Tuesday, December 02, 2008

Pengorbanan



Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Disember dan tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya. Tahun 2008 banyak menyimpan kenangan manis dan pahit buat aku. Semua itu aku anggap sebagai liku-liku sebuah kehidupan yang telah mematangkan aku untuk menjadi manusia yang lebih tabah dalam mengharungi onak dan duri.

Sekarang aku sedang menghitung hari dalam menyiapkan projek paper. Kawan-kawan lain dah boleh bersenang lenang dan bercuti sakan sebab dah tamat pengajian..aku jugak yang masih lagi terkial2..Takpe lah, dah takdir dari Allah untuk aku. Bukannya aku yang mintak sakit ari tu..so, bagi aku setiap orang ada bahagian masing2 yang telah ditentukan oleh Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Hari Sabtu nanti kami akan berangkat pulang ke kampung..menghantar Luqman dan Luthfil. Aku tak tahu macammana nanti..berat hati nak melepaskan mereka berdua jauh dari pandangan mata. Semoga Allah beri kami kekuatan mengharunginya dan supaya dipermudahkan segala urusan.

Raya ini kami berkorban hati dan perasaan dengan berjauhan dari anak-anak tersayang. Dan ibu ucapkan terima kasih kerana pengorbanan anak-anak ibu dalam membantu kejayaan ibu menamatkan pengajian ini. Bagi ibu, inilah pengorbanan ibu yang tidak ternilai untuk kita semua. Semoga sesuatu yang lebih baik menanti.

Ibu sayang anak-anak ibu..

Terima kasih Muhammad Emir Luqman dan Muhammad Luthfil Hadi.

No comments: