Muhammad Luthfil Hadi, dilahirkan pada 30 Disember 2005, kelahiran 2 minggu awal daripada jangkaan. Usianya kini baru 4 tahun 6 bulan 5 hari, tetapi ibu sudah menghantarnya ke sekolah. Karaktornya agak berbeza dengan Luqman. Dia seorang anak yang petah, ramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja namun agak kuat melawan sehinggakan memerlukan strategi yang khusus untuk memujuknya. Jika Luqman, semasa usia 5 dan 6 tahun, kami menghantarnya ke Taska Cahaya Nurani (TCN) aliran biasa, namun untuk Luthfil, ibu memutuskan untuk menghantarnya ke sekolah aliran agama, pastinya PASTI. Kenapa PASTI...sebabnya ibu nak dia lebih ke arah keagamaan dan harap mampu ditarbiahkan sikit. Sekarang ni pandai jer dia bercakap pasal Allah, syaitan dan Surga dan api neraka.
Luthfil ni agak 'headwind' sikit berbanding Luqman. Liat sungguh nak bangun dan mandi. Ada2 je excusenya..sejuk la, mengantuk la, sakit perut la..hmmm. Kalau Luqman sekali disuruh, terus berganjak.
Pagi ni juga tidak terkecuali. Oleh kerana tidurnya agak lambat, jadi bila nak bangkit pagi agak liat la jugak. Kadang-kadang dia bangun, bukan ke bilik air tapi ke ruang tamu pulak menyambung tidurnya.
Hari ini merupakan hari terakhir Luthfil menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Jadual exam menunjukkan paper Bahasa Arab dan Hafalan. Entah macammana agaknya dia menjawab exam. Bila ditanya ibu, 'senang jer' jawabnya. Huhuhu..
Sebelum berangkat ke sekolah, ibu check beg sekolahnya dulu. Jika sebelum ni, kadang2 terjumpa donut atau muffin yang tak habis dimakan. Tapi pagi tadi, ibu tak jumpa kuih dalam begnya, yang ibu jumpa adalah patung Mr. Bean seekor, patung Otromen 2 ekor, Kuda Putih seekor, Jet Pejuang dan Kereta Lumba! Agaknya dia menggunakan khidmat benda alah tu semua untuk menjawab exam dia. Aduhaiiii...patut la beg sekolahnya berat semacam jer...
No comments:
Post a Comment