Saturday, June 26, 2010

Alhamdulillah..

Semalam, seperti yang dijanjikan, ibu and hubby ke sekolah Luqman mengambil report kad. Tengok orang lain datang salah sorang jer samada ibu atau ayah. Kami lak yang datang berdua2an gitew. Maklumlah...first time anak masuk sekolah..manalah kami tahu boleh datang salah sorang.




Kami datang dalam pukul 9.30am. Orang dah ramai, kena beratur dulu ikut turn sorang2 mengadap cikgu kelas. Ada yang bersoal jawab, ada gak dengar cikgu dok komplen anak malas, suka main dalam kelas la...mcm2 la. Kami pun ala2 cuak jugak mulanya...takut kena sound dengan cikgu pasal anak kita nakal ke, malas ke..budak2 ni bukan boleh percaya sangat. Depan kita baik, kat sekolah dialah hero.




Tiba turn kami. Hubby suruh ibu duduk berhampiran cikgu. Nama cikgu tu Cikgu Zarina. Nak dijadikan cerita, sehari sebelumnya (Khamis), Luqman balik bagitau ibu yang "Cikgu Zarina pesan datang sekolah awal2"...Perghhh...memang hari Khamis tu hubby hantar agak lewat daripada biasa. Puncanya dia lupa kat mana dia letak duit bayaran buku agama. Luqman pulak jenis yang kalau kita tanya banyak kali, bukannya dia nak bukak mulut. Lagi la hubby hangin pagi2 tu.




Okey..sambung citer. Kemudian Cikgu Zarina menghulurkan Report Card kaler biru pada ibu. Ibu tengok result dia...dalam hati Alhamdulillah. Semua score A. Percentage: 93.4%. Kedudukan 1/40. Ibu pandang muka cikgu tu, cikgu tu pandang muka ibu. Dalam hati.."aih, cikgu ni tak nak komen apa2 ke pasal Luqman nih?". Kemudian, barulah dia bersuara. "Luqman ok, takde masalah, tak nakal, suka buat hal sendiri". Then ibu tanya lagi..."Kalau cikgu tanya, Luqman boleh jawab tak dalam kelas, dia boleh membaca dengan baik tak". Cikgu tu cakap..."Luqman boleh jawab, boleh membaca...cumanya dia macam ada masalah pendengaran sket, kena ulang banyak kali apa yang kita cakap".




Then, hubby balas."Dia takde masalah pendengaran cikgu, tapi dia seolah macam hilang tumpuan, hilang fokus".




Cikgu Zarina memberitahu, semasa di awal persekolahan dulu, tempat duduk Luqman di belakang sekali. Then cikgu nampak dia macam khayal, hilang tumpuan, tengok sana, tengok sini, then cikgu alihkan dia duduk di hadapan cikgu. Lepas exam bulan Mac, dia dapat nombor 5. Agaknya nampak dia dah okey sikit, cikgu alihkan dia di belakang sekali lagi. Sekarang dah dapat nombor 1, memang duduk di belakang la sampai ke akhir tahun agaknya.




Luqman memang macam tu. Masa kecil2 dulu pun dia suka buat hal sendiri. Khayal dalam dunia sendiri. Suka bercerita dalam bahasa dia sendiri. Dia agak lambat bercakap sehingga mendatangkan kerisauan kepada ibu. Tapi bila tengok akademik dia okey, ibu rasa lega sket.




Luqman anak yang tak banyak karenah. Sekali ajar jer dia mudah ingat dan mudah faham. Cuma dia agak pendiam dan gagap sikit. Sekarang ibu selalu praktis dia membaca kuat2. Ayahnya pulak tukang betulkan ayat dia yang kadang kala tunggang langgang bila bercakap. Sometimes, membetulkan penggunaan word yang tidak sesuai like sebiji, sebuah, seketul, patah, pecah, etc.




Balik dari sekolah semalam, ayahnya belikan buku 'search words' dan 'mencari barang tersembunyi' untuk training dia 'FOCUS' dan learning words. Dia memang suka games2 yang ala2 challenges sama seperti ibu yang sukakan SUDOKU.




Untuk menguji minda anda, cuba cari apakah yang tidak kena dengan gambar di bawah..







SELAMAT MENCUBA!!






Signboard ini ibu snap berhampiran dengan sekolah Luqman semalam. Sekolah Kebangsaan Mantin, Negeri Sembilan.

3 comments:

Shah Scander said...

signboard kat sekolah pun salah eja, macam mana pronounciation budak sekolah nak betul.. hehehehe

QERY HASAN said...

nak test foucs gak ke, font kecik giler nih!!! sakit mata!

WanShila said...

kanda: bahasa jiwa bangsa.

Erie: hahaha...actually enrty nih nyaris2 hilang..tp berjaya diselamatkan. kecik pun kecik lah