk kelas 2 kali seminggu...atau;
ii) Aku amik unpaid leave 2 minggu atau lebih sehingga aku submit
project paper...atau'
iii) Aku RESIGN 24 hrs!!

9. Huhu...so, aku let them discuss first...pastu bagitau aku apa keputusan..yeahhh

10. Keputusannya..choice no. 1. Tapi sampai la ni jadual slot mana perlu aku masuk aku tak tau. Biaq pi laa..

11. Yang pastinya, aku nak siapkan project paper by the end of this month. Tadi dah submit kepada supervisor untuk diperiksa sebelum difinalized kan.

12. Aduhaiii..rindunya kat Luqman dan Luthfil..

Friday, December 12, 2008

Sexual Harrasment

In law, verbal or physical behavior of a sexual nature, aimed at a particular person or group of people, especially in the workplace or in academic or other institutional settings, that is actionable, as in tort or under equal-opportunity statutes.

Once stereotyped as involving pressures brought by one in authority (e.g., an employer, teacher, or ranking officer) on someone in an inferior position, with the aim of obtaining sexual favors, harassment is now recognized as also involving behavior that creates an environment unfriendly to its targets. Thus, sexually explicit or suggestive behavior by male fellow employees may be designed to make a work situation difficult for a newly hired female; the harassers' motive may be mere hostility to female entry into a male "preserve."
(Def by: Encyclopedia)

Huh! terganggu betul aku dengan kejadian pagi ini.

Sejak 2,3 hari lepas laptop aku bermasalah dalam men'download' file-file dari internet kerana program Internet Download Manager' (IDM) sudah expired.

Kebiasaannya, jika aku mengalami masalah untuk format atau install sesuatu software, aku akan bawa laptop ku ke lab computer dan mintak mana2 teknisyen tolong buatkan.

Oleh kerana kesuntukan masa, malam tadi semasa aku dan hubby on the way mencari kedai makan, aku hantarkan sms kepada seorang techisyen yang biasa aku deal.

Sms aku berbunyi.."Salam. Internet download manager komputer sy dah expired, dah xblh nak donload file, nak wat camne utk blh donload file?

Dia reply.."pergi ke '.......' donload"

Pagi ni, setelah selesai me'remove' IDM, aku menaip alamat web yang diberikan.

I'm shocked and unbeliveable! LAMAN WEB PORNO!! KURANG HAJAU BETULL!! MELAMPAU TAHAP GABAN!!

Sepanjang yang aku kenal, abang teknisyen tu baik sangat. Orangnya sopan, cakap sopan, baik budi bahasa (sisi tepi aku tak tahu la), dan perhubungan aku dengannya atas dasar profesional, rakan sekerja.

Tapi kenapa dia sanggup buat aku macam nih..nak bergurau pun, aku bukan orangnya. Dan apa yang dia guraukan tu tak kelakar langsung, tak sesuai langsung. Rasa terhina sungguh.Rasa nak buat report polis jer..huhuhu..

Oleh kerana terasa distraction yang melampau..aku call hubby bagitau benda ni. Dia marah dan mintak aku selidiki dulu.

Aku kemudiannya, reconfirm laman web tu..sah..betul laman web yang dia berikan. Then, aku call lab..org lab bgtau technisyen tu EL, dan aku confirmkan no telepon..confirm!

Aku kemudian call nombor telepon teknisyen tu..dengar macam orang baru bangun tidur..aku tanya nak bercakap dengan 'H'..ada tak? dia cakap aku salah nombor.

Untuk meng'confirmkan' skali lagi nombor telepon yang menghantar sms pada aku tu, aku call hp boss opis dia. Then dia bgtau no telpon teknisyen tu 017 312XXXX, sedangkan sebelum tu aku savekan no hp technisyen tu sebagai 012 312XXXX..no belakang sebiji sama, cuma yang membezakan adalah no depan sahaja. Hati aku sedikit lega, dengan harapan bahawa jangkaan aku meleset.

Tetapi perasaan aku benar2 terganggu betul dengan insiden ini. Baru aku tahu bagaimana rasanya mangsa2 sexual harrasment..malu..terhina..bengang..

Kalau betul la technisyen tu, aku rasa..takkan aku jejakkan kaki ke lab tempat dia keja tu lagi..aku juga akan buat report polis!huhu..

Thursday, December 11, 2008

Damba Cinta Mu..by Raihan

Lagu yang membuatkan aku sering menitiskan air mata setiap kali mendengar dan menghayatinya..Ya Allah..ampunkan aku..

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Rindu



Berjauhan dari orang tersayang sangat memeritkan.

Sehari dirasakan sebulan. Rumah sunyi dan sepi tanpa hilai tawa mereka berdua.

Selalunya, bila mereka pulang dari taska, si adik akan menjerit memberi salam walaupun takde orang lain dalam rumah..'Assakommmm (Assalamualaikum)...adik dah balik, abang long dah baliikkk..."

Terus dia meluru membuka tv, melihat kartun siri kegemarannya..Thomas and friends.


Rindunya pada Luqman and Luthfil..

Wednesday, December 10, 2008

Penduduk saman PBT, pemaju

Saman la..jangan tak saman...saman semua orang.

Pihak kerajaan akan cepat bertindak dan buat apa sahaja selagi terdaya sekiranya sesuatu kejadian itu melibatkan kawasan 'somebody' yang berpangkat atau bertitle. Cuba tengok kes2 yang melibatkan orang2 kebanyakan..hmmm..lu fikirlah sendiri la..macam la nyawa orang kebanyakan ni takde nilai.

Hawat dok nak saman PBT ngan pemaju jer..saman la jugak kerajaan yang bagi kelulusan. Kalau kerajaan tak luluskan, mesti projek tak jadi..kerajaan cakap, kalau pemaju tak melobi, tentu kerajaan tak bagi..pemaju cakap, kalau takde buyer, kami pun tak nak buat, buyer cakap, kalau kami tak beli, orang lain akan beli..so, baik kami yang beli! Lagipun sebab supply ada.

Laaaa...macam chicken and egg.

Aku rasa orang yang tinggal kat area situ semuanya bijak pandai yang tahu berfikir. Tapi mungkin masa dia beli/buat rumah tu, terpesona dengan pandangan cantik, nak jaga imej dan prestige dok area situ tu lebih penting dari segala-galanya...mungkin la..andaian aku semata2.

..saper suruh beli/buat rumah kat atas bukit?Dalam Al Quran pun ada cakap..bukit dan gunung ganang itu adalah paksi bumi..dan tangan2 manusia juga yang merosakkan dan menderhaka kepada bumi..bukannya monyet, kanggaro, lipan, atau sesumpah di hutan!


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Hulu Klang akan memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan di kawasan itu bagi menuntut ganti rugi ekoran kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 14 banglo dan meragut empat nyawa Sabtu lalu.

Ketua jawatankuasa itu, Datuk N. Muneandy berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat guaman mengenai perkara berkenaan.

“Kami yakin dengan tindakan ini kerana ada banyak bukti kukuh mengenai tanda-tanda sebelum kejadian seperti gambar yang sempat kita rakam dan laporan mengenainya kepada PBT,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan menyaman pihak-pihak berkaitan juga diambil kerana kejadian tersebut bukan kesalahan penduduk.

“Kami sudah nampak tanda-tanda awal yang perkara seperti ini akan berlaku. Kami sedar lalu membuat aduan mengenainya tetapi kami kesal dengan tindakan amat minimum yang dilaksanakan pihak berwajib,” katanya.

Muneandy berkata, penduduk di kawasan itu juga mahu kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang turut dianggotai penduduk bagi menyiasat punca kejadian tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam kejadian itu juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangan barang-barang berharga semasa mereka diarahkan berpindah setelah pasukan keselamatan mendapati kediaman di sekitar kawasan bencana itu tidak selamat diduduki.

“Semalam tujuh laporan polis telah dibuat. Ada juga kehilangan wang tunai,” katanya.

Sementara itu, Khalid semasa pertemuan dengan kumpulan penduduk di kawasan kejadian menjelaskan, pihaknya cuba sedaya-upaya membantu penduduk Bukit Antarabangsa dalam apa juga aspek.

“Kami sekarang dalam fasa mencari dan menyelamat serta fasa memulihkan keadaan. Fasa pemindahan sudah pun selesai. Tapi saya minta semua penduduk yang terbabit dalam kejadian ini faham tugas kami.

“Pasukan keselamatan akan membantu sedaya yang mungkin. Kami mempertimbangkan semua permintaan namun tidak boleh memenuhi semuanya. Jika ada apa-apa yang kurang, itu saya minta maaf,” katanya.

'Kesian dan pandan muka..'

Kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meranapkan 14 buah rumah dan meragut 5 nyawa setakat ini sedikit sebanyak menarik minat aku untuk membuat sedikit ulasan dan pendapat kerana ia sangat-sangat bertepatan dengan tajuk tesis yang sedang aku siapkan. Tak lain dan tak bukan tentang isu Pengurusan Krisis. Nampaknya, dengan krisis yang terbaru ini, boleh la aku menambah literatur riview yang paling panas dan terbaru ini.

Mungkin ramai yang beranggapan, aku kejam kerana mengatakan 'padan muka' kepada mereka yang terlibat. Apa lagi perkataan yang sesuai bagi mereka yang tidak belajar dari pengalaman lampau selain dari perkataan 'padan muka'. Insiden Highlands Tower dan beberapa insiden seumpanya yang berlaku beberapa tahun yang lalu langsung tidak diambil iktibar dan pengajaran oleh mereka. Kini, pihak-pihak yang terlibat saling menyalahkan antara satu sama lain. Ibarat lagu 'Bangau oh Bangau'..semuanya saling berkaitan dan menyalahkan. pembeli akan menyalahkan pemaju, pemaju akan menyalahkan PBT, PBT akan menyalahkan kerajaan, kerajaan akan menyalahkan pemaju kerana melobi..dan macam tu la akan berpusing dan berulang..bila dah berlaku, masing-masing akan menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Aku teringat kata-kata hubby, "musibah yang berlaku akibat tidak mendengar kata 'guru'...derhaka dengan guru. "Guru" di sini bermaksud mereka yang pakar dalam sesuatu isu contohnya dalam kes ini adalah pakar alam sekitar. Bukan sekali dua pakar2 ini memberi amaran tentang bahayanya pembangunan di cerun bukit. Tapi 'pihak-pihak' tertentu tidak mengendahkan larangan tersebut. Everything is money...but now bila nyawa dah melayang..money is nothing!

Pemaju cakap, sebab ada demand dari buyer, maklumlah..tinggal di 'Height' satu kemegahan dan prestige. 'Orang-orang biasa' mana mampu untuk memiliki rumah-rumah banglo dan kondominium di Bukit Antarabangsa tu. So, bagi aku pilihan untuk tinggal di situ adalah disebabkan oleh kerelaan sendiri bukan sebab alasan 'terpaksa'. Lain la 'maid' yang terpaksa mengikut majikan atau 'anak-anak' yang terpaksa mengikut kebodohan ibu bapa yang kononnya menyediakan kediaman yang paling selamat dan terbaik untuk anak2. Itu dalam kategori kesian.

Buyer pulak cakap, sebab ada supply dr developer..lagipun tinggal di tempat tinggi yang jauh dari orang lain, lain daripada orang lain ni kan melambangkan imej dan prestige. Orang-orang kebanyakan mana mampu untuk memiliki rumah yang berharga berjuta ringgit.Penduduk mendakwa, landslip berlaku disebabkan oleh pembinaan perumahaan di atas bukit..ewah, abis tu..ingat awak sorang je yang nak ada rumah atas bukit?

