Wednesday, December 10, 2008

Penduduk saman PBT, pemaju

Saman la..jangan tak saman...saman semua orang.

Pihak kerajaan akan cepat bertindak dan buat apa sahaja selagi terdaya sekiranya sesuatu kejadian itu melibatkan kawasan 'somebody' yang berpangkat atau bertitle. Cuba tengok kes2 yang melibatkan orang2 kebanyakan..hmmm..lu fikirlah sendiri la..macam la nyawa orang kebanyakan ni takde nilai.

Hawat dok nak saman PBT ngan pemaju jer..saman la jugak kerajaan yang bagi kelulusan. Kalau kerajaan tak luluskan, mesti projek tak jadi..kerajaan cakap, kalau pemaju tak melobi, tentu kerajaan tak bagi..pemaju cakap, kalau takde buyer, kami pun tak nak buat, buyer cakap, kalau kami tak beli, orang lain akan beli..so, baik kami yang beli! Lagipun sebab supply ada.

Laaaa...macam chicken and egg.

Aku rasa orang yang tinggal kat area situ semuanya bijak pandai yang tahu berfikir. Tapi mungkin masa dia beli/buat rumah tu, terpesona dengan pandangan cantik, nak jaga imej dan prestige dok area situ tu lebih penting dari segala-galanya...mungkin la..andaian aku semata2.

..saper suruh beli/buat rumah kat atas bukit?Dalam Al Quran pun ada cakap..bukit dan gunung ganang itu adalah paksi bumi..dan tangan2 manusia juga yang merosakkan dan menderhaka kepada bumi..bukannya monyet, kanggaro, lipan, atau sesumpah di hutan!


Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa, Hulu Klang akan memfailkan saman terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemaju perumahan di kawasan itu bagi menuntut ganti rugi ekoran kejadian tanah runtuh yang memusnahkan 14 banglo dan meragut empat nyawa Sabtu lalu.

Ketua jawatankuasa itu, Datuk N. Muneandy berkata, pihaknya sedang mendapatkan nasihat guaman mengenai perkara berkenaan.

“Kami yakin dengan tindakan ini kerana ada banyak bukti kukuh mengenai tanda-tanda sebelum kejadian seperti gambar yang sempat kita rakam dan laporan mengenainya kepada PBT,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan menyaman pihak-pihak berkaitan juga diambil kerana kejadian tersebut bukan kesalahan penduduk.

“Kami sudah nampak tanda-tanda awal yang perkara seperti ini akan berlaku. Kami sedar lalu membuat aduan mengenainya tetapi kami kesal dengan tindakan amat minimum yang dilaksanakan pihak berwajib,” katanya.

Muneandy berkata, penduduk di kawasan itu juga mahu kerajaan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang turut dianggotai penduduk bagi menyiasat punca kejadian tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam kejadian itu juga telah membuat laporan polis mengenai kehilangan barang-barang berharga semasa mereka diarahkan berpindah setelah pasukan keselamatan mendapati kediaman di sekitar kawasan bencana itu tidak selamat diduduki.

“Semalam tujuh laporan polis telah dibuat. Ada juga kehilangan wang tunai,” katanya.

Sementara itu, Khalid semasa pertemuan dengan kumpulan penduduk di kawasan kejadian menjelaskan, pihaknya cuba sedaya-upaya membantu penduduk Bukit Antarabangsa dalam apa juga aspek.

“Kami sekarang dalam fasa mencari dan menyelamat serta fasa memulihkan keadaan. Fasa pemindahan sudah pun selesai. Tapi saya minta semua penduduk yang terbabit dalam kejadian ini faham tugas kami.

“Pasukan keselamatan akan membantu sedaya yang mungkin. Kami mempertimbangkan semua permintaan namun tidak boleh memenuhi semuanya. Jika ada apa-apa yang kurang, itu saya minta maaf,” katanya.

No comments: