Hari ini ibu meng 'EL' lagik. Sudah 2 malam puteri ibu macam demam jer. Kepalanya hangat semacam. Kebetulannya, hari ini routine check up Wafa yang ke 8 bulan. Selepas menghantar Luthfil Hadi ke PASTI lebih kurang 8.25am, ibu terus membawa Wafa ke klinik. Konon-kononnya datang awal tu dapat balik awal la. Rupa-rupanya ramai jugak manusia. Pukul berapa la mereka ni datang. Dengan parkingnya yang penuh, terpaksa ibu menapak jauh, parking depan kuarters staf.
Sudah 3 bulan lebih agaknya ibu tak ke klinik kesihatan ini. Check up bulan lepas, hubby yang bawakkan Wafa sebab ibu belum sihat lagi selepas operate. Kebiasaannya, ramai nurse atau pelatih jururawat yang bertugas, tetapi kali ni nampak sorang dua je yang ada di kaunter. Tak menang tangan nampaknya sehinggakan tempat duduk pun penuh. Ramai betul ibu2 yang appointment pada hari ini untuk check up diabetic.
Setelah jenuh menunggu, tibalah giliran kami. Jam hampir menunjukkan pukul 11.30 pagi. Selepas berjumpa nurse, appointment dengan doktor pulak sebab Wafa perlu di refer berkaitan kes demamnya. Yang lawaknya, sempat bergossip dengan doktor tu pasal medical certificate keluaran klinik kesihatan yang tak diiktiraf oleh company ibu. Maunya tak terkejut doktor tu. Ada juga pelajar yang datang mintak MC waktu petang, siap gaduh2 lagi. Ini mesti kes terbabas waktu exam and they want to sit for supplementary exam, nanti boleh dapat '1st attempt'.
Lepas satu, satu isu yang berbangkit. Wah, doktor nih pandai jugak yer bergossip. Lepas tu berjangkit pulak dengan kes2 pelajar Nigeria yang datang klinik untuk check up dan bersalin. Semua yang datang tu adalah single parent. Kes2 pelajar local pun lebih kurang jer. Kadang2 ibu banyak tahu cerita daripada orang luar daripada orang dalam sendiri.
Macam-macam ada...
1 comment:
Salam.. mudah-mudahan baby Wafa cepat sihat hendak-Nya :)
Post a Comment