Friday, June 11, 2010

Corat coret

Hmmm...apa yang nak dicoretkan hari ni yer??

Banyak yang bersarang di kepala ni..tapi ibu rasa tak sesuai untuk dikongsi dengan pembaca semua. Maaf yer.

Okey lah. Ibu nak bercerita tentang 'idaman kami'.

Alhamdulillah..bank dah luluskan permohonan pinjaman. Isnin lepas staf dari Henry Butcher datang melihat rumah dan dipersetujui dengan harga tersebut. Apabila ibu menerangkan kepada owner tentang perbezaan nilaian bank dengan harga sebenar yang dijual, beliau agak kurang bersetuju. Actually, diawal perbincangan beliau menetapkan harga lain. Dalam masa yang sama, ibu juga telah berjumpa dengan pegawai bank dan bank bersetuju dengan harga yang diberi. Mungkin rezeki kami, dalam tempoh proses permohonan pinjaman, owner telah bersetuju menurunkan sedikit harga. Of course di dalam perjanjian S & P nanti akan tertera harga nilaian awal seperti yang tertera dalam Offer Letter.

Untuk memuaskan hati dia yang meminta agar ibu menghubungi pihak lawyer berkenaan isu tersebut, so 3 hari lepas ibu contact lawyer S&P. Menurut lawyer tersebut, isu pinjaman adalah antara ibu dan pihak bank, tidak menjadi masalah dan merupakan praktis yang biasa. Untuk memuaskan hati owner tu, so, lawyer akan menambahkan one side condition yang akan memaklumkan tentang lebihan harga tersebut. Malahan jika risau dengan income tax, dia maklumkan yang jika rumah melebihi 5 tahun, income tax tidak dikenakan. Hmmm...lega sedikit apabila mendengarnya. Ye lah...jika tidak, kami terpaksa me'reverse'kan balik dan akan mengambil masa lagi.

Sekarang ni kami cuma menunggu lawyer menyiapkan dokumen S&P sahaja. Ikut kata lawyer, minggu ni mereka akan hubungi kami. Actually, ibu dan hubby dah tak sabar nak masuk rumah tu. Tetapi memandangkan tuan rumah sekarang memohon jasa baik kami untuk keluar pada bulan Oktober nanti, kami izinkan. Rumah mereka belum siap renovation. Nampak nyer tak dapat la kami beraya di rumah baru yer..huhu. Harap2 sempat untuk raya haji pulak.


Lepas ni berchenta la nak berkemas.. Berkemas nak pindah satu hal, berkemas balik satu hal pulak. Barang2 agak banyak jugak terutama buku2. Kena setup mini library la nampaknya.


2 comments:

Shah Scander said...

bila nak jemput dtg?? haha

WanShila said...

bila tiba masa kami nak pindah..kami jemput laa..untuk angkat barang2..hahaa..jgn lupa ajak kengkawan yang gagah perkasa ya!