Kerajaan pula menyalahkan developer yang melobi...cukup2 lah melobi kerajaan. Bagi aku, kalau kerajaan bertegas tidak meluluskan, developer tak boleh buat jugak. Ini nampaknya kerajaan pulak tunduk dengan mereka. So, siapa yang lebih berkuasa?

Menurut Littlejohn (1983), Pengurusan Krisis secara khususnya merujuk penggunaan prinsip pengurusan yang dirangka bagi mengenalpasti, mengatasi dan mengurus situasi krisis. Fearn-Banks (2007) menyenaraikan lima tahap pengurusan krisis iaitu; (1) Pengesanan; (2) Pencegahan/Persediaan; (3) Penyekatan; (4) Pemulihan dan; (5) Pembelajaran.

Insiden bangunan runtuh dan tanah runtuh yang banyak berlaku di sekitar Klang Valley sejak 10 tahun yang lalu gagal diambil iktibar dan pengajaran semua pihak. Peringkat pembelajaran tidak membawa apa-apa pengertian walaupun perkara yang sama berulang. Hot-hot chicken shit!! 3,4 tahun lagi apabila rakyat mula melupakan insiden Bukit Mewah, akan ada lagi pembangunan di lereng2 bukit dan aktiviti2 seumpanya. Insiden baru berlaku..semua orang akan bercakap...3,4 tahun dilupakan...macam tu la akan berulang selagi dunia belum 'kiamat' dalam erti kata sebenarnya.
Planning berubah disaat-saat akhir apabila kami mengambil keputusan untuk balik beraya di Besut, suppose to kami balik ke kampung hubby. Tapi memikirkan terpaksa menghantar si kecik berdua tu, terpaksa tukar planning.

Sabtu, 6hb jam 9 pagi selepas berkemas kami mula bertolak balik. Kereta agak banyak sebelum memasuki tol gombak lagi. Ketika kami sedang merayap perlahan-lahan di area cheras, kakNa memberitahu yang dia telah sampai di Gambang. Wah! cepatnya. No wonder la sebab dia dah bertolak dari jam 5 pagi lagi. Kami macam biasa, sempoi je, tak suka rushing kalau nak berjalan jauh ni..relaks and steady jer..hehehe.

Masuk je highway LPT, hubby dah mula ngantuk..actually, aku pun tengah ngantuk jugak, tapi selalunya tak boleh tido sebab selalu kena check dia kot2 dia pun terlelap. Oleh kerana mengantuk sangat, aku mintak dia tidur dan aku pulak yang drive sampai lah keluar tol LPT.
Bila dah masuk jalan negeri, kereta dah agak banyak dan jalan berlopak-lopak sebab rosak akibat banjir. Hubby take over driving pulak.

Hujan mula turun dengan selebat-lebatnya sepanjang jalan, kereta jugak banyak..jalan sket, brek..bila nak sampai nih kalau bwk tak sampai 20/kmj je kn brek.Kami masih di Paka ketika jam 5 petang! Nasib baik anak-anak tak banyak karenah, tidur sepanjang jalan.

Aku dalam keadaan mamai terlelap seketika. Tiba-tiba..bammmmmm! Huhu..hubby sondol keta orang! Aku yang tengah ngantuk tuh terus terjaga dan tanya kenapa? Dalam tengah2 drive tu dia blh terlelap sebab bwk keta slow sangat. Dalam hujan lebat tu dia keluar tengok kalau2 ada kerosakan kat kereta orang tu. Alhamdulillah, takde teruk sangat, cuma aku nampak bumper blakang tu macam jatuh sket. Huhu..apalagi..hubby cakap kat orang tu setel kat balai la.

Dari tempat kejadian mencari balai polis berhampiran memakan masa hampir 2 jam. Kalau jalan tak jamm mungkin memakan masa 15 minit sahaja. selepas membuat laporan kemalangan, kamu meneruskan perjalanan. Jam 9 malam, kami masih belum keluar dari daerah Paka..pukul brapa nak sampai kat Kuala Terengganu ni?

