Apa yang aku nak ceritakan dalam posting kali ini bukanlah mengenai cerita 'Gajah' dalam hutan atau dalam zoo. Ini adalah cerita tentang pergaduhan 'orang2 besar' kat opis aku..tapi 'orang2 kecil' yang jadi mangsa.
Ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk kat tengah2 yang jadi mangsa..dan pelanduk itu adalah aku!
Isu pergaduhan ini, aku dah dengar sebelum ini..padahal 2-2 individu tersebut berada dalam bilik yang sama, malahan setiap hari bertentang mata. Aku tak tahu lah apa isunya..malas nak amik tahu. Bila orang tua bergaduh ni, buruk benar rupanya.
Selepas isu gaduh pertama, aku nampak mereka dah ok..bertegur sapa walapun boleh la dikategorikan ;teman tapi tak mesra'.
Gaduh kali kedua ni nampak lebih havoc. Yang aku tak tahannya, bila aku yang terpaksa mengajar satu subjek foundation dari SOBM terpaksa berdepan dengan dua karenah boss ni. Si lelaki Coordinator, si perempuan pulak Deputy Dean.
Pada mulanya aku tak tersenarai pun untuk mengajar subjek SOBM, sebab aku under SOAF. Memandangkan kekurangan pensyarah, aku dipinjamkan untuk mengajar subjek tu. Okeylah.aku terima walaupun sebelumnya aku dah bagitau tentang situasi aku yang perlu menyiapkan projek master...aku willing untuk membantu. Masa tu jumlah student around 53 (mengikut maklumat awal yang aku terima).
Tapi apa yang berlaku semalam sebaliknya apabila jumlah pelajar dalam kelas aku semakin bertambah..ditambah lagi dengan international student yang memeningkan kepala aku.
Apabila aku mendapat tahu bahawa lectuer yang mengajar subjek yang sama dengan aku dari India (kononnya juga mengajar foundation, diploma and certificate), tapi aku tengok jumlah pelajarnya di Group 2 tak sebanyak dalam aku, Group 1. Pada mulanya aku ingatkan pensyarah tu mengajar subjek lain jugak, rupanya tidak..hanya 1 subjek sahaja. So, apa kejadahnya aku pulak kena take over jadi hardcore lecturer dengan bebanan banyak student. Sedangkan dia lecturer import (dibayar mahal) berbanding aku ni yang selalu jadi mangsa trouble shooter orang. Sedikit sebanyak dah menggugat tahap keikhlasan aku yang sentiasa bertolak ansur..niat nak membantu sebab kekurangan lecturer (yang ntah bila nak settle2 tatau laa.., ni satu lagi kes bengong tahap cipan) dah jadi lain bila terlalu banyak hanky panky berlaku.
Klimaks kepada ketensionan aku adalah apabila aku request supaya student UEL ditransfer to other lecturer. Then, DD ni boleh cakap, u refer to 'orang tua' tu..Waduh.aku dah angin. Sekejap kena refer kat orang tu, bila p kat orang tu, dia cakap p kat org ni..macam bola pulak diorg buat.
Aku apa lagi..kuarkan wisel penalti la..aku sound 2-2 sekaligus!
Nak gaduh ke masam muka ke..lantak korang la..tapi jangan menyusahkan hidup aku...huaaaaa...(yang syoknya ramai back up jadi batu api suruh aku refuse jer..ajar sikit diorang tuh..huhu)
No comments:
Post a Comment