Wednesday, June 02, 2010

Wafa


Minggu ini merupakan minggu terakhir ibu menghabiskan cuti. Wafa semakin lincah dan dah pandai demand. Bila ditinggalkan sekejap pun dia boleh melalak sakan..panjang citer pulak tu dengan muka yang sedih. Lebih 6 minggu Wafa asyik berkepit dengan ibu, tak tahulah macammana nanti di rumah pengasuhnya.

Wafa dah mula pandai merayap dan mula angkat punggung untuk merangkak. Pantang kalau ada barang2 mainan atau buku2 yang diletak di atas lantai..memang dia akan test sedap ke tidak. Kadang2 bila ibu leka jer, habis tisu ditarik keluar dan menjadi santapan dia.

Semalam ibu test drive ke Pinggiran Bayu menziarahi kawan yang baru keluar hospital. Bukan main suka lagi Wafa bila diletakkan di dalam car seat. Ibu singgah sebentar ke kedai membeli buah tangan, tinggalkan dia sekejap di dalam kereta. Bila ibu balik semula ke kereta, ibu tengok mata Wafa berkaca2..dengan muka yang sedih sebab ditinggalkan keseorangan. Aduhai anak ibu ni..dah tahu kena tinggal.


1 comment:

wanhairi said...

selamat bekerja~