Antara fungsi niwatori adalah menjadi perencah dalam sayur goreng nih. Sayur goreng faveretku.
So, dah tahu apa itu niwatori?
Niwatori adalah sejenis haiwan yang sentiasa menjadi buruan setiap orang terutama ketika musim2 cuti sekolah, musim bulan puasa, hari raya dan majlis2 kenduri-kendara. Pendek kata, tak sah hidup gamaknya kalau takde niwatori. Agaknya hidup tak bermaya la kot tanpa makan niwatori sekurangnya 2 hari sekali..hari2 pun tak per.
Memang sah niwatori naik harga. Ahad lepas, ibu ada terbaca dalam paper yang mengatakan niwatori naik RM1.50/kg. Perrghhh... Pada hari Ahad ibu ke pasar mencari niwatori, tetapi malangnya tokey niwatori tak berniaga hari tu sebab kat rumah dia pun ada kenduri. Agak2nya dia dah untung banyak jual niwatori kot, sebab tu dia bagi makan free kat orang kampung.
Hari ini pagi2 lagi ibu ke pasar Mantin mencari niwatori. Bila ditanya pada tokey niwatori tu, dia memberitahu sekilo niwatori adalah RM7.90!! Mak datukkkk...Bagi ibu ianya tersangaaaattttlah mahal. Kalau tidak kerana anak yang nak makan niwatori goreng, ibu boikot je niwatori nih. Bukan ibu tak pernah boikot..kali terakhir semasa bulan puasa dua tahun lepas..sebulan pada bulan puasa ibu tak beli niwatori.
Nampak gayanya kena lancarkan kembali mogok niwatori nih..
No comments:
Post a Comment