Hari Raya Quban tahun ini kami akan balik ke Besut. Sepatutnya beraya di Klang, rumah hubby, tapi oleh kerana nak menghantar si kecil 2 orang tu ke kampung, terpaksa tukar plan tahun ni. Jenuh jugak memujuk hubby.
Tak dapat nak dibayangkan apabila berjauhan dengan anak-anakku. Minggu lepas testing berjauhan dengan Luqman seminggu apabila Luqman mengikut Haqim (anak buah) balik. Rasa jugak sunyi rumah. Kali ni dengan adiknya sekali akan kami hantar. Luthfil belum pernah berjauhan dari kami. Aku terpaksa mengambil keputusan menghantar mereka berdua ke kampung selama sebulan kerana perlu menyiapkan penulisan. Hubby jugak dah mula sibuk kerana dah jadi fulltime student..selalu balik lewat.
Semoga aku dapat bertahan untuk sebulan.
...Semakin aku ingin melupakannya..semakin kuat ingatan ku padanya.
No comments:
Post a Comment