Kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meranapkan 14 buah rumah dan meragut 5 nyawa setakat ini sedikit sebanyak menarik minat aku untuk membuat sedikit ulasan dan pendapat kerana ia sangat-sangat bertepatan dengan tajuk tesis yang sedang aku siapkan. Tak lain dan tak bukan tentang isu Pengurusan Krisis. Nampaknya, dengan krisis yang terbaru ini, boleh la aku menambah literatur riview yang paling panas dan terbaru ini.
Mungkin ramai yang beranggapan, aku kejam kerana mengatakan 'padan muka' kepada mereka yang terlibat. Apa lagi perkataan yang sesuai bagi mereka yang tidak belajar dari pengalaman lampau selain dari perkataan 'padan muka'. Insiden Highlands Tower dan beberapa insiden seumpanya yang berlaku beberapa tahun yang lalu langsung tidak diambil iktibar dan pengajaran oleh mereka. Kini, pihak-pihak yang terlibat saling menyalahkan antara satu sama lain. Ibarat lagu 'Bangau oh Bangau'..semuanya saling berkaitan dan menyalahkan. pembeli akan menyalahkan pemaju, pemaju akan menyalahkan PBT, PBT akan menyalahkan kerajaan, kerajaan akan menyalahkan pemaju kerana melobi..dan macam tu la akan berpusing dan berulang..bila dah berlaku, masing-masing akan menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.
Aku teringat kata-kata hubby, "musibah yang berlaku akibat tidak mendengar kata 'guru'...derhaka dengan guru. "Guru" di sini bermaksud mereka yang pakar dalam sesuatu isu contohnya dalam kes ini adalah pakar alam sekitar. Bukan sekali dua pakar2 ini memberi amaran tentang bahayanya pembangunan di cerun bukit. Tapi 'pihak-pihak' tertentu tidak mengendahkan larangan tersebut. Everything is money...but now bila nyawa dah melayang..money is nothing!
Pemaju cakap, sebab ada demand dari buyer, maklumlah..tinggal di 'Height' satu kemegahan dan prestige. 'Orang-orang biasa' mana mampu untuk memiliki rumah-rumah banglo dan kondominium di Bukit Antarabangsa tu. So, bagi aku pilihan untuk tinggal di situ adalah disebabkan oleh kerelaan sendiri bukan sebab alasan 'terpaksa'. Lain la 'maid' yang terpaksa mengikut majikan atau 'anak-anak' yang terpaksa mengikut kebodohan ibu bapa yang kononnya menyediakan kediaman yang paling selamat dan terbaik untuk anak2. Itu dalam kategori kesian.
Buyer pulak cakap, sebab ada supply dr developer..lagipun tinggal di tempat tinggi yang jauh dari orang lain, lain daripada orang lain ni kan melambangkan imej dan prestige. Orang-orang kebanyakan mana mampu untuk memiliki rumah yang berharga berjuta ringgit.Penduduk mendakwa, landslip berlaku disebabkan oleh pembinaan perumahaan di atas bukit..ewah, abis tu..ingat awak sorang je yang nak ada rumah atas bukit?
Kerajaan pula menyalahkan developer yang melobi...cukup2 lah melobi kerajaan. Bagi aku, kalau kerajaan bertegas tidak meluluskan, developer tak boleh buat jugak. Ini nampaknya kerajaan pulak tunduk dengan mereka. So, siapa yang lebih berkuasa?
Menurut Littlejohn (1983), Pengurusan Krisis secara khususnya merujuk penggunaan prinsip pengurusan yang dirangka bagi mengenalpasti, mengatasi dan mengurus situasi krisis. Fearn-Banks (2007) menyenaraikan lima tahap pengurusan krisis iaitu; (1) Pengesanan; (2) Pencegahan/Persediaan; (3) Penyekatan; (4) Pemulihan dan; (5) Pembelajaran.
Insiden bangunan runtuh dan tanah runtuh yang banyak berlaku di sekitar Klang Valley sejak 10 tahun yang lalu gagal diambil iktibar dan pengajaran semua pihak. Peringkat pembelajaran tidak membawa apa-apa pengertian walaupun perkara yang sama berulang. Hot-hot chicken shit!! 3,4 tahun lagi apabila rakyat mula melupakan insiden Bukit Mewah, akan ada lagi pembangunan di lereng2 bukit dan aktiviti2 seumpanya. Insiden baru berlaku..semua orang akan bercakap...3,4 tahun dilupakan...macam tu la akan berulang selagi dunia belum 'kiamat' dalam erti kata sebenarnya.
No comments:
Post a Comment