Tuesday, June 01, 2010

exam

Last week Luqman menduduki ujian pertengahan tahun. Ibu perhatikan, dia bukanlah kaki study sangat..ye lahh..budak2 apa dia tahu exam ke aper. Kadang2 hubby bising jugak bila Luqman banyak melangut depan TV jer. Paling2 pun dia akan baca buku cerita. Dan kalau buat latihan, dia suka buat latihan matematik yang advance.

Semalam dia balik tunjukkan kertas examnya. English 1 & 2 dapat 100%, Agama 98%, Bahasa Melayu 98%, Sains 80%, PJ 94%. Paper lain belum diterima.

Hubby ucap tahniah di atas kejayaan Luqman mendapat markah yang baik. Respons ibu??..."nape ni Bahasa Melayu tak dapat fullmark? Sains dapat sikit jer...?? Kalau Aman rajin baca buku, selalu buat latihan tentu dapat 100 semua". Hahaha..terukkan ibu... ye lahh..ibu mana yang tak nak yang terbaik untuk anaknya. I'm perfectionist aper..hehehe.

This week giliran Luthfil pulak yang exam. Malam tadi, bila ditanya macammana periksa..boleh jawab tak..senang tak? Dengan selamba dia jawab.."senang jer"..Yo yo ajer.

Dia ni rajin jugak budaknya (walaupun kadangkala pepagi susah nak bangun mandi). Mulut tak henti2 menghafal doa2 harian. Sampaikan masuk toilet pun baca doa. Doa sihat badan la, doa ibu bapa la, doa anak soleh la..doa makan la, macam2 lagi doa yang dia belajar. Kalau ibu dengar dia baca doa dalam toilet, ibu jerit jugak melarang.

Luthfil jugak rajin mengaji. Al-fatihah pun dah lancar bacaannya. Kadang2 Abang Long yang jadi tok guru membetulkan bacaannya.

Bila ibu kat dapur, Luthfil selalu meneman. Tapi bukan untuk menolong, tapi untuk bertanya itu ini. "Ibu, eja sayur, eja bakul, eja dapur, eja cawan (dia biasanya sebut cawern)..macam2 yang terlintas dipandangan dia. Hasilnya, dia dah banyak hafal perkataan dan boleh mengeja.

Perbezaan Luqman dan Luthfil yang paling ketara adalah...sorang jenis yang susah nak bercakap (sampai kadang kena marah sebab bila ditanya, diam jer) sorang lagi kalau ditanya sepatah, sepuluh yang dijawab!



3 comments:

Kanda said...

eja cawan...

nak secawan!

wanhairi said...

Yang kecik sorang lagi tu macamana plak??

WanShila said...

kanda: Luthfil mmg stylish sket...hehe

Erie: yang kecik tu dah pandai demand! adoiii..sakit pinggangku..