Planning berubah disaat-saat akhir apabila kami mengambil keputusan untuk balik beraya di Besut, suppose to kami balik ke kampung hubby. Tapi memikirkan terpaksa menghantar si kecik berdua tu, terpaksa tukar planning.
Sabtu, 6hb jam 9 pagi selepas berkemas kami mula bertolak balik. Kereta agak banyak sebelum memasuki tol gombak lagi. Ketika kami sedang merayap perlahan-lahan di area cheras, kakNa memberitahu yang dia telah sampai di Gambang. Wah! cepatnya. No wonder la sebab dia dah bertolak dari jam 5 pagi lagi. Kami macam biasa, sempoi je, tak suka rushing kalau nak berjalan jauh ni..relaks and steady jer..hehehe.
Masuk je highway LPT, hubby dah mula ngantuk..actually, aku pun tengah ngantuk jugak, tapi selalunya tak boleh tido sebab selalu kena check dia kot2 dia pun terlelap. Oleh kerana mengantuk sangat, aku mintak dia tidur dan aku pulak yang drive sampai lah keluar tol LPT.
Bila dah masuk jalan negeri, kereta dah agak banyak dan jalan berlopak-lopak sebab rosak akibat banjir. Hubby take over driving pulak.
Hujan mula turun dengan selebat-lebatnya sepanjang jalan, kereta jugak banyak..jalan sket, brek..bila nak sampai nih kalau bwk tak sampai 20/kmj je kn brek.Kami masih di Paka ketika jam 5 petang! Nasib baik anak-anak tak banyak karenah, tidur sepanjang jalan.
Aku dalam keadaan mamai terlelap seketika. Tiba-tiba..bammmmmm! Huhu..hubby sondol keta orang! Aku yang tengah ngantuk tuh terus terjaga dan tanya kenapa? Dalam tengah2 drive tu dia blh terlelap sebab bwk keta slow sangat. Dalam hujan lebat tu dia keluar tengok kalau2 ada kerosakan kat kereta orang tu. Alhamdulillah, takde teruk sangat, cuma aku nampak bumper blakang tu macam jatuh sket. Huhu..apalagi..hubby cakap kat orang tu setel kat balai la.
Dari tempat kejadian mencari balai polis berhampiran memakan masa hampir 2 jam. Kalau jalan tak jamm mungkin memakan masa 15 minit sahaja. selepas membuat laporan kemalangan, kamu meneruskan perjalanan. Jam 9 malam, kami masih belum keluar dari daerah Paka..pukul brapa nak sampai kat Kuala Terengganu ni?
Perut dah mula berkeroncong. Luqman dah mula mintak nasi. Kesian anak ibu. Kami mencari kedai makan. Akhirnya berjumpa sebuah kedai makan di seberang jalan. Kalau tak silap nama kedai tu Restoran Nasi Kukus, Paka. Tengok ramai jugak pelanggan, so kami fikir mesti ada special menu yang membuatkan orang ramai kat situ. Rupanya restoren tu menyediakan nasi kukus yang dibungkus dalam kertas dan daun pisang walaupun pelanggan makan disitu. Wah..blh jimat pinggan, tak perlu upah orang untuk basuh pinggan. Just lipat dan buang kertas2 yang dimakan dalam tong sampai bila selesai makan. Jimat masa dan tenaga. Lauk pulak, boleh pilih samada ayam kari atau ayam goreng berempah yang dipotong 4. Pastu takde sayur, ada 2 keping timun yang dihiris senipis yang mungkin berserta sambal belacan sejemput. Rasanya..hmmm..pada aku biasa jer..nasi kukus tu sama je macam nasi yang dimasak cara biasa..cuma dia berbiji2 jer. Masakannya sama macam yang aku makan kat Kedai Kakek (kedai kat Mantin)..takde something different..cuma presentationnya yang lain dari yang lain. Harganya? Huhu..boleh tahan..Luqman 2 kali tambah. Aku rasa bukan sebab nasi+lauk kat situ sedap, tapi sebab dia lapar!Luthfil pulak, bila dah last minute baru nak makan. sebelum tu sibuk mendera ayahnya..sekejap nak aiskrim, sekejap nak gula-gula.
Selesai makan, dalam pukul 10pm lebih, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Aku budget sampai kat KT around 12am..tapi rupanya sampai around 1.30am! Mana nak cari hotel/penginapan pukul 1 pagi ni..dah le tak booking dulu, main gamble je redah..cuti sekolah pulak tu. Tapi just assume tak ramai orang sebab sekarang ni musim tengkujuh, sape pulak yang nak datang melancong kat belah pantai timur waktu hujan macam ni.
Hampir jam 2 pagi, kami berjaya check-in di Grand Continental Hotel. Dulu dah penah menginap di sini bagi menghadiri interview di KT tahun 2002. Just a few days after we're getting married. huhuhu..masih lagi sama macam dulu..termasuklah menu nasi minyak, lauk kurma ayam, rasa bihun kosong goreng yang masih sama, roti goreng, sosej, muffin, etc..pendek citer..memang semua sama la..agaknya tender orang sama lagi kot. Sekali sekala balik hometown nak le jugak merasa masakan tempatan macam nasi dagang ke, nasi kerabu ke, nasi belauk ke, laksam ke, kuih muih tradisional negeri terengganu ke, baru la melambangkan identiti negeri terengganu..betul tak? Kalau lauk atau juadah biasa2 je, kat KL pun belambak..hehehe..komplen tuh!
Jam 12.30noon, kami check out. Appointment hubby dengan rakannya, pensyarah UMT dan orang Jab Perhutanan Negeri pun jam 12.30noon jugak. Mana nak lepak ni..aku bukan reti jalan kat bandar KT. So, kami tunggu je la kat parking dalam keta. Aku ramai kawan yang tinggal kat Kuala Terengganu, zaman sekolah2 dulu dan zaman universiti..godek punya godek no telepon, terjumpa nama Suzila..bergayut hampir sejam jugak. Dia keja hari tu dan aku janji akan singgah masa on the way balik ke KL nanti.
Hampir kol 2.30pm, hubby siap discussion dan kami mula meneruskan perjalanan ke Besut. Nak keluar dari bandar pun memakan masa hampir sejam sebab kami tak tahu jalan keluar..kiranya tersesat di bandar kampung halaman sendiri..hahaha..maklumlah, jarang-jarang balik kampung dan masuk bandar KT.
Jalan susur keluar jugak jamm..mungkin ramai warga kota balik menyambut hari raya di kampung merangkap bercuti sempena musim cuti sekolah. Kami biasanya memilih jalan pantai untuk sampai ke besut. Kebetulan pulak, Kak Yah telefon mintak belikan ikan untuk dibuat kuah laksa pada hari raya. So, 2,3 kedai jugak singgah mencari ikan. Last2 dah sampai Penarik baru ada.
Sepanjang perjalanan, kami tengok banyak rumah yang ditenggelami air hampir paras lutut. Air sungah melimpah, kawasan sawah padi tenggelam, kereta2 banyak diletakkan di tepi2 jalan tempat tinggi bagi mengelakkan dr tenggelam. Syukurlah sepanjang perjalanan tiada air melimpah di atas jalan. Akhirnya, kami sampai di rumah jam 7pm!
No comments:
Post a Comment