Thursday, December 18, 2008
Dari Casablanca sehingga ke Arab!
Jangan terpedaya dengan tajuk kat atas tu..aku bukan pergi holiday..hanya jalan2 mencari makan~
Dah 2,3 kali hubby ajak makan kat luar, nak belanja. Tapi aku malas nak keluar semula kalau dah sampai ke rumah.
Entah apa mimpi semalam, aku ada idea mengajak hubby makan kat Restoren Casablanca,KL seperti yang hubby penah janji nak bawak aku awal bulan lepas. So, kesempatan anak takde bersama kami ni sesuai la untuk berpoya2 sekejap, lagipun projek paper tinggal sikit lagi nak siap, just technical part sahaja yang tinggal.
Lebih kurang jam 6pm, aku sampai di rumah..mandi, gosok baju, bersiap..kul 6.30 baru keluar rumah. Mulanya, aku dah macam nak kansel, takde mood pulak keluar kalau dekat2 nak mask maghrib ni..pulak tu rasa macam buang masa je p makan jauh2. Teringin pulak tekak ni nak makan sate Kajang..hehehe..
Hubby dah semacam je bila aku macam tak jadi nak keluar makan kat KL. Dia risau kot aku perli2 dia..hahaha. Then, dengan muktamadnya dia buat keputusan untuk ke KL jugak.
Hampir 7.30pm kami sampai di KL. Maghrib di Masjid As-Syakirin, KLCC. Wah!First time aku ke masjid tu..macam jakun la pulak..siap bawak kamera lagi amik gambar berlatar belakang KLCC yang tersergam indah dilimpahi cahaya lampu. Yang kelakarnya, bila nak amik gambar berdua, segan nak mintak tolong orang yang lalu lalang amikkan. So, hubby cari tempat tinggi sket untuk snap automatik..(macam Mr.Bean pulak!). Bila di tengok hasilnya..huhuhu..nampak paras lutut ke bawah je!Hampess!!
Hampir jam 8 malam, kami mulakan misi mencari Restoren Casablanca..pusing punya pusing + tersesat ntah mana2..tak jugak jumpa2. Sejam lebih dok pusing tempat yang sama. Hubby dah pernah makan kat situ masa kerja kat Wisma Selangor Dredging dulu. So, itu cerita 3,4 tahun dulu..ntah2 restoren tu dah tutup atau dah pindah ke tempat lain.
Perut dah berkeroncong..bervibrate kelaparan..mulanya hubby nak masuk je ke Hotel kat The Mall tu..huh..tak kuasa aku. Then, ajak p Secret Resepi..lagi la..kat Nilai pun ada kalau setakat SR tu.
Then, aku mengajak mencari tempat makan kat Ampang.cehh..yo yo jer..macam la expert sangat kedai makan kat KL nih.On the way tu, aku nampak Victoria Station..kalau singgah situ, sure aku kena blanja la..sebab dulu aku pernah janji kat hubby, one day aku nak ajak hubby makan situ. So, oleh kerana kali ni hubby yang nak belanja, biar lak dia pilih kat mana dia nak makan.
Pusing kiri, pusing kanan, ternampak Restoren Musaffir..kedai makanan Arab. Mengambil kira keadaan perut yang tersangatlah lapar, kami pun ambil keputusan mencubanya. Tak dapat makan kat kedai Casablanca pun, makan kat kedai Arab pun boleh la..aku macam mengidam nak makan beriani kambing! Aik..ada apa2 ke nih? heheheh
So, masuklah kami ke restoren tuh..punya la cuak tengok takde customer lain pun kat dalam restoren tuh..biar betul? Apa kena restoren nih. Takpelah..just try..kalau tak sedap, inilah yang pertama dan terakhir kami berkunjung ke sini..
Sampai je pesanan, apa lagi makan la..huhu..Nak kata sedap tu, tatau la..kot kami tengah kebulur kot. Aku makan tak habis pun nasiknya.tawar semacam jer. Sup dia pulak macam air yang dicampur dengan sos tomato..pastu letak kentang dadu 4,5 biji.
Presentation makanan pulak, hmmmm..malas nak komen. memang patut takde orang. (Nanti aku upload gambar yang aku snap)
Lepas makan, hubby nak jumpa kawan dia yang datang dari Kulim. Sembang punya sembang tak sedar hampir jam 11pm. Kami sampai ke rumah hampir kol 12pm..lepas Isya'..terus bummmmm....ZzzzzzzZZ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment