Saturday, June 19, 2010

Berat mata memandang....

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Hilang emak hilang saudara,
Kerna kasih....hamba turutkan.


Aduhaaaaai..bermadah2 ibu di pagi hari. Dengan kepala yang berat dan mata yang mengantuk ya rabbi... Semalam ibu tidur lebih kurang pukul 4 lebih. Berborak dengan hubby. Mata nih tak boleh nak lelap sebab kepala otak memikirkan sesuatu. Maka en. hubbyku memberiku satu tazkirah yang bertajuk 'Redha menerima ujian Allah'.

"Kalau kita rasa susah hati sebab takde kasut yang cantik nak dipakai, orang lain lagi susah sebab takde kaki pun untuk memakai kasut"

Sambungnya lagi...kalau kita mendapat musibah/kesusahan/kepayahan, beringat2lah agar kita tidak berkeluh kesah kerana ditakuti kita berkata2 yang tidak sepatutnya kepada yang tidak sepatutnya kita ucapkan.

Analoginya begini...

"Seorang lelaki soleh membeli sebiji tembikai untuk isterinya. Apabila dibelah, kelihatan lah isi tembikai itu merah dan sedap sekali. Apabila dimakan oleh isteri lelaki soleh itu, ternyata isinya tawar. Maka, isteri lelaki soleh itu tersangat marah lalu keluarlah perkataan2 yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang isteri.

Setelah reda kemarahan isterinya, lelaki soleh itu berkata.."Engkau marahkan siapa sebenarnya... Sebagai seorang suami, aku ingin membeli tembikai yang paling terbaik dan termanis buahnya untuk isteriku. Seorang penjual pula ingin menjual buah tembikai yang berkualiti dan termanis untuk pelanggannya. Seorang pekebun yang menanam tembikai pula, semestinya berharap menghasilkan buah tembikai yang terbaik, berkualiti dan termanis isinya..

Jadi, adakah salah suami yang tidak membeli buah tembikai yang terbaik dan termanis?

Adakah salah si penjual yang tidak menjual buah tembikai yang berkualiti dan termanis?

Adakah salah si pekebun yang tidak berjaya menghasilkan buah yang terbaik, berkualiti dan termanis?

Tapi apakan daya semua itu tidak seperti yang diharapkan..semuanya takdir ALLAH. Siapa kita untuk memarahi Allah kerana tidak membuat sesuatu seperti yang kita harapkan.


Setiap insan dilahirkan dengan takdir yang berbeza-beza. Setiap insan ditakdirkan dengan ujian yang berbeza-beza. Setiap insan telah diaturkan begini dan begitu nasibnya. Ada yang boleh diubah dan ada yang sebaliknya. Itulah namanya takdir qada' dan qadar.

Mungkin ini takdir qada' dan qadar yang telah diaturkan buat ma, wan serta kami semua. Semoga dengan apa yang berlaku..ma dan wan dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan. 'Kun Faya Kuun.." Begitulah jika takdir Allah yang berkendakkan ke atas sesuatu agar kita sebagai hambaNya yang lemah dapat muhasabah diri dan berfikir. Mungkin ada silap di mana-mana, mungkin ada hikmah sebaliknya, mungkin juga Allah ingin menduga sejauhmana keimanan hamba2Nya agar menjadi hamba yang lebih sabar dan kuat. Kita hanya mampu berserah dan terima dengan keredhaan ketentuanNya.

Astaghfirullah...

Alhamdulillah...

Allahuakbar...



Dan kepada adikku...semoga berbahagia dengan jalan yang kau pilih.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

4 comments:

Shah Scander said...

kenapa dengan que (wan )?? hopefully baik-baik sahaja..

WanShila said...

hmmmm...dia ok jer. Dia anak/adik yang baik, hormat org tua, rajin, mendengar kata, suka utamakan org lain, penyabar...byk lagi la...kalau nak senaraikan semua, nanti dia jd belon yang ditiup angin lak. hahaha...cuma satu je yg menjadi tandatanya kami..dia tu suka kat Rita Rudaini..rita tu bini orang...hehehe (chik, kena belanja kakla mee claypot nih!)

Shah Scander said...

que pernah cakap wanita idaman dia mesti lebih tua dari dia dan sedikit matang. rita rudaini menepati ciri2 tu.. KATANYA lah.... huhuhu

QERY HASAN said...

Is: saya ok je!!! nnti kalau nk tya khbr bleh je msg saya..huhu