Anyway, ibu rasa lega hari ini sebab dah habis marking final paper Business Comm. Bukan banyak pun. Tapi oleh kerana sudah lama tidak terlibat dalam arena pekerjaan setelah lama berhibernasi di rumah, script yang beberapa ketul itu pun dirasakan susah mahu dihabiskan. Berpinar jugak la biji mata ni nak membacanya. Ditambah lagi dengan tulisan yang ala2 dicakar ayam. Rasanya tulisan Luqman lagi lawoooo...
Bercakap tentang Luqman, semalam dia dengan bangganya menunjukkan kertas peperiksaan sekolah agama. 3 paper. Salah satunya Bahasa Arab. Yang lain2 tak sempat tengok paper apa. Ibu just tengok markahnya ajer. Markah 99, 98 dan 94.
Apabila ditunjukkan kepada ayahnya...macam biasa lah. Si ayah akan meng'check' satu persatu apa kelemahan dia. Kenapa sepatutnya boleh dapat markah 100, tapi ustazah potong pegi taruk 99? Sebabnya...dia takde eraser nak padam huruf yang dia silap tulis, then pegi tulis huruf yang betul kat sebelahnya, so ada dua jawapan! Aduhai anak ibu.. frust kan??
Hari Jumaat pagi minggu ini, kami dikehendaki hadir ke sekolah untuk menandatangani report card peperiksaan pertengahan tahun baru2 ini. Insyaallah, ibu and hubby akan meluangkan masa berjumpa guru2nya dan bertanyakan tentang perkembangan dan pencapaian Luqman.
Kadangkala kami risau jugak dengan perkembangan 'percakapan' Luqman. Percakapan dia agak lambat dan gagap. Luqman mula bertutur apabila usianya mencecah 3 atau 4 tahun. Dia agak pendiam budaknya. Cuma, setelah dihantar ke TADIKA, barulah dia rajin bercakap. Itupun menurut cikgunya, dah hujung2 tahun barulah dia peramah bertanyakan itu ini pada guru2nya.
Ada ketikanya, 3,4 kali panggil ibu..dia masih belum dapat menyampaikan apa yg hendak dikatakan kepada ibu. Sampaikan kadang2 Luthfil potong cakap dia.
"Abang Long ni, cepat la cakap...pikir duluuuu...". Huhuhu...dia mengajuk cakap ayahnya yang selalu pesan pada Abang Long agar berfikir dahulu sebelum bercakap. Itu yang kadang2 siap dengan jari telunjuk kat kepala gaya orang berfikir tuh!
2 comments:
salam..
akak jawab kat sini ek,
kek barbie tu, kalau gaun sahaja, RM60 kalau dengan sebiji kek lagi kat bawah barbie tu harganya RM130, kek bawah tu beso, 12 inci, berat about 4kg..
Waalaikumussalam..
Ok kak, thanks for your feedback.
Post a Comment