Perut dah mula berkeroncong. Luqman dah mula mintak nasi. Kesian anak ibu. Kami mencari kedai makan. Akhirnya berjumpa sebuah kedai makan di seberang jalan. Kalau tak silap nama kedai tu Restoran Nasi Kukus, Paka. Tengok ramai jugak pelanggan, so kami fikir mesti ada special menu yang membuatkan orang ramai kat situ. Rupanya restoren tu menyediakan nasi kukus yang dibungkus dalam kertas dan daun pisang walaupun pelanggan makan disitu. Wah..blh jimat pinggan, tak perlu upah orang untuk basuh pinggan. Just lipat dan buang kertas2 yang dimakan dalam tong sampai bila selesai makan. Jimat masa dan tenaga. Lauk pulak, boleh pilih samada ayam kari atau ayam goreng berempah yang dipotong 4. Pastu takde sayur, ada 2 keping timun yang dihiris senipis yang mungkin berserta sambal belacan sejemput. Rasanya..hmmm..pada aku biasa jer..nasi kukus tu sama je macam nasi yang dimasak cara biasa..cuma dia berbiji2 jer. Masakannya sama macam yang aku makan kat Kedai Kakek (kedai kat Mantin)..takde something different..cuma presentationnya yang lain dari yang lain. Harganya? Huhu..boleh tahan..Luqman 2 kali tambah. Aku rasa bukan sebab nasi+lauk kat situ sedap, tapi sebab dia lapar!Luthfil pulak, bila dah last minute baru nak makan. sebelum tu sibuk mendera ayahnya..sekejap nak aiskrim, sekejap nak gula-gula.

Selesai makan, dalam pukul 10pm lebih, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Aku budget sampai kat KT around 12am..tapi rupanya sampai around 1.30am! Mana nak cari hotel/penginapan pukul 1 pagi ni..dah le tak booking dulu, main gamble je redah..cuti sekolah pulak tu. Tapi just assume tak ramai orang sebab sekarang ni musim tengkujuh, sape pulak yang nak datang melancong kat belah pantai timur waktu hujan macam ni.

Hampir jam 2 pagi, kami berjaya check-in di Grand Continental Hotel. Dulu dah penah menginap di sini bagi menghadiri interview di KT tahun 2002. Just a few days after we're getting married. huhuhu..masih lagi sama macam dulu..termasuklah menu nasi minyak, lauk kurma ayam, rasa bihun kosong goreng yang masih sama, roti goreng, sosej, muffin, etc..pendek citer..memang semua sama la..agaknya tender orang sama lagi kot. Sekali sekala balik hometown nak le jugak merasa masakan tempatan macam nasi dagang ke, nasi kerabu ke, nasi belauk ke, laksam ke, kuih muih tradisional negeri terengganu ke, baru la melambangkan identiti negeri terengganu..betul tak? Kalau lauk atau juadah biasa2 je, kat KL pun belambak..hehehe..komplen tuh!

Jam 12.30noon, kami check out. Appointment hubby dengan rakannya, pensyarah UMT dan orang Jab Perhutanan Negeri pun jam 12.30noon jugak. Mana nak lepak ni..aku bukan reti jalan kat bandar KT. So, kami tunggu je la kat parking dalam keta. Aku ramai kawan yang tinggal kat Kuala Terengganu, zaman sekolah2 dulu dan zaman universiti..godek punya godek no telepon, terjumpa nama Suzila..bergayut hampir sejam jugak. Dia keja hari tu dan aku janji akan singgah masa on the way balik ke KL nanti.

Hampir kol 2.30pm, hubby siap discussion dan kami mula meneruskan perjalanan ke Besut. Nak keluar dari bandar pun memakan masa hampir sejam sebab kami tak tahu jalan keluar..kiranya tersesat di bandar kampung halaman sendiri..hahaha..maklumlah, jarang-jarang balik kampung dan masuk bandar KT.

Jalan susur keluar jugak jamm..mungkin ramai warga kota balik menyambut hari raya di kampung merangkap bercuti sempena musim cuti sekolah. Kami biasanya memilih jalan pantai untuk sampai ke besut. Kebetulan pulak, Kak Yah telefon mintak belikan ikan untuk dibuat kuah laksa pada hari raya. So, 2,3 kedai jugak singgah mencari ikan. Last2 dah sampai Penarik baru ada.

Sepanjang perjalanan, kami tengok banyak rumah yang ditenggelami air hampir paras lutut. Air sungah melimpah, kawasan sawah padi tenggelam, kereta2 banyak diletakkan di tepi2 jalan tempat tinggi bagi mengelakkan dr tenggelam. Syukurlah sepanjang perjalanan tiada air melimpah di atas jalan. Akhirnya, kami sampai di rumah jam 7pm!

Friday, December 05, 2008

Jejak kasih lagi

Hari ini aku berjaya menghubungi kawan baik, Fudzah, dormate masa sama-sama bersekolah di SMTM, Alur Lintang tahun 1990-1992 dulu.

Kalau dulu, setiap kali balik beraya kami akan lalu di depan rumah keluarganya. Kadang-kadang kalau nampak ada kereta dia, aku akan singgah bertanya khabar. Raya yang lepas, aku tak singgah. Mungkin dia beraya di rumah mentuanya.Insyaallah, balik Raya Haji ni aku akan jumpa dia bercerita panjang lagi.

Hari ni jugak aku berjaya menjejaki Fauziah.Dia tinggal di Johor sekarang. Terkejut dia bila aku contact dia. 13 tahun tak jumpa, macam2 cerita la keluar. Dah ada anak dua pun, malah kawen lebih awal dari aku..huuhu..dia masih tidak berubah. Happy go lucky je, itu yang aku suka tentang sikap dia.

Insyaallah, kalau ada rezeki, umur panjang kami akan jumpa suatu hari nanti.

Heal The World

There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify it's Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me
You And For Me

Berita kepada kawan

Perjalanan ini
Trasa sangat menyedihkan
Sayang engkau tak duduk
Disampingku kawan

Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering bebatuan

Tubuhku terguncang
Dihempas batu jalanan
Hati tergetar menatap
kering rerumputan

Perjalanan ini pun
Seperti jadi saksi
Gembala kecil
Menangis sedih ...

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika di kutanya mengapa
Bapak ibunya tlah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut
Kukabarkan semuanya
Kepada karang kepada ombak
Kepada matahari

Tetapi semua diam
Tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri
Terpaku menatap langit

Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang
Pagi ni aku menerima time schedule dari PP school untuk subjek semester depan. Tiga subjek, semuanya subjek UTM. 2 subjek tu ok lah, memang field aku, tapi satu subjek lagi tuh, memang kelakar la pulak mintak aku ajarkan..huhu..pak lawak betul la Mr L tu.

Anyway, aku cuba untuk belajar dan dalam masa yang sama mengajar!
Malam tadi aku agak berangin sikit dengan karenah Luthfil Hadi. Tak tau kenapa sejak kebelakangan ini perangai dia agak menjadi-jadi nakalnya dan karenahnya amat mencabar kesabaran aku. Biasanya untuk mengelakkan aku untuk menyakiti tubuh badannya, aku akan kurung dia dalam bilik untuk beberapa minit.

Mungkinkah dia sudah dapat merasakan dia bakal ditinggalkan di kampung dengan tokma dan to'wannya?

Ya Allah..bantulah HambabMu yang lemah ini.

Thursday, December 04, 2008

MAYBE

There i was waiting for a chance
hoping that u'll understand
the things i wanna say

As my love
is stronger than before
i wanna see u more and more
but you close the door

Why don't u try
to open up your heart
i won't take so much of your time.....

Maybe it's wrong to say please love me too
coz i know u never do
somebody else is waitin' there inside for you....
maybe its wrong to love you more each day
coz i know she's here to stay....
but i know to whom you should belong....

I believe what u said to me
we should set each other free
that's how u want it to be....

but my love is strong
i don't know if this is wrong
but i know to whom you should belong....

Save The Best For Last

Sometimes the snow comes down in June
Sometimes the sun goes 'round the moon
I see the passion in your eyes
Sometimes it's all a big surprise
'Cause there was a time when all I did was wish
You'd tell me this was love
It's not the way I hoped or how I planned
But somehow it's enough
And now we're standing face to face
Isn't this world a crazy place
Just when I thought our chance had passed
You go and save the best for last
All of the nights you came to me
When some silly girl had set you free
You wondered how you'd make it through
I wondered what was wrong with you
'Cause how could you give your love to someone else
And share your dreams with me
Sometimes the very thing you're looking for
Is the one thing you can't see
And now we're standing face to face
Isn't this world a crazy place
Just when I thought our chance had passed
You go and save the best for last
Sometimes the very thing you're looking for
Is the one thing you can't see
Sometimes the snow comes down in June
Sometimes the sun goes 'round the moon
Just when I thought our chance had passed
You go and save the best for last
You went and saved the best for last

Progress

Alhamdulillah..thanks to Allah coz i'm going to finish my project report soon. So far, i'm finished collected questionnaire and already key in used SPSS. And yesterday, i'm completed the findings and discussion chapter...and now i'm just to start thinking about the conclusion part. Hopefully everything going well.I'm also already email and asked hubby to hand over the hard copy when he passing by to faculty today.

Going back home around 8pm..so tired and exhausted..but still need to cooking...huhuhu..today i'm try my best to finish my work early.

Last night i cannot sleep well. Terbawak2 citer "Loveholic" tu. Kesian sungguh kat Kang wook..huhu..poor him!

Wednesday, December 03, 2008

Dari 'sesumpah' menjadi 'iguana'


Ingat lagi tak posting vocabulary tentang suku kata 'sumpah'?

Nampaknya 'sesumpah' dah naik taraf jadi 'iguana'..atau bahasa huduhnyer biawak!

Memang sama huduh dengan perangai..memang takleh pakai langsung..huhuhu..wait and see no..already well known and welsher ocay!!

Ada lori, ada bas..ada ubi yang takde batas...ingat tuu.
Lu pikir la sendiri yer.

...remember someone who are not remember us anymore are hurt..but, remember someone who are really remember about us are too hurt!..

Tuesday, December 02, 2008

"Loveholic"



Ni yang malas nak melayan citer Korea ni. I'm addicted now watching this Korean melancolic drama!! I will spent at least one hour every Monday to Thursday night. Hahaha..just to release tension ok. After that, i still continue my work.

But, every time i watched this movie, i will cry..tears..and my kids sometimes asked me..why ibu cry? Huhuhu..sad and very touching my heart.Even the actor and actress not so hansem, but boleh lah..as long as they can feel their acting very well..so touching and make me drift off for a while..

My faveret dialog by Kang Wook...My heart is still pounds every time i see you...and its very hurt me. I let you go because i want to make you happy..you are not leaving me, but i let you go..huhuhu


A little Synopsis about "Loveholic" Korean Drama.

It’s a love story between the disobedient student Kang-wook and his teacher Yool-ju set in a high school in Chuncheon.

Before meeting Kang-wook, Yool-ju has been dating Tae-hyeon, a public prosecutor. But over time Yool-ju and Kang-wook fall deeply in love with each other despite social prejudices, the age gap and the teacher-student relation. One day, Yool-ju accidentally kills Kang-wook’s classmate who intentionally harasses Kang-wook. But due to narcolepsy, Yool-ju doesn’t remember what has happened, as she falls asleep during the incident. To protect her, Kang-wook goes to jail in place of Yool-ju.

Five years later, when Kang-wook is released from prison, he meets with Yool-ju again, but Yool-ju is engaged to Tae-hyeon. Learning what sacrifice he has made for her, Yool-ju wants to return to Kang-wook, but this time Kang-wook is not alone — Ja-kyung, his former classmate and currently a radio program host, is beside him. The circumstances hamper Yool-ju from loving Kang-wook, but she is desperate to help him recover the lost five years and become a top-notch cook.

Happy watching!

Cast

Kang Ta as Suh Kang Wook
Kim Min Sun as Lee Yool Joo
Lee Sun Kyoon as Kim Tae Hyun
Yoo In Young as Yoon Ja Kyung

Pengorbanan



Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Disember dan tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya. Tahun 2008 banyak menyimpan kenangan manis dan pahit buat aku. Semua itu aku anggap sebagai liku-liku sebuah kehidupan yang telah mematangkan aku untuk menjadi manusia yang lebih tabah dalam mengharungi onak dan duri.

Sekarang aku sedang menghitung hari dalam menyiapkan projek paper. Kawan-kawan lain dah boleh bersenang lenang dan bercuti sakan sebab dah tamat pengajian..aku jugak yang masih lagi terkial2..Takpe lah, dah takdir dari Allah untuk aku. Bukannya aku yang mintak sakit ari tu..so, bagi aku setiap orang ada bahagian masing2 yang telah ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Hari Sabtu nanti kami akan berangkat pulang ke kampung..menghantar Luqman dan Luthfil. Aku tak tahu macammana nanti..berat hati nak melepaskan mereka berdua jauh dari pandangan mata. Semoga Allah beri kami kekuatan mengharunginya dan supaya dipermudahkan segala urusan.

Raya ini kami berkorban hati dan perasaan dengan berjauhan dari anak-anak tersayang. Dan ibu ucapkan terima kasih kerana pengorbanan anak-anak ibu dalam membantu kejayaan ibu menamatkan pengajian ini. Bagi ibu, inilah pengorbanan ibu yang tidak ternilai untuk kita semua. Semoga sesuatu yang lebih baik menanti.

Ibu sayang anak-anak ibu..

Terima kasih Muhammad Emir Luqman dan Muhammad Luthfil Hadi.

Monday, December 01, 2008

Hari Raya Quban tahun ini kami akan balik ke Besut. Sepatutnya beraya di Klang, rumah hubby, tapi oleh kerana nak menghantar si kecil 2 orang tu ke kampung, terpaksa tukar plan tahun ni. Jenuh jugak memujuk hubby.

Tak dapat nak dibayangkan apabila berjauhan dengan anak-anakku. Minggu lepas testing berjauhan dengan Luqman seminggu apabila Luqman mengikut Haqim (anak buah) balik. Rasa jugak sunyi rumah. Kali ni dengan adiknya sekali akan kami hantar. Luthfil belum pernah berjauhan dari kami. Aku terpaksa mengambil keputusan menghantar mereka berdua ke kampung selama sebulan kerana perlu menyiapkan penulisan. Hubby jugak dah mula sibuk kerana dah jadi fulltime student..selalu balik lewat.

Semoga aku dapat bertahan untuk sebulan.


...Semakin aku ingin melupakannya..semakin kuat ingatan ku padanya.
Dia dan keluarganya bertandang ke rumahku di kampung. Seluruh ahli keluargaku meraikan kedatanganya..Dia melayan baik semua keluargaku yang lain, tetapi tidak pada aku...sedihnya bila dia tidak ingin bersua dan berbual denganku. Sengaja dia berpura-pura tidak memandangku..menanggalkan kaca matanya. Tapi aku dapat rasakan dia juga mahu menatapku cuma marahnya masih bersisa. Anehkan..walau berkali maaf kupinta dan dia juga memaafkan aku, aku masih merasakan dia masih menyimpan dendam padaku..aku masih dihantui kekesalan yang berpanjangan.

Aku memberanikan diri mengadapnya, dia berpura-pura tidak mengendahkanku..tapi hujung matanya mencuri-curi memandangku bila aku memandang ke arah lain.


Tapi sayang..dia cuma hadir dalam tidurku malam tadi..sebagai tanda kenangan dan ingatan yang masih ada. Apa khabarmu di sana? Jika kau membaca coretan ku ini, titipkan khabar buatku sebagai pembakar semangat untukku meneruskan sisa perjuangan ini.