1. Petang semalam selepas Asar, aku telefon ke kampung. Setelah empat kali percubaan ke empat talian yang berlainan, percubaan ku berjaya menembusi panggilan ke telefon Shahidan. Hampeh betul la diorang ni..kalau dok kat dapur, bertuah la nak angkat telefon..kalau ada emergency, parah! Sempat gak aku bebel kat mak aku..call Ijan tak angkat, call cikyah tak angkat, call erie pun tak angkat..
2. Ma bagi report tentang budak2 tu. Sekarang Luthfil dah tak angkut gula2 lagi..dok angkut kek Appolo pulak. Tak pa lah..at least kenyang jugak dibandingkan makan gula2 yang manis tu. Gigi pun tiap2 pagi gosok.
3. Cuma yang membuatkan aku tersentuh bila ma cakap, Luthfil bangun jam 6 pagi semalam. Ma kebetulan bangun untuk Subuh. Bila ditanya..nak susu ke? Dia ckp tak mau susu.."Adik nak ibuuu...". Ma terkedu...huhuhu..aku lagi terharu..nangis..:(
4. Bila ma pegang dahi dan leher untuk 'rasa' panas badan ke tidak..Luthfil cakap.."Adik demam nii.."..ehh..tau pulak dia demam ke tidak. Nak tergelak aku dengar.
5. Sebelum balik ke kampung, gigi Luqman dah goyang2 longgar. Aku nak pegang pun dia tak bagi sebab katanya sakit.
6. Semalam ma bagitau, Luqman ada cakap kat dia yang giginya dah takde..Ma ingat giginya memang dah sedia takde sejak dari rumah lagi. Bila ditanya gigi buang kat mana..dia senyap jer..Jangan tertelan sudah. Gigi susu pertama yang tanggal!!
7. Malam tadi masuk tidur hampir jam 2 pagi selepas selesai mengedit chapter 1.
8. Pusing kanan, pusing kiri mata ku tak boleh nak lelap..terbayang2 senyuman Luqman dan Luthfil. Tak sedar air mata aku mengalir..kerinduan!
9. Aku hantar SMS kat hubby bgtau rindu kat Luqman and Luthfil.
10. Hubby masa tu kat bilik study..menyiapkan slide presentationnya sebab hari ni ada presentation kat bangunan Parlimen!Jam 5 pagi baru masuk tidur.
No comments:
Post a Comment