Sunday, June 20, 2010

Renungan bersama 2

Nasi sudah menjadi bubur..

Jika kita tidak berupaya untuk membantu, cukuplah sekadar tidak menyusahkan..

Bagi orang yang berfikir, mereka akan melihat hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Mungkin juga sebagai 'wake up' call. Mungkin juga sebagai kafarah. Mungkin juga sebagai peringatan. Dan mungkin juga sebagai muhasabah diri.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.

(Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155-157)




"Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan mu. Orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan di akhirat. Dan bumi Allah ini luas. Sesungguhnya orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

(Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zumar ayat 10)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, Dia akan mengujinya".

No comments: